Assalamualaikum,
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 55 tahun... Kita telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan itu adalah detik bersejarah untuk kita semua... Biarpun aku tidak lahir lagi pada masa itu (ummi aku pun baru berusia 2 tahun ketika itu) tetapi aku dapat rasakan semangat untuk merdeka memang membara dalam diri semua rakyat pelbagai kaum... Assalamualaikum,
Hari ini bukan sahaja adik ipar perempuan aku berada di rumah, malah adik perempuan aku pun datang sama ke rumah dan hari Jumaat ini kami akan pulang ke Terengganu kerana aku mempunyai temujanji dengan doktor O & G... Adik perempuan aku sampai dalam pukul 6.00 petang dan kami semua bergerak menuju ke rumah kakak aku kerana dia membuat jamuan raya... Wahh, aku pula tidak perlu masak untuk hari ini... Tetapi yang paling kasihan adalah adik perempuan aku ini kerana dia baru sahaja sampai di Sepang.. Sudahnya dia tertidur di rumah kakak... Kakak membuat nasi minyak bersama-sama dengan ketupat rendang ayam, nasi himpit dan kuah kacang.. Memang kenyang dan aku sekeluarga mengucapkan terima kasih pada kakak kerana sudi menjemput kami untuk makan... Kami adalah tetamu yang terakhir datang ke rumah, tetapi aku sudah maklumkan pada kakak terlebih dahulu kerana mengambil adik perempuan aku di Putrajaya Sentral...
Syukur Al-Hamdulillah, kami telah selamat sampai di rumah kami, syurga kami, Taman Salak Idaman... Kami ditemani oleh adik ipar perempuan kami yang bongsu kerana dia ingin beralih angin seketika setelah penat mengulangkaji dan menduduki peperiksaan SPM dia... Amboii... hehehe... Macam pembaca berita pula rasanya...Kalau ikut perancangan asal kami akan pulang pada hari Jumaat iaitu esok tetapi memandangkan adik perempuan aku ingin datang ke rumah pada hari Sabtu ini, kami terpaksa pulang awal ke rumah... Lagipun hubby ingin membaiki dan membuat service kereta kerana kami akan berangkat pulang ke Terengganu pada 31hb Ogos ini... Hari raya pada tahun ini macam biasa seperti sebelum ini, bermacam jenis kuih dan pelbagai juadah dihidangkan... Macam di rumah mertua aku, mereka memang ada membuat ketupat nasi, satey ayam, satey daging, lodeh basah dan bermacam-macam kuih telah disediakan... Pada pagi raya, kami memang selalu ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama dengan orang kampung (Felda Palong 7 & 8), selepas itu bersiap-siap untuk bersalam-salaman dan bermaafan antara satu sama lain... Duit raya untuk kanak-kanak juga disediakan dan oleh kerana anak-anak saudara kami tidak ramai, aku dan hubby telah berpakat untuk memberi lebih sedikit duit raya kepada mereka....
Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir dan Batin
Saturday, August 18, 2012 Taman Salak Idaman, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum,
Hari ini adalah hari terakhir aku berada di rumah dan petang ini aku dan hubby akan berangkat untuk pulang ke kampung... Semalam adalah hari terakhir kami bekerja dan kami akan bercuti selama seminggu di kampung... Tahun ini adalah giliran kampung hubby dan kami berasa amat seronok kerana hari raya jatuh pada hari esok... Di kesempatan ini aku ingin mengambil peluang untuk memohon kemaafan seandainya aku ada terkasar bahasa dan tersinggung perasaan kepada semua rakan-rakan, sanak saudara dan keluarga yang tersayang... Aku juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam, tidak kira di mana anda semua berada.... Hari ini juga adalah hari terakhir aku menaip entri ini kerana di kampung hubby tidak dilengkapi dengan talian internet dan talian 3G juga tiada di sana.... Insya Allah 2 minggu lagi kita akan berjumpa lagi jika Allah masih memberi peluang kepada kita untuk menikmati kehidupan ini... Salam Aidilfitri semua....
Bahan-Bahan :
Ubi kentang (direbus hingga empuk @ letak secubit garam), strawberi,
epal hijau @ merah, tomato ceri,nanas dalam tin (dihiris
nipis@besar),mayonis dan serbuk lada sulah.
Cara Penyediaan :
Cara Penyediaan :
Setelah ubi kentang masak, masukkan semua bahan-bahan tadi di dalam
mangkuk (termasuk mayonis dan serbuk lada sulah). Kemudian, kacau hingga
sebati (p/s : kena kacau cepat2 sebab kalau ubi kentang itu sejuk,
mayonis akan jadi berketul2...).. Then, sudah siap salad ubi kentang...
Have fun...Selamat menjamu selera...hehehe
Selamat hari Raya Aidilfitri
Thursday, August 16, 2012 Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia
Minta maaf sebab lama tidak mengemaskini blog... Sejak kawan accident pada bulan lepas, aku amat sibuk dengan tugasan yang melambak... Apapun di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia.. Maaf zahir dan batin...
Assalamualaikum wbt...
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam di seluruh dunia, semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT...Sesetengah negeri di Malaysia telah mengumumkan hari ini adalah cuti umum tetapi tidak bagi negeri Putrajaya... Jadi aku kena kerja seorang diri manakala hubby pula bercuti umum... Bak kata orang 'Monday blues', memang rasa malas bekerja tetapi kerja tetap menjadi keutamaan.. Aku menyusun semula buku-buku di rak dan membuat katalog buku, memang penat....Walaupun penat tetapi aku tetap suka dengan pekerjaan aku ini...
Yahooo... Akhirnya aku dapat beli baju raya dan sekaligus ianya akan menjadi pakaian kerja aku sehari-hari... Tema tahun ini kami pilih warna ungu sebab kami jarang ada pakaian yang bewarna ungu... Kami pergi ke Nilai 3 untuk membeli pakaian... Aku membeli 7 pasang pakaian, 3 helai daripadanya jubah dan 4 helai lagi adalah baju kurung... Hubby pula membeli 2 helai seluar slack untuk seluar pergi kerja@untuk raya sekali, baju t-shirt sehelai,sepasang baju melayu dan sepasang jubah supaya senang dia hendak pergi ke masjid untuk solat Jumaat...Setelah selesai membeli di Nilai 3, kami singgah ke Nilai Square untuk membeli tudung tetapi satu pun tidak berkenan di hati aku... Kemudian kami ke pasaraya Giant untuk membeli sandal dan kasut tetapi semuanya tidak berkenan di hati. semasa on the way hendak pergi ke parking kereta, kami ternampak kedai komputer yang menjual I-Pad... Huyooo... Sebenarnya ini semua pengaruh daripada hubby aku juga kerana dia telah pun (diulang sekali lagi) telah pun membeli I-Pad Samsung Galaxy Tab 7.0... Harga I-Pad aku pula agak murah jika dibandingkan dengan I-Pad hubby iaitu dalam sekitar MYR699.00, manakala I-Pad hubby pula dalam sekitar MYR1,100.00..
Aku punya adalah jenis Ployer Momo 11..
Hari Jumaat, penghulu segala hari dan sedar atau tidak, kita sudah memasuki 14 Ramadhan 1433H... Terasa cepat betul masa berlalu dan kita juga akan semakin menghampiri malam Lailatul Qadar.... Hari ini telah berlaku satu detik sejarah yang aku dapat lakukan... Aku berjaya membeli beberapa buah novel untuk bacaan dan mini library di rumah aku, hehehe dan bertambah koleksi novel aku di mini library yang terletak di rumahku syurgaku...Aku sebenanya memang bercita-cita ingin menjadikan salah satu bilik di rumah aku untuk dijadikan mini perpustakaan...Amboi... Shikin... Mentang-mentang kerja di perpustakaan, di rumah pun hendak dijadikan perpustakaan juga ke?hehehe hello... bukannya semasa kerja sahaja aku ingin jadikan mini library, tetapi sebenarnya dari kecil lagi aku sudah menjadikan bilik tidur aku sebagai mini library.. Habis buku-buku agama kepunyaan abah aku jadikan koleksi mini library dan aku susun koleksi itu di rak... Kemudian bila aku dapat kerja dan tinggal berjauhan, buku-buku kepunyaan abah diletakkan semula di luar bilik aku... Inilah koleksi novel yang aku belikan sebentar tadi dan aku pergi ke kedai buku bersama-sama dengan seorang sahabat aku, Kak Ayu.... kami memang ulat buku dan Kak Ayu pernah bercita-cita ingin bekerja di library tapi hajat itu tidak kesampaian kerana dia mendapat tawaran bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di *JBPM......
Ini adalah sebahagian novel-novel yang aku beli.... Serta tidak lupa juga buku resipi...
Ini adalah sebahagian novel-novel yang aku beli.... Serta tidak lupa juga buku resipi...
Assalamualaikum
Gembira rasa hati ini kerana kita semua (bagi yang beragama Islam) telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa dengan jayanya... Hari ini kita sudah pun memasuki 13 Ramadhan 1433H dan kita sudah memasuki fasa pertengahan Ramadhan.. Hari Isnin ini adalah merupakan Nuzul Al-Quran dan aku akan cuba untuk menghabiskan bacaan Al-Quran aku di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini... Oh ya, di TV1 ada disiarkan drama penuh dramatik dan tragis, yang berjudul Baitul Rahmat... Ini adalah sipnosis drama ini...
Gembira rasa hati ini kerana kita semua (bagi yang beragama Islam) telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa dengan jayanya... Hari ini kita sudah pun memasuki 13 Ramadhan 1433H dan kita sudah memasuki fasa pertengahan Ramadhan.. Hari Isnin ini adalah merupakan Nuzul Al-Quran dan aku akan cuba untuk menghabiskan bacaan Al-Quran aku di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini... Oh ya, di TV1 ada disiarkan drama penuh dramatik dan tragis, yang berjudul Baitul Rahmat... Ini adalah sipnosis drama ini...
SINOPSIS BAITUL RAHMAT (TV1)
Kisahnya bermula apabila Hashim, Hanim dan Husna bergaduh besar untuk menentukan siapa yang patut menjaga ibu mereka, Maimunah yang sudah uzur. Hashim dan Hanim yang sudah berumahtangga memberi bermacam alasan hingga Husna akhirnya yang masih bujang akur menjaga Maimunah.
Namun Husna sebenarnya miliki niat jahat mahu membolot harta ibunya secara rahsia. Satu hari berlaku kejadian yang membuatkan Husna begitu marah terhadap ibunya. Dia kemudiannya menghantar Maimunah tinggal di rumah kebajikan Baitul Rahmat. Meskipun puas Maimunah memujuk namun anak kandungnya itu tetap dengan pendiriannya meninggalkan ibunya di situ.
Masa berlalu tidak pernah sekali pun Husna atau anak-anaknya yang lain datang melawat Maimunah. Walaupun sedih dia mula membiasakan diri tinggal bersama teman-teman senasib dengannya termasuklah Khalijah, Rahmah, Mak Cik Adibah, Hasnah dan juga Wan. Apatah lagi penyelia di situ menjaga kebajikan mereka dengan baik sekali.
Kepada merekalah dia meluahkan rasa sedihnya. Hampir tiap malam dia menangis, tetapi lama kelamaan dia boleh menerima yang anak-anaknya sudah pun melupakan dirinya. Cerita teman-temannya di situ lebih kurang sama dengannya. Anak-anak mereka boleh dikatakan berjaya dalam kehidupan masing masing, tapi apakan daya mereka menolak untuk menjaga orang tua sendiri.
Juriah,penyelia rumah orang tua tersebut cuba menceriakan hari hari di Baitul Rahmat dengan berbagai aktiviti menarik agar semua orang tua yang ada di sana tidak sedih. Mana tidaknya, Juriah dibesarkan di rumah anak yatim dan dia tidak pernah dapat merasa kasih sayang ibu bapa. Jadi kepada orang tua yang ada di sinilah Juriah menumpang kasih dan syukurlah, mereka semua hargai dan menerima Juriah dengan tangan terbuka.
Di situ Maimunah juga berkongsi kisah Hamidun yang ditinggalkan anak-anak di tepi jalan sebelum diterima tinggal di Baitul Rahmat. Nasib Hamidun lebih malang kerana hanya beberapa hari tinggal di situ, Hamidun meninggal dunia. Namun tiada seorang pun anaknya yang hadir menuntut mayatnya malah jenazah Hamidun dikebumikan di tanah perkuburan tanpa waris terletak berhampiran Baitul Rahmat.
Ramadan semakin berakhir. Ketika itu Maimunah mula jatuh sakit. Begitu pun tidak seorang daripada anak-anak yang datang melawat selain Husna yang memaksanya menukarkan nama terhadap harta yang dimilikinya. Malah Husna membohongnya untuk membawa dia pulang ke rumah.
Maimunah merana dengan tindakan anak-anaknya. Lalu bagaimanakah penyudah jalan hidupnya? Adakah dia senasib dengan Hamidun yang tidak dituntut mayatnya di Baitul Rahmat? Saksikan kesudahannya penghujung Ramadan ini di TV1.
Assalamualaikum,
Hari ini kita sudah memasuki 12 Ramadhan, hatiku terasa sayu sahaja...Entah mengapa hati ini terasa sayu sangat... Mungkin aku merindui keluarga aku yang berada jauh di negeri Terengganu dan Insya-Allah aku akan pulang ke kampung tidak lama lagi... Walaupun aku bersedih, hubby dan si Kecik sentiasa dapat membuatkan aku sedikit ceria walaupun kadang-kadang letih aku dibuatnya kerana melayan karenah mereka ini... Lebih-lebih lagi Si Kecik (oppss...jangan salah sangka, Si Kecik ini adalah seekor kucing betina)... Dia memang suka diurut dan selalu menjerit untuk meminta aku mengusap dan mengurut badannya... Selalunya dia akan berbaring dan habis terkangkang dan kemudian dia buat muka kasihan sampai memang kasihan tengok dia... hehehe jikalau aku tidak buat demikian, memang dia akan menjerit di sebalik pintu... hubby pula memang selalu mengusik aku sampaikan aku terjerit-jerit, malu betul dengan jiran-jiran... Entah apa pula anggapan mereka pasal kami, hehehe mungkin mereka ingat kami bergaduh sedangkan kami memang bergurau senda... Walaupun kami belum ada rezeki untuk memiliki cahayamata, tetapi kami saling melengkapi antara satu sama lain.. Ya Allah, kau tetapkan iman kami dan Kau restuilah berhubungan kami ini Ya Allah, terima kasih Ya Allah kerana kami dipertemukan dengan izin-Mu... Terima kasih kerana Kau melengkapi hidup kami Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahhim... Amin Ya Rabbal A'lamin...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons