Apakah azam tahun baru??!

Wednesday, January 02, 2013


















Assalamualaikum, 
Soalan cepumas yang selalu orang tanyakan, apakah azam di tahun baru ini? Sebenarnya aku tidak ada azam di tahun baru ini kerana dikhuatiri tidak terlaksana.. Apapun niat untuk teruskan kehidupan sentiasa ada dan niat untuk menjadi seorang muslim, yang taat sentiasa semat di hati ini, Insya Allah...

Semalam aku telah memuat turun aplikasi dalam android aku, ianya adalah sebuah e-diary dan daripada situ aku dapat bercerita tentang diriku tanpa menggunakan bahasa baku, kalau di dalam blog ini aku terpaksa gunakan bahasa baku sebab berkemungkinan (entah ada atau tidak) ada orang tidak faham akan bahasa Melayu pasar...

Jadi, hari ini adalah permulaan baru untuk memulakan kerja mingguan, hehehe... Rasa seperti baru bekerja, walhal sudah lama aku berkecimpung dalam bidang kepustakawanan ini... hehehe...

Apa-apapun azam tahun baru anda semua, diharapkan agar kita akan sentiasa berusaha untuk mencapai azam kita itu dan diharapkan juga kita akan menjadi insan yang lebih baik daripada tahun lepas... 

okeyy, time to sleep...oyasumi, minna-san...

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧