Letihnya badan aku
ini... Sumpah demi Allah kami tidak akan balik pada hari Ahad masa
orang ramai hendak pulang ke kota KL... Semalam kami selamat sampai
di rumah kami syurga kami tetapi dalam jangka masa yang begitu lama
sekali... Kami bertolak dari Terengganu pada pukul 10.00 pagi dan
dijangka sampai di Sepang dalam pukul 6 petang tetapi pada hari
semalam, sesuatu yang agak luar biasa telah berlaku... JALAN
RAYA SESAK DARI TOL KARAK MENUJU KE KL!!! wahh.....
memang silap besar masa itu, kami ingatkan cuma kesesakan berlaku
hanya seketika sahaja tetapi masa sampai di situ, dua jam kami tidak
bergerak, kami mengambil keputusan untuk melalui laluan Kuala
Pilah... Masa itu hanya Allah sahaja yang tahu masa kami melalui
jalan itu, kerana laluan itu amat gelap sekali tetapi nasib baik
bukan kami sahaja yang melalui jalan itu, ramai juga pemandu membelok
kenderaan masing-masing dan mengikut kami dari belakang...Kemudia,
hujan turun dengan lebatnya sehingga hubby terpaksa membawa kereta
dalam kelajuan 45km sejam kerana tidak nampak jalan, aku juga
membantu dia dalam melihat jalan, takut terbabas di tepi jalan...
Kami sampai di rumah dalam pukul 10.30 malam dan jangkamasa kami
adalah 13 JAM!!!!!!!!
Memang gila dan itulah kali pertama dan kali terakhir kami pulang
pada hari kemuncak.....
Al-hamdulillah, kami
selamat sampai di Terengganu pada pukul 11.30 malam tadi dan kami
sempat singgah di kedai makan untuk menikmati makan malam... Pada
mulanya hubby membawa kereta daripada rumah sampai di Hentian
Kuantan... Setelah itu, aku pula mengambil alih untuk membawa kereta
lantaran hubby kepenatan dan ditambah pula hari telah malam dan mata
hubby silau bila cahaya lampu kenderaan lain datang...
Al-Hamdulillah, sampai juga destinasi kami dan aku tidak melalui
jalan Jabor sebagaimana biasa kami pulang, sebaliknya kami pulang
melalui jalan pantai sahaja kerana pada masa itu, jalan Jabor gelap
tanpa ada cahaya lampu jalan di tambah pula dengan kerosakan teruk
pada jalan tersebut... Kami memakai baju raya berwarna oren dan nasib
baik hubby ada baju melayu yang berwarna oren... Pada waktu pagi kami
semua pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya dan
selepas itu kami pulang ke rumah untuk menikmati juadah hari
raya...Tapi berbeza sedikit dengan hari raya Aidilfitri, kami cuma
membuat masakan ringkas sahaja, iaitu bihun goren kerana kami ingin
memasak nasi dengan gulai kawah, ala...sama macam kenduri kahwin tapi
ini untuk keluarga ini sahaja.... Kali pertama juga aku dan hubby
dapat menunaikan ibadah korban dan hubby seronok dapat melapah daging
lembu yang dikorbankan... Kedua-dua adik lelaki aku telah buat ibadah
korban pada sebelah pagi manakala aku dan hubby serta dua orang ibu
saudara dan bapa saudara membuat ibadah korban pada sebelah
tengahari... Yang menggelikan hati kami ialah masa hubby mengasah
parang untuk melapah daging, parang tersebut tidak tajam setelah
beberapa kali diasah... Puas jugalah hubby mengasah menggunakan cara
tradisional dan cara moden tapi memang tidak tajam... Bukan dia
sahaja yang mengasah, tetapi adik lelaki ke3 aku juga menolong dia
mengasah tapi parang itu tetap tumpul... Dengan parang itu jugalah
dia melapah daging dan pertama kali dalam hidup hubby melapah daging,
sangat menggelikan hati kami melihat... Aku cuma melihat sahaja
gelagat mereka melapah.. Selesai melapah, kami membahagikan kepada 7
bahagian dan setelah itu kami membawa daging tersebut pulang ke rumah
untuk diagihkan kepada orang miskin di kampung kami... Kami cuma
mengambil 1/3 bahagian sahaja untuk dimasak dan selebihnya kami
membahagikan kepada orang kampung... Masakan kami pula kami buat nasi
putih dengan gulai daging kawah, daging masak merah, dan daging
rendang... Hubby sempat berkata dengan aku yang dia rasa seronok bila
dapat memasak beramai-ramai dan itulah kali pertama dia membuat
ibadah korban dengan begitu meriah..Untuk pengetahuan semua,
sekiranya ada majlis kenduri di rumah aku sedangkan tetamunya
hanyalah ahli keluarga dan sanak saudara terdekat sahaja yang hadir,
tetapi meriahnya sama macam kenduri kampung biasa, memang gamat
dengan suara pekikan ibu-ibu saudara dan bapa-bapa saudara yang
memasak dan mengupas bawang dan sebagainya... Aku pula berbangga dan
gembira kerana dapat menggembirakan hati hubby kerana itulah kali
pertama dia merasa hari raya Aidiladha di Terengganu dengan keadaan
situasi yang sebenarnya... Memang betul apa yang kebanyakan orang
berkata, di Terengganu dan Kelantan, hari raya Aidiladha lebih meriah
jika dibandingkan dengan hari raya Aidilfitri... Di kesempatan ini
aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat
Islam di seluruh dunia... Aku juga doakan kesejahteraan kepada
bakal-bakal haji dan hajjah di Mekah Al-Mukarammah, semoga mereka
mendapat haji mabrur, Amin Ya Rabbal Alamin....
Pada masa ini sudah ramai
umat Islam telah sampai di bumi Mekah Al-Mukarammah dan aku terasa
sedikit terkilan kerana tidak dapat peluang untuk berkunjung di rumah
Allah... Insya Allah, aku yakin dengan Qada' dan Qadar Allah, aku
yakin aku akan dijemput ke sana suatu hari nanti, Insya Allah.. Bakal
haji dan hajjah dari Malaysia semuanya telah sampai di sana aku
doakan agar mereka selamat pergi dan selamat pulang ke
Malaysia,....Semoga umat Islam di sana akan mendapat haji mabrur
dalam pencapaian ibadah masing-masing..Aku cuma mengambil cuti pada
29hb sahaja kerana cuti aku tinggal sedikit sahaja lagi... huhu
tetapi tidak mengapa, kerana kegembiraan telah mengatasi kesedihan
aku, sabar Shikin... Hanya sedikit masa lagi kamu akan dapat
bersama-sama dengan keluarga yang tersayang tetapi aku rasa yang
lebih excited nya adalah hubby... Sebab ini adalah pertama kali dia
masuk korban dan dia akan mempelajari perkara baru dalam hidupnya....
Al-hamdulillah, aku
telah selamat sampai ke rumah pada petang semalam dan penatnya belum
hilang lagi hari ini...Aku ingat mahu mengambil cuti rehat tetapi
memandangkan aku berasa kasihan pada pegawai atasan aku tinggal
berseorangan di pejabat, aku memaksa diriku untuk bangun bekerja..
Aku mindset kan minda aku dalam kepala yang aku bekerja kerana Allah
dan aku mencari rezeki kerana Allah... Terima kasih Ya Allah kerana
masih diberi peluang untuk beribadah kepadaMu... Minggu depan adalah
hari raya Aidiladha, dan aku telah bersiap sedia untuk mood
bercuti... Oh ya, untuk pengetahuan, pada tahun ini, aku bersama-sama
dengan hubby dan ahli keluarga yang lain akan membuat korban
lembu...Hati ini betapa seronoknya rasa kerana dapat peluang untuk
masuk bahagian dalam hari yang penuh bersejarah ini dan inilah kali
pertama aku, hubby dan adik-adik lelaki aku masuk bahagian untuk
korbankan lembu... Terima kasih Ya Allah dan aku bersyukur padaMu Ya
Allah...
Hari ini adalah hari
terakhir aku akan mengemaskini blog dan aku terasa berdebar-debar
pula, macam kali pertama aku pergi berkursus...Aku siapkan segala
kelengkapan yang perlu untuk pergi ke sana dan dalam masa yang sama,
aku siapkan juga kelengkapan kerja hubby seperti menggosok pakaian
agar sentiasa kemas dan teratur.. Secara kebetulan adik ipar
perempuan aku ada temuduga jururawat di Jabatan Perkhidmatan Awam di
Putrajaya dan esok hubby telah mengambil cuti rehat dan akan
menghantar aku pergi ke office kerana aku menunggu pemandu jabatan di
sana... Kami akan bertolak pada pukul 10 pagi dan dijangka sampai di
sana dalam pukul 2 petang... Kepada adikku Erra, akak harapkan Erra
akan dapat menjawab pertanyaan daripada penemuduga dengan baik dan
jangan panik bila tidak yakin dengan jawapan yang diberikan... Anggap
sahaja sebagai satu ujian untuk Erra dan all the best with your
interview... Okey, time to sleep... <3 tata...
Hari ini aku mendapat tahu yang aku
perlu pergi kursus selama 3 hari di Lumut, Perak... Kursus terakhir
untuk tahun ini walaupun kuota kursus aku sudah melebihi 7 hari
tetapi aku memang suka pergi kursus apatah lagi kursus yang jauh
penempatannya... Aku akan mula berkursus pada 16hb ini sampai 18hb
dan aku akan pergi bersama-sama dengan pemandu jabatan dan sahabat
aku Kak Anum... Kami juga akan pergi bersama-sama dengan Abang Eddy
yang juga merupakan urusetia bagi kursus ini dan nama kursus ini
adalah Kursus Perkhidmatan Kaunter... hehehe... Memang kursus ini ada
kena mengena dengan kerja aku dan secara kebetulan sahabat aku
merangkap pegawai atasan aku akan mula bekerja pada 15hb ini setelah
bercuti lama... Dalam masa itu, aku tidak akan mengemaskini blog ini
tetapi aku akan muncul semula pada keesokkan harinya yea... Tengahari
tadi aku pergi ke Alamanda seorang ini, hajat di hati ingin membeli
makanan segera tetapi dalam saat akhir aku batalkan dan aku singgah
ke Carrefour untuk membeli roti dan tuna dalam tin serta air kotak
perisa teh.. Jadi pada petang itu aku makan roti
beserta dengan tuna, memang sedap...
Maaf yea kerana aku tidak dapat
mengemaskini entri ini..Memang sibuk 2 @ 3 hari ini kerana bila
keluarga abah sampai di rumah, memang riuh sekejap rumah aku...
hehehe sebenarnya adik aku iaitu Radzi telah menghabiskan sesi
pembelajaran di kolej dan konvokesyen dia dilaksanakan di Universiti
Multimedia, Cyberjaya.. Sebab itu abah dan keluarga datang ke rumah,
supaya senang hendak pergi ke universiti itu... Memang dekat sahaja
perjalanan ke Universiti itu.. Rupa-rupanya abah akan balik pada 10hb
kerana pada hari ini Radzi akan melakukan raptai sempena hari konvo
dia itu..Semalam, nasib baik aku bercuti dan dapatlah aku menemai
mereka mengambil jubah konvo Radzi di Jalan Gurney Kiri, KL. Memang
jenuh juga hendak mencari jalan itu, sedangkan papan tanda yang telah
dihalang oleh satu pemandangan yang cukup 'indah' sekali...Deretan
kedai makan mengundang rasa kurang berpuas hati dengan keadaan di
situ kerana kami memang tidak nampak Kemudian kami perrgi ke Sogo dan
macam biasa perempuan akan pergi ke situ... Aku memang tidak berapa
gemar untuk membeli belah di situ kerana harganya agak mahal jka
dibandingkan dengan pusat beli belah yang lain.... kejap tadi kami ke
Nilai 3 kerana ibu tiri aku ingin membeli belah di sana dan agak
malang sekali kedai di sana sudah tutup... Baru aku teringat yang
Nilai 3 akan tutup pada waktu malam kecuali pada hari cuti sekolah
sahaja yang belum ditutup... huhuhu memang frust sangat ibu tiriku
ini tapi tidak mengapa, abah sudah berjanji akan datang semula ke
sini... Sebelum itu, kami pergi ke Kajang untuk memakan makanan yang
begitu terkenal di situ, iaitu Satey Kajang...
Hari Jumaat telah tiba.. Hari ini abah
akan datang ke rumah dan katanya mungkin pada pukul 2.00 pagi akan
sampai ke rumah... Aku sudah tidak sabar untuk menyambut ketibaan
mereka dan malam ini aku akan tunggu kedatangan mereka... Tentu
mereka terperanjat dengan kehadiran kereta pinjam aku....oppss... aku
belum ceritakan apa yang terjadi pada kereta aku,bukan? Okey, macam
ini... Sebenarnya kereta aku daripada 3 minggu lepas telah dibawa ke
bengkel untuk dicat baru, warna merah, sama macam warna kereta
bomba... Apalah hubby, sudahlah aku kerja dengan jabatan bomba,
diberinya pula nafas baru pada kereta kami dengan warna kereta
bomba... ishh..isshh... Hendak dijadikan cerita, kereta kami masih
belum siap dicat lantaran tuan kedai itu berjanji akan siapkan kereta
dalam masa 3 minggu, tapi biasalah janji Melayu...tidak pernah
ditepati.. Lalu hubby meminta kereta gantian sementara kerana aku
ingin memakai kereta tersebut untuk dibawa ke pejabat... Aku memang
boleh pergi kerja dengan menaiki ERL tapi hubby takut dia kena kerja
lebih masa, mungkin sampai malam... itu yang dia bimbangkan dan tuan
kedai itu dengan rela hati menawarkan kereta dia untuk di
pakai...Kamu semua tahu kereta apa? Naza Citra Auto...fuhh tidak
pernah seumur hidup aku membawa kereta auto, kereta Naza pula... Tapi
nasiblah, alasan tuan kedai itu, dia segan sebab janji dia untuk
siapkan kereta tidak dapat ditunaikan.. Nasib baik kerana malam itu
juga kami ke kedai untuk membeli barangan dapur...
Happy belated anniversary... 2 hari
lepas, genaplah 10 tahun aku dalam perkhidmatan kerajaan... wahh
kejap sahaja masa berlalu, aku masih ingat lagi keperitan dan
kepayahan aku dalam mengharungi cabaran dan dugaan dalam hidup yang
kadang kala menyesakkan diri... Kepayahan itulah juga yang telah
mematangkan diri aku (yea ke matang?) hehehe... Dalam kepayahan ada
juga kebahagiaan dalam diri aku, seperti manusia biasa yang
lain..kesilapan akan sentiasa berlaku, kealpaan diri sentiasa ada
berlaku antara sedar atau tidak, tapi yang penting, sekarang ini aku
mengecap kebahagiaan dan kadang kala kesepian dan kadang kala
kesedihan... Itulah putaran hidup kita di muka bumi Allah ini....
Monday blues datang lagi tapi aku tidak
kisah dengan semua itu... Yang penting aku mendapat berita gembira
kerana abah akan datang ke rumah bersama-sama dengan family.. Itu
yang paling seronok kerana pada minggu depan aku akan bercuti..
Amboiii.. Hari ini baru start kerja untuk minggu ini, sudah bercerita
tentang minggu depan...ahakss..memang teruk perangai aku tapi tidak
kisahlah asalkan aku dan hubby bahagia bersama...lagipun aku tidak
menyusahkan orang lain apatah lagi hendak menyibuk tentang hal
lain..banyak benda lagi yang aku perlu buat contohnya baca buku ke,
mewarna ke...Yealah, sudah lama aku tidak mengasah bakat aku dalam
mewarna walaupun kadang kala nampak seperti kebudak-budakan.. Biarlah
apa orang hendak kata, asalkan aku tidak diganggu sudahlah, mulut
manusia mana boleh ditutup, bila sudah penat senyaplah mereka...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons