Maaf lama tidak mengemaskini....

Friday, January 18, 2013



Minta maaf sebab lama tidak kemaskini... Aku sibuk menjaga hubby yang kemalangan minggu lepas..sekarang ini aku mengambil cuti seminggu kerana hubby memerlukan penjagaan rapi daripada aku... kasihan hubby... 

Sehari selepas kemalangan, aku buat pemeriksaan sekali lagi di Hospital Serdang kerana aku tidak puas hati dengan keterangan doktor Putrajaya... 

Dan keputusannya adalah hubby memang patah di tulang bahu dan memerlukan masa untuk sembuh seperti sediakala... Hubby akan merasai kesakitan apabila terhentak dan semasa di dalam kereta, aku terpaksa memandu perlahan untuk menggelakkan dia merasa kesakitan...

kemudian hubby mendapat cuti sakit selama 2 minggu dan 25hb ini dia perlu jumpa dengan doktor pakar orthopedik untuk melihat tulang bahunya... Makanan dia perlu berpantang untuk sementara dan untuk pengetahuan, abah bersama-sama family yang lain akan sampai dalam pukul 2 pagi ini kerana abah ada mesyuarat di Seri Gombak tapi aku tahu yang mereka sebenarnya hendak melihat keadaan hubby... Terima kasih abah kerana memberikan ubat untuk tulang dan terima kasih kerana datang melawat kami...

Kami telah membuat laporan polis pada hari Sabtu lepas  dan mengikut keterangan anggota polis yang bertugas, pakcik yang melanggar hubby telah beberapa kali menelefon di balai polis untuk mengetahui sama ada hubby sudah membuat laporan atau belum, sebelum itu pakcik itu telah menelefon kami dan dia meminta agar hubby mengubah statement laporan supaya dibuat laporan hubby terbabas dan bukannya dilanggar... Oleh kerana itu adalah satu kesalahan kami membuat keputusan untuk menceritakan hal yang sebenarnya...

Kemudian, bila sarjan yang membuat siasatan menelefon pakcik untuk bertanyakan hal ini, pakcik itu mengatakan yang dia sudah berada di balai polis untuk membuat laporan... Kemudian, sarjan tersebut telah memberikan cadangan agar kami mengambil khidmat peguam untuk membuat tuntutan SOCSO dan PERKESO serta insurans... Dan pada petang itu juga seorang peguam yang dihubungi telah datang ke rumah dan mengambil semua keterangan hubby dan dia mengatakan hal ini akan selesai setelah hubby sihat sedia kala... Macam-macam hal...

okeyy, time to take care of him... oyasumi, minna-san...

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧