Al-Hamdulillah, akhirnya kami sampai di
bumi Terengganu pada petang semalam tepat jam 5.00 petang dan macam
biasa aku dan keluarga akan berkumpul di dapur untuk mesyuarat
keluarga... Ahakss.. Gurau saja, tapi memang benar di dapur kami akan
berkumpul dan berbincang tentang masalah masing-masing, bak kata
orang, makan sampai berjam-jam hingga tidak sedar masa berlalu...
Banyak perkara yang kami bercerita dan secara kebetulan bulan Syawal
masih awal lagi jadi banyak juga rumah-rumah terbuka untuk beraya...
Semalam kami sempat singgah di rumah nenek aku di Kemaman untuk
melihat keadaannya.. Bila sampai di rumah nenek, kami terserempak
dengan nenek saudara aku yang datang bersama-sama dengan keluarga
dia.... Kebetulan juga mereka juga baru sahaja sampai di rumah nenek
aku dan kami sama-sama melawat nenek yang sedang sakit... Memang
sedih bila melihat keadaan nenek dan nasib baik 2 orang emak saudara
aku yang menjaga dia... Kalau tidak aku pun tidak tahu apa yang akan
berlaku... Nenek aku sudah tidak boleh bercakap kecuali satu
perkataan, “mana..mana...mana?” hanya 2 orang emak saudara aku
sahaja yang faham apa maksudnya dan apa yang dia mahu... hurmmm....
Hari ini aktiviti kami adalah membeli kain batik yang telah dipesan
oleh emak mertua aku, kami singgah di pasar payang yang memang
terkenal dengan penjualan barang-barang tradisional Terengganu...
Akhirnya aku menemui apa yang aku cari selama ini... hehehe apakah
barang itu? Ianya adalah rahsia kerana takut juga yang orang
memikirkan perkara yang negatif terhadap aku... Tetapi ianya ada
sejenis makanan dan rasanya memang sedap... Setelah penat membeli
barang-barang, kami singgah di rumah emak saudara aku yang tinggal
berhampiran dengan pasar payang, dan setelah meletak barang-barang,
ummie mengajak aku dan hubby berjumpa dengan tabib cina atau lebih
dikenali sebagai sensei di kedai ubat perkampungan cina, yang juga
berdekatan dengan rumah emak saudara aku... Aku membuat rawatan
akuapuntur untuk tangan aku yang sakit akibat sendi saraf... Hubby
pula membuat bekam di bahagian belakang dan memang itu adalah kali
pertama dia membuat bekam dalam seumur hidup dia... Selesai kami
membuat rawatan, emak saudara aku juga mahu membuat akuapuntur dan
memang ada perkara melucukan berlaku pada dia... Emak saudara aku
menjerit-jerit ketakutan kerana melihat sensei tersebut mencucuk
bahagian belakang dia tetapi dalam masa yang sama dia mahu membuat
akuapuntur itu...hehehe... Bila selesai membuat rawatan, kami pulang
ke rumah untuk solat Maghrib. Selesai solat Maghrib, aku bersama-sama
dengan hubby dan adik ipar perempuan aku pergi ke I-City Terengganu,
sama seperti I-City Shah Alam... Subhanallah, memang kreatif orang
yang membina taman yang serba indah ini dan aku berbangga kerana
Terengganu memang banyak tempat yang menarik untuk dilawati...hehehe
(promosi sedikit tentang negeri kelahiran aku....) Pada pukul 9.30
malam barulah kami pulang ke rumah kerana hubby nampak keletihan
akibat membuat bekam di bahagian belakang...
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧