Selamat
datang wahai adik lelaki aku, Wan Ahmad Khairul Na'im dan pasangannya
Norawati ke Salak Tinggi, Sepang.... Mereka datang pada pukul 2.00
petang, semalam aku telefon dan dia mengatakan yang dia akan datang
pada pukul 5.00 petang dan akan singgah di office aku kerana adik
lelaki aku ini tidak ingat akan jalan ke rumah aku.... Tapi oleh
kerana dia habis awal dalam peperiksaan dia, terus dia datang ke
sini... Aku pula hanya membeli sandwich untuk santapan tengahari pada
hari itu, jika aku tahu mereka akan sampai dalam pukul 2.00 petang,
akan aku bungkuskan nasi... Tapi petang itu, semasa dalam perjalanan
pulang ke rumah, kami singgah di Kota Warisan untuk membeli makanan
dan aku juga dapat membeli makanan yang ringkas untuk santapan malam
aku..Ini kerana aku terlalu penat untuk memasak dan hubby pula
mungkin akan balik lewat kerana ada banyak kerja yang perlu
dilakukan... Kami sempat bersembang lebih lanjut ke mana destinasi
harus mereka pergi di Cameron Highlands...
Adik
ipar perempuan aku tidak dapat pergi ke kolej jururawat kerana dia
berada dalam kategori calon simpanan... Aku tumpang simpati dengan
keadaan adik ipar perempuan aku, tapi dia telah rugi dalam satu tahun
sebab baru-baru ini dia mendapat tawaran belajar ke Politeknik Ungku
Omar dalam bidang Ukur Tanah tapi dia menolak tawaran itu kerana dia
benar-benar mengharapkan kerja kerajaan dalam bidang perubatan
kejururawatan... Tapi oleh kerana dia berada dalam calon simpanan,
dia perlu menunggu surat tawaran jika ada... Kerja dalam sektor awam
memang susah sedikit untuk mendapatkan melainkan kalau nasibnya
baik... Aku teringat pada kesusahan aku dulu sementara mendapatkan
jawatan aku sekarang ini... Pada mulanya aku sudah agak serasi dengan
kerja membuat wafel di supermarket tetapi setelah aku mendapat kerja
dalam sektor awam, kini sudah 10 tahun aku menjawat jawatan ini dan
aku berasa amat bangga dengan jawatan aku sekarang....
Pagi
tadi aku mendapat panggilan telefon daripada adik lelaki ke2 aku yang
dia hendak datang ke rumah pada hari Jumaat ini kerana pada hari itu
dia ada peperiksaan syarikat tempat dia bekerja sekarang ini... Aku
berasa amat gembira kerana dia hendak datang bersama-sama dengan
isterinya iaitu adik ipar perempuan aku yang pertama kali datang ke
rumah... Adik lelaki aku juga ingin menunjukkan kereta baru yang baru
sahaja dia beli minggu lepas, mereka ingin bercuti ke Cameron
Highlands di samping itu mereka juga ingin melawat keluarga mertua
adik lelaki aku di Perak... Bagus juga cadangan mereka itu,
sekurang-kurangnya dapat juga mereka berkenal-kenalan dengan lebih
rapat lagi...
Hurmmm...
Satu lagi rutin mingguan aku telah siap, apalagi masa untuk melipat
pakaian pula, tapi ingat esoklah baru hendak lipat..Malam ini ada
cerita best sangat-sangat, tajuknya Enchanted...hahaha cerita
budak-budak lagi tapi tidak mengapalah, asalkan aku tidak mengacau
orang lain, kira okeylah... Hubby pula memang sibuk memuat turun
pelbagai permainan di dalam Galaxie Tabs dia... Aku macam biasa
memang tidak dapat berebut broadband dengan dia, pukul 12.00 tengah
malam nanti baru aku dapat giliran bermain internet... Hendak buat
macam mana, memang itu sahaja yang dapat dibuat, hubby sememangnya
ada line internet tapi jenis prepaid, aku pula mengambil plan
postpaid sebab itu dia selalu meminjam broadband bila duit top-up dia
habis...huhuhu....
Hari
Jumaat penghulu segala hari dan kita semakin menghampiri akhir
tahun...Bulan depan semua kakitangan awam mendapat bonus tahunan dan
Al-Hamdulillah dapatlah aku berbelanja lebih sedikit.. Matlamat aku
sebenarnya adalah untuk membeli seluar slim 'n' fit yang ditayangkan
di dalam tv, ini kerana seluar yang aku selalu pakai sudah rosak
teruk dan tidak sesuai untuk memakainya lagi.. Bak kata P. Ramlee
dalam filem Seniman Bujang Lapok, kalau tidak boleh dijual, boleh
disimpan sebagai pusaka...hehehe... Memang teruk, tapi seluar itu
telah memberi banyak jasa kepada aku... Hari ini juga seperti biasa
aku dan pegawai atasan aku pergi ke Alamanda untuk membeli makanan,
kalau yang tinggal di kuarters, memang mereka akan balik ke rumah
tapi bagi kami yang tidak tinggal di Putrajaya, agak susah untuk
pulang ke rumah... Setelah membeli makanan kami sempat singgah ke
kedai buku untuk mencari bahan buku yang baru di pasaran, tapi
semuanya tidak menarik perhatian aku... Aku memang gemar pada cerita
yang mengisahkan pembunuhan, misteri dan cinta berbentuk Islamik...
Sekarang ini hobi terbaru aku adalah mencari novel Islamik selain
daripada membeli majalah Ujang atau majalah Apo... Aku sebenarnya
mencari komik siri Sailormoon, Dragon Ball dan Doraemon tapi sekarang
ini susah mahu mencari siri ini... Dekat mana aku perlu cari bahan
bacaan ringan ini? Walaupun ramai yang berkata aku seperti
kebudak-budakan kerana meminati siri kanak-kanak, tapi aku tidak
kisah sangat kerana bagi aku, lain orang lainlah cara minat dan
hobinya... Bahan bacaan kanak-kanak contohnya siri Doraemon, walaupun
ianya kebudak-budakan tetapi siri ini selalu diselitkan dengan contoh
tauladan yang baik, contohnya jangan berputus asa dalam apa jua
perkara yang kita lakukan, jangan membazir masa dan bermacam-macam
lagi tauladan yang diselitkan dalam siri itu... Begitu juga dengan
siri Ultraman dan apa-apa cerita yang bagi sesetengah orang dianggap
mengarut dan tidak logik, tapi kalau kita tengok dari segi
dalamannya, ada terdapat kisah taudalan yang baik yang perlu
dicontohi... Lagi satu, membaca dan melihat siri komik manga dalam
bentuk buku atau rancangan tv sebenarnya boleh menghilangkan stress
dan penat di office, sebab itu aku suka melayani cerita dan membaca
siri komik ini... Okeylah, time to sleep... see you soon...
Hari
ini pegawai atasan aku pergi ke 'Mesyuarat Pinjaman Berkelompok'
anjuran PNM di Glory Beach Resort, Port Dickson yang sepatutnya aku
pergi ke sana... Tetapi memandangkan pegawai aku itu tidak cukup
bilangan hari berkursus dalam tahun ini dan aku pula berlebih-lebihan
bilangan hari berkursus, jadi aku minta pegawai aku pergi ke sana
untuk menggantikan tempat aku... Tidak mengapa, lagipun aku memang
tidak mahu pergi memandangkan secara kebetulan aku sekarang tengah
demam panas... Bukan main lagi kerajinan aku datang sampaikan demam
pun masih datang ke office untuk membuat kerja... tapi aku rasa
sekejap sahaja ini, kerana aku rasa aku tidak bertahan lama untuk
berada di office ini kerana badan aku semakin rasa membahang... huhu
okey, aku hendak tidur dulu...
Monday
blues.... Memang penat betul rasanya setelah hampir 5 hari aku
bercuti, rasa malas kembali menyerang diri...Aisshhh... Tidak boleh
jadi kalau macam ini, macam mana aku hendak maju kalau malas macam
ini??? Ada idea?? Tapi sekarang ini memang mood malas hendak buat
kerja kerana sudah sampai masanya untuk kakitangan awam membuat
laporan nilai prestasi tahunan dan sasaran kerja tahunan untuk tahun
2013 dalam HRMIS...Tapi yang paling benci dan bosannya adalah talian
HRMIS selalu ralat dan selalu tergendala, kalau buat di office,
sampai tersengguk-sengguk menahan rasa mengantuk menunggu talian itu
okey... huhu memang aku tidak gemar pada penungguan ini, sudahlah
banyak kerja tergendala akibat hendak buat SKT dan LNPT... Aku dan
pegawai atasan aku memang hanya menumpukan kerja-kerja LNPT dan SKT
ini tanpa menyiapkan kerja-kerja katalog... Oh ya, lupa pula hendak
memberi informasi terbaru... Kami di HQ JBPM akan berpindah di
pejabat baru tidak lama lagi...Di mana?? hehehe cuma di belakang
office lama sekarang ini, kerana office sekarang akan diambil alih
oleh JBPM Wilayah Persekutuan Putrajaya dan bersebelahan dengan Balai
Bomba Dan Penyelamat Putrajaya... Yang paling seronoknya adalah
perpustakaan akan diletakkan di tingkat bawah sekali dan keluasan
saiznya adalah dua kali ganda jika dibandingkan dengan saiz
perpustakaan sekarang ini, alangkah seronoknya...
Selamat
Menyambut Awal Muharram iaitu hari ini 1 Muharram 1434H kepada
seluruh umat Islam..Semoga di tahun baru ini, kita akan menjadi umat
Islam yang soleh dan solehah serta dirahmati oleh Allah SWT.. Semoga
ibadah kita diterima oleh Allah dan semoga taubat nasuha kita
diterima oleh Allah... Tidak lama lagi kita akan melangkah tahun 2013
dan apakah azam di tahun baru anda semua? Aku pula? Hihi sebenarnya
aku tidak menetapkan apa-apa azam sebab takut tidak terlaksana
nanti... Jadi biarlah hanya lalu di minda aku ini sahaja dan
seandainya ada keizinan dan kesempatan masa, aku akan tunaikan azam
baru aku ini...
Selamat
Hari Deepavali kepada semua kaum Hindu di seluruh dunia... Walaupun
hari ini adalah cuti umum tetapi aku rasa macam biasa sahaja cutinya,
macam cuti Sabtu dan Ahad... Tetapi yang paling best aku dapat
mencuci pakaian dan Al-Hamdulillah semuanya kering, di tambah cuaca
yang amat baik sekali... Lusa pun cuti umum juga iaitu Awal Muharram
iaitu bulan Pertama dalam kalendar Islam... huhuhu, sebenarnya hari
esok pun aku bercuti juga kerana selang sehari sahaja bekerja, rasa
malas pula untuk pergi bekerja...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons