Al-hamdulillah, kami
selamat sampai di Terengganu pada pukul 11.30 malam tadi dan kami
sempat singgah di kedai makan untuk menikmati makan malam... Pada
mulanya hubby membawa kereta daripada rumah sampai di Hentian
Kuantan... Setelah itu, aku pula mengambil alih untuk membawa kereta
lantaran hubby kepenatan dan ditambah pula hari telah malam dan mata
hubby silau bila cahaya lampu kenderaan lain datang...
Al-Hamdulillah, sampai juga destinasi kami dan aku tidak melalui
jalan Jabor sebagaimana biasa kami pulang, sebaliknya kami pulang
melalui jalan pantai sahaja kerana pada masa itu, jalan Jabor gelap
tanpa ada cahaya lampu jalan di tambah pula dengan kerosakan teruk
pada jalan tersebut... Kami memakai baju raya berwarna oren dan nasib
baik hubby ada baju melayu yang berwarna oren... Pada waktu pagi kami
semua pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya dan
selepas itu kami pulang ke rumah untuk menikmati juadah hari
raya...Tapi berbeza sedikit dengan hari raya Aidilfitri, kami cuma
membuat masakan ringkas sahaja, iaitu bihun goren kerana kami ingin
memasak nasi dengan gulai kawah, ala...sama macam kenduri kahwin tapi
ini untuk keluarga ini sahaja.... Kali pertama juga aku dan hubby
dapat menunaikan ibadah korban dan hubby seronok dapat melapah daging
lembu yang dikorbankan... Kedua-dua adik lelaki aku telah buat ibadah
korban pada sebelah pagi manakala aku dan hubby serta dua orang ibu
saudara dan bapa saudara membuat ibadah korban pada sebelah
tengahari... Yang menggelikan hati kami ialah masa hubby mengasah
parang untuk melapah daging, parang tersebut tidak tajam setelah
beberapa kali diasah... Puas jugalah hubby mengasah menggunakan cara
tradisional dan cara moden tapi memang tidak tajam... Bukan dia
sahaja yang mengasah, tetapi adik lelaki ke3 aku juga menolong dia
mengasah tapi parang itu tetap tumpul... Dengan parang itu jugalah
dia melapah daging dan pertama kali dalam hidup hubby melapah daging,
sangat menggelikan hati kami melihat... Aku cuma melihat sahaja
gelagat mereka melapah.. Selesai melapah, kami membahagikan kepada 7
bahagian dan setelah itu kami membawa daging tersebut pulang ke rumah
untuk diagihkan kepada orang miskin di kampung kami... Kami cuma
mengambil 1/3 bahagian sahaja untuk dimasak dan selebihnya kami
membahagikan kepada orang kampung... Masakan kami pula kami buat nasi
putih dengan gulai daging kawah, daging masak merah, dan daging
rendang... Hubby sempat berkata dengan aku yang dia rasa seronok bila
dapat memasak beramai-ramai dan itulah kali pertama dia membuat
ibadah korban dengan begitu meriah..Untuk pengetahuan semua,
sekiranya ada majlis kenduri di rumah aku sedangkan tetamunya
hanyalah ahli keluarga dan sanak saudara terdekat sahaja yang hadir,
tetapi meriahnya sama macam kenduri kampung biasa, memang gamat
dengan suara pekikan ibu-ibu saudara dan bapa-bapa saudara yang
memasak dan mengupas bawang dan sebagainya... Aku pula berbangga dan
gembira kerana dapat menggembirakan hati hubby kerana itulah kali
pertama dia merasa hari raya Aidiladha di Terengganu dengan keadaan
situasi yang sebenarnya... Memang betul apa yang kebanyakan orang
berkata, di Terengganu dan Kelantan, hari raya Aidiladha lebih meriah
jika dibandingkan dengan hari raya Aidilfitri... Di kesempatan ini
aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat
Islam di seluruh dunia... Aku juga doakan kesejahteraan kepada
bakal-bakal haji dan hajjah di Mekah Al-Mukarammah, semoga mereka
mendapat haji mabrur, Amin Ya Rabbal Alamin....
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧