Perjalanan kehamilanku part 2

Sunday, September 02, 2012


Assalamualaikum wbt...
Hari ini aku ada temujanji dengan doktor O & G pada pukul 8 pagi tetapi malangnya doktor sampai di dalam bilik doktor pada pukul 9 pagi... Pada mulanya jururawat mengatakan yang doktor pakar tiada untuk membuat pemeriksaan dan meminta supaya digantikan dengan doktor lain tetapi aku kata yang aku sudah membuat temujanji hanya pada doktor pakar dan tambahan pula aku tinggal di luar negeri Terengganu....Kemudian jururawat itu menelefon doktor pakar terbabit dan syukur kerana doktor pakar bersetuju untuk bertemu dengan aku pada jam 9 pagi... Sementara hendak menunggu kedatangan doktor, aku dan hubby telah pergi makan sarapan pagi di kedai makan berhampiran... Kemudian, lepas itu, kami bergegas ke klinik O & G untuk bertemu doktor pakar dan nasib kami baik kerana tidak sampai 10 minit menunggu, nama aku dipanggil... Doktor berkata yang ujian IUI yang lepas tidak berjaya dan beliau sarankan aku membuat IVF kerana walaupun aku membuat IUI berulang kali, hasilnya tetap sama... Beliau mengatakan yang aku mungkin telah berjaya hamil dengan kaedah itu teatapi memandangkan rahim aku tidak cukup kuat, sebab itu aku mengalami keguguran... Aku berkata pada beliau aku akan berbincang dengan hubby dan tengok keadaan macam mana dulu... Doktor pakar telah mengesyorkan bahawa aku boleh membuat IVF dengan menggunakan dua cara... Cara pertama, aku perlu membuat IVF di Hospital Kuala Lumpur dan mengikut prosedur di sana sepenuh masa... Atau cara kedua, aku membuat IVF di Hospital Kuala Terengganu tetapi perlu menjalani rawatan susulan seperti membuat scanning, mengambil dan menyuntik ubat kesuburan di Hospital Kuala Lumpur... Prosedur terakhir sekali baru buat di Hospital Kuala Terengganu.... Selepas penerangan doktor pakar, kami pun pulang ke rumah sambil berbincang apa langkah seterusnya yang perlu diambil.... Lepas itu, kami singgah ke kedai keropok untuk membeli keropok lekor yang dipesan oleh sahabat aku dan pada waktu petang, selepas ummie pulang dari kerja dia mengajak kami ke kedai keropok keping kerana emak mertua aku memesan supaya membeli keropok... Kemudian kami pulang ke rumah dengan pelbagai barangan, rasanya macam mahu berniaga keropok saja...hehehe... memang penuh bonet kereta, itu belum masuk lagi barang-barang lain seperti beg baju, beg laptop dan beg kelengkapan diri...

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧