Al-Hamdulillah, segala puji bagiMu Ya
Allah, terima kasih kerana Engkau memberikan rahmat dan hidayahMu
pada kami sekelian makhluk dan aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana
masih memberi peluang kepadaku untuk bernafas lagi di muka bumi yang
Engkau ciptakan... Seperti biasa rutin harian aku akan bermula iaitu
mencuci segala pakaian aku dan hubby... Hmm... Dan masakan aku
berlainan daripada hari biasa, aku memasak masakan daging bahu
kambing bakar.... Fuhhh, memang sedap... Ahakss.. Ada hati hendak
memuji diri sendiri sedangkan masakan aku tidak setanding dengan
chef-chef tapi hubby cakap masakan aku memang sedap (untuk tekak dia
lah)...
Al-Hamdulillah, akhirnya aku dapat
pergi kursus yang berkaitan dengan tugas aku iaitu kursus kaunter
perkhidmatan yang berkesan... wahh.. Tapi bulan depanlah aku pergi
kursus... Pegawai aku pula akan masuk bulan depan setelah lama cuti
sakit akibat kemalangan tempoh hari... Kasihan aku melihat dia,
tetapi hendak buat macamana, sudah nasib malang menimpa dia...Aku
doakan agar dia akan sentiasa sihat dan boleh bekerja seperti sedia
kala... In Sha Allah...
Tuesday blues....biasanya orang akan
cakap Monday blues tapi aku tetap dengan Tuesday blues.. Kenapa?
Kerana aku berasa amat bosan dan amat mengantuk hari ini di pejabat,
talian internet terlalu perlahan sampaikan aku terbayang yang siput
babi pun lari lebih laju daripada talian internet ini..Memang lembap
sungguh... Hendak merekod surat dalam fail itu sudah aku lakukan,
hendak susun buku semuanya sudah dikemaskan...apa lagi yang perlu aku
lakukan??hrmmm....any ideas?
Alahai....Banyak betul baju yang aku
cuci hari ini sampai penuh ampaian di belakang rumah, sudah jadi
seperti kedai bundle pula, sampai hubby pun perli, “nie nak
membasuh ke berniaga baju nie?” hehehe perli nampak... Macamana
hendak dilakukan, itu sahaja masa yang aku ada untuk cuci pakaian,
dekat belakang rumah hubby tidak pasang awning lagi sebab itu aku
tidak dapat cuci pakaian hari-hari..opss.. hehehe... Tadi ummie aku
ada menelefon untuk bertanya pada kami samada ingin masuk bahagian
untuk hari raya korban nanti sebab ummie mahu masuk bahagian... Aku
sememangnya menunggu peluang untuk masuk bahagian lantas aku
bersetuju untuk masuk bahagian, jadi ummie meminta kami untuk balik
kampung pada hari raya Aidiladha nanti... Kemudian hubby pun berkata
yang dia juga hendak masuk bahagian, jadi aku menghubungi ummie
semula untuk memberi kata putus mengenai masuk bahagian... Tentu
seronok masa itu kerana ramai sanak saudara aku akan bertandang di
rumah kerana tahun ini rumah aku dijadijan tempat untuk berhari
raya....Wah, rasa tidak sabar untuk berhari raya dengan mereka....
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari
dan hari Jumaat juga akan berlaku hari kiamat, bila ianya
berlaku?Hanya Allah SWT sahaja yang tahu rahsianya... Hari ini
selalunya aku akan keluar bersama-sama dengan pegawai aku tetapi
memandangkan dia masih lagi cuti sakit jadi aku tidak akan keluar ke
mana-mana sebab aku ada memesan Domino Pizza..hehehe memang cari
nahaslah aku ini, bukankah begitu? Sebenarnya aku memang malas mahu
keluar dari pejabat kerana badan aku kurang sihat sedikit dan aku
tidak larat untuk berjalan-jalan... Mmm.. Apa yang perlu aku lakukan
untuk mengisi masa lapang ini? Oh ya...sekarang ini gadget android
telah melanda zaman ini, kerana zaman semakin canggih..aku juga tidak
ketinggalan untuk membeli gadget android.. Dalam android itu aku
masukkan banyak games dan filem-filem yang aku minati... Angry
Birds?sudah semestinya aku masukkan tetapi aku lebih berminat pada
permainan perempuan berbanding dengan hubby yang dia lebih berminat
dengan permainan perang.... Okey, time to sleep...tata...
Hari ini perpustakaan ditutup untuk
kerja-kerja audit dan aku pula tidak dihalau keluar kerana masih
banyak kerja-kerja perpustakaan yang masih terbengkalai lagi...
aihh...Aku bukannya ponteng tetapi talian internet kat pejabat aku
ini kadang-kadang tidak berfungsi... Itu sebab banyak buku-buku tidak
dapat direkod di dalam sistem perpustakaan... Kerja-kerja audit
terpaksa dibuat di dalam perpustakaan lantaran banyak bilik-bilik
mesyuarat telah dipakai dan tiada kekosongan bilik buat ketika ini,
jadi kerja-kerja audit terpaksa di buat di dalam perpustakaan....
Memang relaks saja hari ini lantaran perpustakaan ditutup jadi ramai
kakitangan tidak dapat membaca suratkhabar seperti mana hari biasa...
hehehe...
Yehaaa.... Selamat Hari Penubuhan Malaysia kawan-kawan... Aku berasa amat bertuah kerana dapat hidup dalam negara yang aman dan makmur dan aku harap generasi sekarang ini akan dapat mengekalkan keamanan dalam negara... Jangan biarkan kita dijajah semula, kena ingat dalam fikiran yang nenek moyang kita bertungkus lumus untuk memerdekakan negara dan cukup hanya sekali kita berperang... Janganlah kita berperang sesama manusia lagi....
Bangga jadi salah seorang kakitangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia...
Wednesday, September 12, 2012
Masa berlalu dengan begitu pantas
sekali, sedar atau tidak kita sudah memasuki akhir tahun... Tidak
lama lagi musim tengkujuh akan tiba dan masa itulah pihak berwajib
seperti Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Tentera Diraja Malaysia, Polis
Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam,Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan pelbagai agensi lagi akan
bergabung untuk menghadapi banjir yang akan tiba tidak lama lagi...
Amboi, hehe saja buat promosi jabatan aku ini, iaitu Jabatan Bomba
Dan Penyelamat Malaysia...Aku amat berbangga menjadi salah seorang
kakitangan sokongan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, walaupun
aku tidak terlibat dengan aksi penyelamatan tetapi menjadi sebahagian
daripada keluarga anggota bomba ini aku berasa amat bangga
sekali...Sedar atau tidak aku sudah bersama dengan jabatan ini selama
5 tahun dan telah berkhidmat sebagai kakitangan awam selama 10
tahun... Wahh, satu pencapaian yang amat membanggakan aku kerana
ketika ramai lagi graduan masih tercari-cari tapak untuk bekerja,
sebaliknya aku pula sudah berada di dalam pekerjaan selama 10
tahun... 1hb Oktober ini genap aku bekerja selama 10 tahun....
Sorry kerana agak lama aku tidak
mengemaskini blog ini... Bukannya apa, aku agak sibuk di pejabat
kerana ketiadaaan pegawai aku... Aku perlu membuat tugas dia yang
terbengkalai dan oleh kerana internet di pejabat aku sekejap ok dan
sekejap menjadi bengong, aku terpaksa mencari tugas yang lain yang
tidak melibatkan penggunaan internet.... Tidak lama lagi kita akan
bercuti iaitu hari Penubuhan Malaysia, aku berasa amat seronok kerana
hari tersebut jatuh pada hari Ahad dan ianya akan diganti pada hari
Isnin... Yeayyy.. Dapat cuti 3 hari tapi sama sahaja dengan negeri
yang mengambil cuti am pada hari Jumaat...Mereka pun mendapat 3 hari
bercuti juga...Hmmm... Tidak elok berdengki-dengki ini,bukankah
begitu???hehehe
Al-Hamdulillah, kami selamat sampai ke
rumah Taman Salak Idaman pada pukul 4.30 petang tadi.. Memang letih
gila masa ini tetapi hati kami puas kerana dapat membeli apa yang
perlu... Adik ipar perempuan aku masih lagi berada bersama kami
kerana kami akan balik ke Felda Palong pada hari Sabtu ini... Hari
ini aku masih lagi bercuti dan esok aku mulai bekerja, pegawai aku
belum lagi pulih dari kecederaan dia dan Insya Allah bila dia sudah
sembuh, dia akan mula bertugas semula..Bila?? Wallahu'alam... Hari
ini aku sempat mencuci pakaian dan meminta adik ipar perempuan untuk
menjemur pakaian pada hari esok... Secara kebetulan dia pun mahu
mencuci pakaian dia juga kerana pakaian kotor terlalu banyak jika
dibandingkan dengan pakaian bersih.... Okey, aku mahu tidur awal
kerana badan terlalu penat tapi sebelum itu aku mahu menggosok
pakaian kerja dulu... Tata...Jumpa lagi...
Assalamualaikum wbt...
Hari ini aku ada temujanji dengan doktor O & G pada pukul 8 pagi tetapi malangnya doktor sampai di dalam bilik doktor pada pukul 9 pagi... Pada mulanya jururawat mengatakan yang doktor pakar tiada untuk membuat pemeriksaan dan meminta supaya digantikan dengan doktor lain tetapi aku kata yang aku sudah membuat temujanji hanya pada doktor pakar dan tambahan pula aku tinggal di luar negeri Terengganu....Kemudian jururawat itu menelefon doktor pakar terbabit dan syukur kerana doktor pakar bersetuju untuk bertemu dengan aku pada jam 9 pagi... Sementara hendak menunggu kedatangan doktor, aku dan hubby telah pergi makan sarapan pagi di kedai makan berhampiran... Kemudian, lepas itu, kami bergegas ke klinik O & G untuk bertemu doktor pakar dan nasib kami baik kerana tidak sampai 10 minit menunggu, nama aku dipanggil... Doktor berkata yang ujian IUI yang lepas tidak berjaya dan beliau sarankan aku membuat IVF kerana walaupun aku membuat IUI berulang kali, hasilnya tetap sama... Beliau mengatakan yang aku mungkin telah berjaya hamil dengan kaedah itu teatapi memandangkan rahim aku tidak cukup kuat, sebab itu aku mengalami keguguran... Aku berkata pada beliau aku akan berbincang dengan hubby dan tengok keadaan macam mana dulu... Doktor pakar telah mengesyorkan bahawa aku boleh membuat IVF dengan menggunakan dua cara... Cara pertama, aku perlu membuat IVF di Hospital Kuala Lumpur dan mengikut prosedur di sana sepenuh masa... Atau cara kedua, aku membuat IVF di Hospital Kuala Terengganu tetapi perlu menjalani rawatan susulan seperti membuat scanning, mengambil dan menyuntik ubat kesuburan di Hospital Kuala Lumpur... Prosedur terakhir sekali baru buat di Hospital Kuala Terengganu.... Selepas penerangan doktor pakar, kami pun pulang ke rumah sambil berbincang apa langkah seterusnya yang perlu diambil.... Lepas itu, kami singgah ke kedai keropok untuk membeli keropok lekor yang dipesan oleh sahabat aku dan pada waktu petang, selepas ummie pulang dari kerja dia mengajak kami ke kedai keropok keping kerana emak mertua aku memesan supaya membeli keropok... Kemudian kami pulang ke rumah dengan pelbagai barangan, rasanya macam mahu berniaga keropok saja...hehehe... memang penuh bonet kereta, itu belum masuk lagi barang-barang lain seperti beg baju, beg laptop dan beg kelengkapan diri...
Al-Hamdulillah, akhirnya kami sampai di
bumi Terengganu pada petang semalam tepat jam 5.00 petang dan macam
biasa aku dan keluarga akan berkumpul di dapur untuk mesyuarat
keluarga... Ahakss.. Gurau saja, tapi memang benar di dapur kami akan
berkumpul dan berbincang tentang masalah masing-masing, bak kata
orang, makan sampai berjam-jam hingga tidak sedar masa berlalu...
Banyak perkara yang kami bercerita dan secara kebetulan bulan Syawal
masih awal lagi jadi banyak juga rumah-rumah terbuka untuk beraya...
Semalam kami sempat singgah di rumah nenek aku di Kemaman untuk
melihat keadaannya.. Bila sampai di rumah nenek, kami terserempak
dengan nenek saudara aku yang datang bersama-sama dengan keluarga
dia.... Kebetulan juga mereka juga baru sahaja sampai di rumah nenek
aku dan kami sama-sama melawat nenek yang sedang sakit... Memang
sedih bila melihat keadaan nenek dan nasib baik 2 orang emak saudara
aku yang menjaga dia... Kalau tidak aku pun tidak tahu apa yang akan
berlaku... Nenek aku sudah tidak boleh bercakap kecuali satu
perkataan, “mana..mana...mana?” hanya 2 orang emak saudara aku
sahaja yang faham apa maksudnya dan apa yang dia mahu... hurmmm....
Hari ini aktiviti kami adalah membeli kain batik yang telah dipesan
oleh emak mertua aku, kami singgah di pasar payang yang memang
terkenal dengan penjualan barang-barang tradisional Terengganu...
Akhirnya aku menemui apa yang aku cari selama ini... hehehe apakah
barang itu? Ianya adalah rahsia kerana takut juga yang orang
memikirkan perkara yang negatif terhadap aku... Tetapi ianya ada
sejenis makanan dan rasanya memang sedap... Setelah penat membeli
barang-barang, kami singgah di rumah emak saudara aku yang tinggal
berhampiran dengan pasar payang, dan setelah meletak barang-barang,
ummie mengajak aku dan hubby berjumpa dengan tabib cina atau lebih
dikenali sebagai sensei di kedai ubat perkampungan cina, yang juga
berdekatan dengan rumah emak saudara aku... Aku membuat rawatan
akuapuntur untuk tangan aku yang sakit akibat sendi saraf... Hubby
pula membuat bekam di bahagian belakang dan memang itu adalah kali
pertama dia membuat bekam dalam seumur hidup dia... Selesai kami
membuat rawatan, emak saudara aku juga mahu membuat akuapuntur dan
memang ada perkara melucukan berlaku pada dia... Emak saudara aku
menjerit-jerit ketakutan kerana melihat sensei tersebut mencucuk
bahagian belakang dia tetapi dalam masa yang sama dia mahu membuat
akuapuntur itu...hehehe... Bila selesai membuat rawatan, kami pulang
ke rumah untuk solat Maghrib. Selesai solat Maghrib, aku bersama-sama
dengan hubby dan adik ipar perempuan aku pergi ke I-City Terengganu,
sama seperti I-City Shah Alam... Subhanallah, memang kreatif orang
yang membina taman yang serba indah ini dan aku berbangga kerana
Terengganu memang banyak tempat yang menarik untuk dilawati...hehehe
(promosi sedikit tentang negeri kelahiran aku....) Pada pukul 9.30
malam barulah kami pulang ke rumah kerana hubby nampak keletihan
akibat membuat bekam di bahagian belakang...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons