Tinggal
3 hari sahaja lagi kita akan melangkah satu tahun lagi dan tahun
depan aku telah memasuki usia 30-an....huhu sudah tua rupanya aku
ini, apalah...Memanglah semua sudah semakin tua, mana ada orang atau
apa-apa sahaja yang menjadi makin muda... Aku harap di tahun hadapan
ini aku akan lebih bersemangat untuk meneruskan hidup muslimah dan
berusaha untuk menjadi seorang hamba Allah yang diberkati, semoga
ibadah aku dan taubat nasuha aku diterima oleh Allah...
Memang
betul jangkaan aku yang aku mengalami demam panas dan baru hari ini
aku dapat mengemaskini entri blog aku ini... Demam aku kali ini agak
pelik kerana kebiasaannya aku akan baik setelah demam 3 hari tetapi
hari ini selang 2 hari aku pulih dari demam, penyakit itu akan datang
semula dan satu lagi mungkin cuaca menjadi penyebab kenapa aku tidak
sembuh sepenuhnya... Nasib baik aku mengambil cuti pada hari ini,
sebenarnya aku telah bercuti sejak hari Jumaat yang lalu, kerana
demam masih belum kebah....Hari Jumaat itu aku dan hubby telah pergi
ke Klinik Putrajaya Presint 9 untuk memeriksa keadaan aku sebab aku
bimbang jika aku dijangkiti demam denggi, tetapi macam biasalah di
klinik itu memang BUANG MASA... Bayangkan daripada pukul 9 pagi
sampai pukul 2 petang aku masih tidak dipanggil untuk berjumpa dengan
doktor, akhir sekali aku balik ke rumah dan pergi ke klinik biasa
untuk diperiksa darah...Sebenarnya sebelum ini aku telah pergi ke
Klinik Salak Lama untuk mengambil sample darah dan doktor mengatakan
yang aku cuma ada jangkitan kuman sahaja, tetapi demam aku makin
melarat dan itu yang aku bimbang jika terkena demam denggi.. Sebab
itu aku pergi semula ke klinik kerajaan tetapi berdekatan dengan
office aku... okey, aku hendak tidur dulu sebab kesan ubat demam
telah mula dirasai...tata...
Maaflah
kerana lama sudah aku tidak mengemaskini entri untuk minggu ini
kerana minggu adalah minggu yang teramat sibuk sekali kerana HRMIS
punya pasal... Aku ingin mengisi borang cuti secara online dan
membuat cuti GCR dalam HRMIS tetapi taliannya asyik ralat, akhir
sekali dia memberitahu dalam laman web bahawa laman web itu akan
diselenggara...hishhh... Buat penat saja aku mengadap komputer ini
semata-mata untuk membuat HRMIS... Lelangit aku sakit dan perit dan
ini menandakan aku bakal akan mengalami sakit demam panas, huhh...Aku
tidak gemar betul sebab bila aku sudah sakit, susahlah aku untuk
melakukan kerja di rumah...Tapi tidak mengapa wahai Puan Shikin
kerana sakit itu adalah penghapus dosa kecil..Seharusnya aku harus
bersyukur kerana Allah masih sayangkan aku...Astghafirullah Hal'
Azim...
Semalam
adik lelaki aku bercerita tentang Skybox iaitu perisian yang
berbentuk rancangan tv yang disiarkan melalui satelit dan hanya perlu
membayar RM300 setahun sahaja jika ingin melanggan... Ini bermakna,
kami hanya perlu membayar RM25 sebulan sahaja dan kami dapat siaran
tv satelit.. hehehe dengan serta merta hubby mencari di internet dan
menjumpai skybox dalam lelong.com.. Hubby menghubungi agen terbabit
dan terus membayar melalui ATM...Setelah itu, aku boleh menghentikan
siaran Astro dan tidak perlu membayar dalam RM40 sebulan, itupun
hanya mengambil channel yang biasa sahaja...Adik lelaki aku
bersama-sama dengan isterinya telah bertolak ke Cameron Highlands
dalam pukul 10.00 pagi dan mereka dijangka akan sampai di sana dalam
pukul 2.00 petang...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons