Assalamualaikum wbt...
Pengalaman mengandung anak pertama sudah tentu memberi satu pengalaman yang sangat membahagiakan buat semua bakal ibu. Apabila melangkah ke minggu-minggu akhir kehamilan perasaan gembira dan debar akan hadir silih berganti.
Perubahan fizikal saat hamil adalah lumrah seorang wanita. Itu tandanya anda seorang ibu. Bagi si ibu yang begitu mengambil berat tentang kecantikan sudah tentu perubahan yang ada misalnya ‘stretch marks’ begitu membimbangkan mereka. Selain bentuk fizikal, gangguan emosi seperti rasa takut untuk bersalin dan sebagainya boleh memberi tekanan pada minda. Jadi, para ibu perlu relaks dan ambil masa rehatkan minda dengan rawatan gaya spa.
Apa Itu Spa?
Spa ialah rawatan kecantikan yang dilakukan dengan menggunakan air berserta ramuan produk-produk kecantikan yang harum bagi memberikan kesan segar di samping menyerlahkan keserian si pengamalnya. Konsep rawatannya meliputi perawatan tubuh, minda dan jiwa. Bagi ibu hamil, spa ialah salah satu rawatan kecantikan yang sangat mengasyikkan.
Kelebihan Spa
Hari ini terdapat pelbagai rangkaian salun yang menyediakan rawatan spa khusus untuk ibu hamil. Para ibu yang mendapatkan rawatan spa ini akan dimanjakan oleh ahli terapi berpengalaman yang sememangnya arif dengan penjagaan kecantikan tubuh khusus untuk ibu hamil. Rawatan kecantikan sebegini memang perlu dipraktikkan kerana jika ibu segar, janin di dalam kandungan juga turut merasai aura atau tenaga positif yang terhasil dalam diri si ibu itu.
Nasihat Buat Bakal Ibu
Walaupun rawatan kecantikan spa ini nyata positif, namun anda tidak disarankan untuk melakukan rawatan spa sekiranya anda memiliki sejarah kehamilan bermasalah, seperti keguguran berulang atau anda dilarang oleh doktor atas alasan kesihatan; contohnya :
- Mengalami mual dan muntah-muntah berlebihan
- Bengkak berlebihan
- Ruam di kulit
- Sakit perut
- 'Spotting’ atau pendarahan
- Keputihan
- Demam
- Tekanan darah tinggi
Kaedah Rawatan Spa Untuk Ibu Hamil
Sekiranya si ibu hamil berkunjung ke spa, antara kaedah rawatan kecantikan yang anda boleh lakukan ialah :
- Urutan khusus untuk ibu hamil
- Body scrub
- Rawatan manicure dan pedicure
Panduan Buat Ibu Hamil
Bagi bakal ibu yang baru disahkan hamil, anda tidak disarankan untuk mendapatkan rawatan spa. Khususnya pada trimester pertama kehamilan. Ketika ini keadaan janin anda masih berada dalam tahap organogenesis (pembentukan organ) di mana keadaannya masih sangat lemah dan sensitif.
Etika Rawatan Spa Yang Perlu Anda Tahu
Bagi memudahkan proses rawatan kecantikan spa ini dijalankan, ada beberapa etika yang tidak harus dipandang remeh seandainya anda benar-benar inginkan keselesaan. Antaranya adalah :
- Datang mengikut temu janji yang telah ditetapkan.
- Bagi memastikan anda benar-benar relaks sebelum menjalani rawatan tersebut, sebaik-baiknya tiba di pusat kecantikan itu 15 minit sebelum waktu temu janji dibuat.
- Pastikan anda telah makan, sebaik-baiknya 30 minit sebelum rawatan berlangsung. Jika perlu, bawa bersama makanan ringan yang boleh anda makan sekiranya perut terasa lapar seperti roti dan biskut.
- Bawalah pakaian dalam bersama sekadar langkah berjaga-jaga sekiranya diperlukan walaupun pusat spa tersebut ada menyediakan seluar dalam pakai buang.
- Matikan telefon bimbit atau matikan bunyinya untuk eketika agar ketenangan anda tidak terganggu sewaktu sedang menjalani rawatan spa tersebut.
3 Langkah Spa Mudah Boleh Dilakukan Sendiri Di Rumah
- Gunakan serum pati minyak dengan keharuman yang anda gemari. Ia bertindak sebagai ‘booster’ yang membantu mempercepatkan kesan pemakaian produk perawatan tubuh yang anda gunakan.
- Sapukan body butter ke seluruh tubuh. Krim ini membantu menegangkan dan mengembalikan elastik kulit anda yang berkurangan disebabkan kehamilan.
- Aplikasikan krim yang bersesuaian untuk mengatasi stretch marks. Krim ini biasanya bertindak mencegah, menghilangkan dan menipiskan tanda stretch marks yang mengganggu penampilanmu.
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧