Bagi wanita selepas bersalin, ikuti petua ini untuk mempercepatkan
proses mengecut dan merapatkan rahim atau peranakan. Rebuskan halia tua
dengan kulit kayu manis, daun pandan, gula merah dan jintan manis.
Minumlah air rebusan ini tiga kali sehari. Petua ini juga dapat membuang
angin dan melawaskan pembuangan air besar.
Petua menghilangkan kuning bayi ialah dengan merebus daun hujan lebat
atau buluh cina sehingga kekuningan. Gunakan air rebusan tersebut untuk
memandikan bayi anda dua kali sehari.
Assalamualaikum wbt..
Hari nie saya nak berkongsi dengan awak yang sedang hamil.. Semoga ianya memberi manfaat kepada awak..
Hilangkan rasa loya
Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya-Allah rasa loya akan hilang.
Kulit anak bersih
Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam.
Inginkan anak berkulit cerah
Ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran berwarna hijau terutamanya sayur bayam jika inginkan anak berkulit cerah.
Atasi rekahan kulit semasa hamil
Agar kulit sekitar perut dan paha anda tidak merekah semasa hamil, sapukan dengan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.
Mudah bersalin
Ketika kandungan berusia 6 bulan, amalkan memakan satu sudu teh minyak kelapa yang dibuat sendiri sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setelah berusia sembilan bulan pula, amalkan pengambilan setiap hari.
Assalamualaikum wbt...
Mesti kita runsing kan bila susu badan tak mencukupi untuk bayi kita.. So, kali nie, saya nak kongsikan dengan awak camne nak banyakkan susu ibu dengan kaedah cara alami.. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua ibu yang menyusukan anak...
Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.
Assalamualaikum wbt...
Sesungguhnya pembentukan janin hasil ciptaan-Nya sangat menakjubkan. Ikutilah satu persatu keajaiban proses pembentukan seorang insan bernama manusia.
Wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur yang belum matang. Daripada jumlah itu beratus-ratus akan matang sepanjang hayat. Ia mengandungi struktur multiselular yang dikenali sebagai folikel. Lazimnya, sebulan sekali, hypothalamus menghantar signal ke kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon perangsang folikel. Hormon ini membekalkan beberapa folikel (kecil dan berair dan dipenuhi cyst) sebelum membesar menjadi telur matang.
Satu daripadanya akan membesar berbanding lainnya. Dalam tempoh dua ke tiga hari selepas matang, telur akan bertindak balas dengan hormon luteinizing. Folikel yang merembeskan telur akan meningkatkan penghasilan estrogen. Inilah petunjuk bahawa telur sudah matang.
Telur hanya mempunyai 24 jam untuk hidup! Hanya satu sperma bertuah daripada suku billion sperma yang akan berjaya menembusi lapisan luarnya.
Dalam tempoh beberapa minit selepas ejakulasi, kebanyakan sperma akan mati akibat persekitaran berasid di dalam vagina. Daripada situ, sperma yang berjaya melepasinya akan memasuki serviks, berenang merentasi mukus serviks, kemudiannya memasuki rahim dan menemui tiub fallopio. Apabila di situ tiada telur, maka tiadalah persenyawaan.
Proses Ovulasi
Kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari. Namun ada juga kitarannya 21 hingga 35 hari ataupun 45 hari bagi segelintir wanita. Antara waktu haid, wanita mengeluarkan telur matang daripada ovari. Ovulasi biasanya berlaku seminggu sebelum (atau selepas) haid. Ovulasi kadang-kadang tidak teratur dan boleh berlaku ketika haid juga! Lazimnya, kebanyakan wanita akan mengalami proses ovulasi di antara hari ke-11 dan ke-21.
Sesetengah wanita akan berada sakit di ovari ketika ovulasi. Anda boleh mengesannya melalui perubahan lendir servik yang lebih berair dan licin sebelum dan semasa ovulasi. Ovulasi juga boleh dikesan melalui penurunan suhu tubuh yang diikuti kenaikan mendadak. Fakta menarik yang patut anda tahu, ovulasi turut dikaitkan dengan keghairahan anda untuk melakukan
Sementara itu, tiub fallopio merupakan lokasi di mana persenyawaan berlaku. Setiap ovari bersambung dengan tiub dan ruang antara ovari dan tiub fallopio hanya kira-kira 13 mm dalam diameter tetapi semakin sempit di penghujungnya. Di dalam tiub ini terdapat rambut halus iaitu cilia yang membantu pelepasan telur daripada ovari ke rahim. Perjalanannya mengambil masa beberapa hari di mana telur akan mendapat nutrisi diperlukan melalui persekitaran yang dilalui.
Dalam masa yang sama, rahim akan membentuk lapisan dalam (endometrium) yang kaya dengan darah dan nutrisi sebagai persediaan untuk menempatkan telur agar bersenyawa. Jika tidak berlaku, lapisan ini akan menjadi darah haid.
Proses Persenyawaan
Telur hanya bertahan sehari selepas dikeluarkan daripada ovari. Walaupun begitu, selagi sperma masih hidup di dalam tiub fallopio, ia berupaya untuk bersenyawa dengan telur. Tambahan pula, sperma boleh bertahan di dalam tiub fallopio untuk tempoh beberapa hari.
Apabila telur melalui tiub, sperma mempunyai reseptor yang membolehkannya menghidu telur yang dipercayai berbau manis. Ketika inilah, sperma akan menjadi aktif dengan berusaha gigih mengelupas lapisan protein telur. Tindakan agresif dan kehilangan protein membolehkan sperma melekap pada telur. Proses ini dikenali sebagai capacitation. Setelah itu, sperma mempunyai beberapa jam untuk kekal hidup dan hanya sedikit sperma akan terus berada hampir dengan telur.
Sebaik kepala sperma berjaya menembusi lapisan luar telur, terdapat enzim yang membenarkannya melepasi halangan pertama itu dan ketahuilah hanya satu sperma boleh menembusi telur. Jadi, protein pelindung telur akan menghalang sperma-sperma lain untuk masuk. Pada saat inilah, bermulanya titik awak proses persenyawaan. Ketika ini juga, muatan DNA dihantar apabila sperma diserap oleh telur dan pada masa yang sama genetik bayi anda ditetapkan.
Proses Implantasi Embrio
Telur yang disenyawakan dinamakan sebagai zigot. Maklumat yang dikodkan dalam kumpulan DNA telur dan sperma akan “memandu” zigot bagi meneruskan perkembangannya menjadi embrio. Dalam tempoh 24 jam selepas pembentukan, zigot akan memulakan proses pembahagian sel yang menjadi asas pertumbuhan sel lainnya.
Sebelum itu, ia akan berkembang menjadi sel berkelompok yang kemudiannya menjadi struktur berongga (blastocyst). Sel-sel di dalam struktur ini akan berubah menjadi embrio manakala dinding luarnya bertindak sebagai plasenta. Ia turut mengandungi nutrisi yang bakal diperlukan fetus.
Zigot kemudiannya mengambil masa empat hari untuk berpindah ke rahim. Setelah sampai ke rahim sel akan “menetas” dan bersedia untuk berhubungan langsung dengan endometrium. Apabila hal ini berlaku, kedua-duanya akan bertukar-tukar hormon dengan membenarkan blastocyst untuk melekat pada dinding rahim. Proses ini dikenali sebagai implantasi. Anda mungkin mengalami pendarahan ringan sepanjang proses ini walaupun ia sepatutnya berlangsung dalam tempoh 48 jam.
Setelah proses itu, serviks akan ditutup dengan mukus. Memandangkan zigot kini selamat, kehamilan anda akan melalui langkah seterusnya. Pada tahap ini, sesetengah sel zigot membentuk plasenta manakala yang lainnya menjadi embrio.
Tiga minggu berlalu, sel saraf pertama akan terbentuk. Dalam minggu-minggu dan bulan berikutnya, pertumbuhan sel akan terus berlaku membentuk sel-sel khusus dan berbeza antara satu sama lain. Menariknya, jika fetus ialah perempuan, ia akan pantas membangunkan berjuta-juta telur tidak matang menjadi dewasa.
Assalamualaikum wbt...
Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun masih ramai yang belum jelas tentang maksud sebenar istiqamah. Jom bersama kita mencari pengertian istiqamah dan bagaimana mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita.
Umumnya, maksud istiqamah ialah berdiri teguh atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan dan tidak akan berganjak sedikit pun walau pelbagai rintangan mendatang. Secara ringkasnya, cita-cita atau keinginan untuk melakukan sesuatu yang baik akan sentiasa berhadapan dengan cabaran. Tetapi, jika kita kuat dan punyai prinsip atau pegangan hidup yang mantap, pasti kita akan berjihad, berjuang bermati-matian untuk merealisasikan cita-cita. Pendirian teguh inilah istiqamah.
Untuk lebih jelas, kaitan hal ini dalam kehidupan kita. Contohnya, azam untuk mengajak anak-anak bersembahyang subuh berjemaah di masjid setiap hari. Azam tersebut adalah cita-cita murni yang memang patut dilaksanakan untuk meraih keredaan Allah SWT dan keberkatan dalam hidup. Jika di rumah sendiri tentu tidak ada masalah. Tetapi, jika kita pulang ke kampung, pergi melancong atau keluar daerah atas urusan kerja, bagaimanakah untuk mengekalkannya? Bagaimanakah untuk istiqamah? Ketika inilah munculnya cabaran. Cabaran untuk tetap solat subuh berjemaah di masjid meskipun di mana pun berada. Sebenarnya cabaran atau rintangan seperti itu bukanlah satu masalah yang besar lebih-lebih lagi apabila jiwa kita sudah dipenuhi iman. Agar dapat terus mengamalkan solat subuh berjemaah di masjid walaupun berada di luar daerah, carilah tempat penginapan yang hampir dengan masjid. Jika ini menjadi amalan kita dan dalam masa turut mengajak anak bersama melaksanakannya, tentu amalan baik ini mampu diteruskan hingga ke anak cucu. Insya-Allah.
Begitu juga istiqamah dengan Al-Quran. Sekiranya kita sudah berazam mahu membaca Al-Quran setiap hari, kita perlu teruskan tidak kira di mana pun berada. Dicadangkan agar kita menetapkan masa yang sama untuk membacanya setiap hari. Misalnya, ketika selesai solat Maghrib sementara menunggu solat Isyak. Masa itu, ajak anak bersama-sama membaca Al Quran. Walaupun ada ketikanya, kita tidak dapat membaca banyak atas kekangan tertentu seperti ada tetamu, tidak mengapa. Yang pentingnya Al Quran tetap dibaca setiap hari.
Kita pun perlu istiqamah dalam mendidik anak-anak tentang Islam. Didik dan amalkan cara hidup Islam seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Ajak diri sendiri dan anak-anak beribadat, menjalani kehidupan seharian dan berdakwah cara Rasulullah SAW. Beritahu anak tentang kelebihan-kelebihan melakukannya. Misalnya, kelebihan solat di awal waktu, kelebihan solat berjemaah, kelebihan membaca Al-Quran dan kelebihan berdoa sebelum melakukan sebarang aktiviti. Walaupun mereka seolah-olah tidak ambil peduli dan tidak faham tentang apa yang kita cakapkan, jangan berputus asa.
Seelok-eloknya gunakan bahasa dan contoh yang mudah agar anak memahaminya. Meskipun banyak yang menghalang proses pembelajaran daripada berjalan lancar, teruskan mendidiknya tanpa jemu. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebung.
Pada dasarnya, amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi hanya untuk beberapa ketika. Ketahuilah bahawa istiqamah dalam menunaikan tuntutan iman adalah suatu jihad.
5 Elemen Utama Istiqamah
- Berpegang kepada akidah yang benar.
- Melaksanakan tuntutan syariat berpandukan Al-Quran dan Hadis.
- Mempunyai prinsip hidup dan keyakinan diri yang mantap.
- Tidak terpengaruh dengan godaan dan hasutan syaitan.
- Tidak tunduk pada tekanan demi kebenaran.
Cara Untuk Meraih Istiqamah
- Kesedaran dan kefahaman yang benar
- Untuk mencapai darjat istiqamah yang maksimum, pemahaman terhadap ajaran Islam secara sempurna sangat-sangat diperlukan.
- Muslim yang memahami ajaran agamanya dengan baik tidak akan bimbang menjalani kehidupan dunia dan akan tetap istiqamah menghadapi godaan walau sedahsyat mana sekali pun.
- Memahami dan mengamalkan dua kalimah syahadah dengan baik dan benar.
- Mendekatkan diri kepada Allah SWT dan merasakan pengawasan-Nya setiap masa.
- Bersungguh-sungguh dalam beribadah dan melaksanakan seluruh nilai-nilai Islam dalam kehidupan.
- Bergaul dengan orang yang istiqamah. Ini sangat membantu seseorang untuk sentiasa istiqamah di jalan Allah SWT. Teman-teman yang soleh akan sentiasa mengingatkan kita untuk berbuat baik serta mengingatkan kita dari kekeliruan. Bahkan dalam Al-Quran disebutkan bahawa perkara yang sangat membantu meneguhkan keimanan para sahabat.
- Mu’qabah atau menghukum diri sendiri atas kecuaian yang dilakukannya.
- Menghayati sirah orang-orang yang istiqamah dan mengambil teladan daripadanya.
- Berdoa kepada Allah SWT agar kita mampu beristiqamah. Doa adalah senjata umat Islam.
Assalamualaikum,
Hari ini adalah cuti umum sempena Maulidur Rasul dan di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada umat Islam di seluruh dunia... Kita sentiasa perlu berselawat ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW...Oleh kerana itu aku akan memendekkan cerita ini.. Mari kita berselawat... Oyasumi minna-san...
Assalamualaikum,
Fuh, terasa penat hari ini kerana setelah lama bercuti dan terasa otak aku ini beku seketika...
Walaupun hatiku sebenarnya berat untuk meninggalkan hubby keseorangan di rumah tetapi oleh kerana itu adalah mata pencarian rezeki aku, terpaksa dilakukan juga...
Tapi setiap pagi aku sempat sediakan sarapan roti dan air teh 'o' untuk santapan suami dan bila balik dari kerja aku akan sediakan hidangan nasi untuk dia... buat masa ini hubby hanya boleh makan nasi berlaukkan sup ikan atau ayam, bersama-sama sayuran dan susu agar tumbesaran tulangnya akan meningkat sembuh...
okeyy, time to take of him...oyasumi, minna-san...

Minta maaf sebab lama tidak kemaskini... Aku sibuk menjaga hubby yang kemalangan minggu lepas..sekarang ini aku mengambil cuti seminggu kerana hubby memerlukan penjagaan rapi daripada aku... kasihan hubby...
Sehari selepas kemalangan, aku buat pemeriksaan sekali lagi di Hospital Serdang kerana aku tidak puas hati dengan keterangan doktor Putrajaya...
Dan keputusannya adalah hubby memang patah di tulang bahu dan memerlukan masa untuk sembuh seperti sediakala... Hubby akan merasai kesakitan apabila terhentak dan semasa di dalam kereta, aku terpaksa memandu perlahan untuk menggelakkan dia merasa kesakitan...
kemudian hubby mendapat cuti sakit selama 2 minggu dan 25hb ini dia perlu jumpa dengan doktor pakar orthopedik untuk melihat tulang bahunya... Makanan dia perlu berpantang untuk sementara dan untuk pengetahuan, abah bersama-sama family yang lain akan sampai dalam pukul 2 pagi ini kerana abah ada mesyuarat di Seri Gombak tapi aku tahu yang mereka sebenarnya hendak melihat keadaan hubby... Terima kasih abah kerana memberikan ubat untuk tulang dan terima kasih kerana datang melawat kami...
Kami telah membuat laporan polis pada hari Sabtu lepas dan mengikut keterangan anggota polis yang bertugas, pakcik yang melanggar hubby telah beberapa kali menelefon di balai polis untuk mengetahui sama ada hubby sudah membuat laporan atau belum, sebelum itu pakcik itu telah menelefon kami dan dia meminta agar hubby mengubah statement laporan supaya dibuat laporan hubby terbabas dan bukannya dilanggar... Oleh kerana itu adalah satu kesalahan kami membuat keputusan untuk menceritakan hal yang sebenarnya...
Kemudian, bila sarjan yang membuat siasatan menelefon pakcik untuk bertanyakan hal ini, pakcik itu mengatakan yang dia sudah berada di balai polis untuk membuat laporan... Kemudian, sarjan tersebut telah memberikan cadangan agar kami mengambil khidmat peguam untuk membuat tuntutan SOCSO dan PERKESO serta insurans... Dan pada petang itu juga seorang peguam yang dihubungi telah datang ke rumah dan mengambil semua keterangan hubby dan dia mengatakan hal ini akan selesai setelah hubby sihat sedia kala... Macam-macam hal...
okeyy, time to take care of him... oyasumi, minna-san...
Assalamualaikum,
Hari ini adalah hari yang paling sedih... Hubby aku kemalangan jalanraya petang tadi... Dan aku baru sahaja selesai bagi dia makan ubat... Hubby disahkan patah tulang tapi doktor tidak bagitahu lebih lanjut seteruk mana kecederaan dia itu...
Ceritanya begini...
Pagi tadi aku sudah berasa tidak sedap hati tetapi hatiku mengatakan tidak ada apa-apa berlaku... Pada petang tadi, sebenarnya aku dan pegawai aku menghadiri satu majlis pembacaan di Hospital Putrajaya pada pukul 3.30 petang... Secara kebetulan pula, pegawai aku membuat pertukaran sekolah anak perempuan dia di Labu Lanjut dan kami diminta untuk datang ke Pejabat Pendidikan Sepang, untuk mengambil surat pertukaran.. Kami bertolak pada pukul 11.15 pagi memandangkan hari ini adalah hari Jumaat dan mereka akan rehat pada pukul 12.15 tengahari... Setelah kami mengambil surat, kami terus makan tengahari di Giant Nilai dan aku sempat membeli kerepek ubi kegemaran hubby dan kami pulang ke rumah aku... kemudian sampai di rumah, aku mendapati hubby telah balik ke rumah kerana aku teringat yang dia cakap hendak menghidupkan road tax motorsikal dia dan dia perlu ambil geran motorsikal dia... kemudian, kami sempat singgah di nursery dan pegawai aku sempat membeli 4 jenis pokok bunga, kemudian kami bergegas pergi ke hospital Putrajaya untuk menghadiri majlis itu..Kami sampai dalam pukul 2.50 petang dan pada pukul 3.00 petang, aku mendapat panggilan daripada hubby dan dia mengatakan yang dia kemalangan dan dia berada di Klinik Fuziah ketika itu...
Aku terkejut sangat sampai tidak tahu hendak fikir apa, aku cuba call dia beberapa kali tapi tidak menjawab dan hatiku sungguh bimbang ketika itu...Kemudian aku dapat call daripada hubby dan dia kata yang dia perlu pergi ke hospital untuk rawatan lanjut dan kemudian talian terputus, mungkin dia pengsan kerana menahan kesakitan.. Masa itu hatiku berbelah bagi samada hendak tunggu di situ atau pergi ke Klinik Fuzian yang berada di Kota Warisan... Aku mengambil keputusan untuk pergi ke sana dan pegawai aku sudi menemani aku ketika itu, semasa dalam perjalanan bibirku tidak lekang daripada berselawat dan berdoa agar hubby berada dalam keadaan selamat... dalam masa itu juga pegawai aku sering memberikan kata-kata semangat padaku supaya bersabar, walaupun aku memandu agak laju tapi aku sentiasa berhati-hati kerana aku membawa penumpang...
Sampai di klinik, kakitangan klinik itu bagitahu yang hubby telah dibawa ke hospital dan kami bergegas ke hospital..sampai di hospital, kami ke bahagian kecemasan dan hubby telah dirawat di dalam dan agak lama juga aku menunggu dia dirawat...
okeyy, nanti aku sambung esok kerana aku perlu menjaga hubby...oyasumi minna-san...

Kali pertama aku mendengar lagu nie takala aku menonton tv dan aku pun terus mencari semula lagu nie kat Youtube.. Memang sedap didengar...
I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late

And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
'Cause now I've got a child of mine
Your famous line
About the day I'd face in time
'Cause now I've got a child of mine
And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day
I'd like to put a smile on your face every day
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh, oh, number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh, oh, number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh, oh, number one
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh, oh, number one
There's no one in this world that can take your place
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me
Only God knows how much you mean to me
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day
The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh, oh, number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh, oh, number one for me
Assalamualaikum,
Pada mulanya aku ingin masak daging masak kicap tapi hubby kata dia hendak makan nasi goreng jadi aku pun buat nasi goreng daging... hehehe malas hendak fikir sebenarnya...
Nasib baik aku sudah keluarkan daging itu siap-siap dan diletakkan di peti bahagian bawah, jadi bila aku balik dari kerja, daging itu tidak keras sangat...
Sekarang ini, aku tidak lagi pakai Astro di rumah sebaliknya aku memilih untuk pakai skybox dan yang menariknya semua channel dapat dilihat sampaikan hubby sentiasa tengok siri HBO, Cinemax dan Fox, kadang kala aku dapat tengok siri box office juga...hehehe...
Baru-baru ini aku tengok filem Jepun yang bertajuk Ghost In Your Arms Again, di mana kisahnya adalah Nanami Hoshino, seorang pengusaha kaya, berkahwin dengan seorang pelarik lelaki yang bernama Kim Jun-Ho, merupakan seorang lelaki Korea dan mereka berdua telah hidup bahagia bersama. Kemudian, selepas satu bulan perkahwinan mereka, Nanami telah terbunuh dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Tragedi berdarah ini telah menyebabkan Kim Jun-Ho berasa amat kecewa dan sedih. Semasa di hospital, hantu Nanami telah bangkit daripada tubuhnya dan sejurus pertemuan dia dengan hantu kanak-kanak, Nanami sedar yang dia telah menjadi hantu yang tidak dapat kelihatan atau di dengar... Kemudian Nanami telah menyedari bahawa kematiannya adalah bukan secara kebetulan dan Jun-ho sebenarnya berada situasi yang bahaya. Disebabkan Nanami tidak dapat berkomunikasi dengan manusia biasa, dia meminta pertolongan daripada psikik tua yang bernama Unten dengan harapan dapat menyelamatkan Jun-Ho.
Filem ini memang best dan rasanya tidak rugi untuk menontonnya.. Dan satu lagi yang aku tengah tunggu, iaitu filem Minyak Dagu, rasanya macam best sahaja untuk ditonton...
okeyy, time to sleep...oyasumi, minna-san...
Confirm...memang confirm library akan berpindah ke bangunan baru...hehehe seronoknya dapat berpindah ke bangunan baru tapi yang tidak seronoknya hendak mengangkut semua buku-buku yang berada di library...
Sudahnya aku dan pegawai aku kena cari kotak untuk mengisi buku-buku dan diangkut ke bangunan baru...sebenarnya bangunan itu berada di belakang tempat office kami sekarang, dan walaupun jaraknya agak dekat tapi memandangkan barang-barang banyak, mungkin kami akan gunakan perkhidmatan anggota dan lori bomba untuk mengangkut semua ini...
Apa yang seronoknya adalah akhirnya kami akan mempunyai bilik kerja kami sendiri, jadi tidak akan timbul betapa sepahnya kaunter perkhidmatan kelak... wahhh rasa tidak sabar untuk menunggu hari perpindahan kami ini....

Hari Jumaat sudah tiba dan macam biasalah kegiatan aku dan pegawai aku untuk pergi ke Alamanda.. Tapi hari ini aku terasa amat letih sangat disebabkan kerja-kerja di pejabat...
Kerja di library? yang itu memang sudah menjadi asam garam kehidupan aku, yang aku maksudkan adalah sistem HRMIS, susah betul hendak melihat web tersebut, apa yang ada hanyalah pesanan ralat..ralat...ralat pada skrin komputer... Sampai letih aku dibuatnya, jadi hendak membaca buku pun sudah tidak larat lagi...
Jadi aku mahu tidur awal...biarpun selalunya malam Sabtu aku jarang tidur awal disebabkan melayari internet...hehehehe....
Okeyy, time to sleep...Oyasumi, minna-san...
Soalan cepumas yang selalu orang tanyakan, apakah azam di tahun baru ini? Sebenarnya aku tidak ada azam di tahun baru ini kerana dikhuatiri tidak terlaksana.. Apapun niat untuk teruskan kehidupan sentiasa ada dan niat untuk menjadi seorang muslim, yang taat sentiasa semat di hati ini, Insya Allah...
Semalam aku telah memuat turun aplikasi dalam android aku, ianya adalah sebuah e-diary dan daripada situ aku dapat bercerita tentang diriku tanpa menggunakan bahasa baku, kalau di dalam blog ini aku terpaksa gunakan bahasa baku sebab berkemungkinan (entah ada atau tidak) ada orang tidak faham akan bahasa Melayu pasar...
Jadi, hari ini adalah permulaan baru untuk memulakan kerja mingguan, hehehe... Rasa seperti baru bekerja, walhal sudah lama aku berkecimpung dalam bidang kepustakawanan ini... hehehe...
Apa-apapun azam tahun baru anda semua, diharapkan agar kita akan sentiasa berusaha untuk mencapai azam kita itu dan diharapkan juga kita akan menjadi insan yang lebih baik daripada tahun lepas...

Selamat
tinggal 2012 dan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua rakan-rakan...
Ke mana arah tujuan dan matlamat hidup anda di tahun ini? Semoga kita
semua lebih bersemangat dalam kehidupan ini dan jangan sesekali
berputus asa dalam menjalani kehidupan kita ini... Walau sesusah mana
dan sesukar mana kehidupan kita sekalipun, kita perlu menghadapi
dengan lebih tenang dan sabar kerana itu semua adalah ujian daripada
Allah... Allah sememangnya Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, sebab
itu DIA memberikan pelbagai rintangan dan ujian kepada hambaNya...
Kita patut bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di
bumi Dia ini kerana semuanya MILIK ALLAH SEMATA-MATA...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons