Kaedah Banyakkan Susu Ibu

Monday, January 28, 2013


Assalamualaikum wbt...
Mesti kita runsing kan bila susu badan tak mencukupi untuk bayi kita.. So, kali nie, saya nak kongsikan dengan awak camne nak banyakkan susu ibu dengan kaedah cara alami.. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua ibu yang menyusukan anak...


Bunga melur dan daun pucuk manis 
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi. 

Kacang tanah 
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing 

Longan kering 
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. 

Daun sirih 
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak. 

Halba dan jintan hitam 
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya. 

Susu 
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari.. 

Lobak merah 
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari. 

Nasi panas, halia muda dan air asam 
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam. 

Daun betik muda 
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧