ZALIA SELALU MURUNG, BUKAN SAHAJA TEMAN-TEMAN
SEKELAS YANG MENYEDARI KEADAAN DIRINYA MALAHAN GURU KELASNYA, CIKGU
ATIRAH JUGA PERASAN DENGAN PERUBAHAN SIKAP ZALIA YANG SEMAKIN HARI
SEMAKIN PENDIAM. SEDANG TEMAN-TEMANNYA BERGEMBIRA, DIA DUDUK MENYENDIRI
TANPA HIRAUKAN KEADAAN SEKELILING. WAJAH ZALIA KELIHATAN PUCAT DAN
MURAM SEOLAH-OLAH TIADA SEMANGAT.
Rupanya apabila diselidiki, Zalia kerap kali dimarahi mamanya. Sikap mamanya membuatkan Zalia rasa tidak dihargai, belum pernah rasanya mamanya mengeluarkan kata-kata pujian pada Zalia. Hingga ke saat ini Zalia selalu berfikir, mengapa mamanya amat membenci dia. Lama-kelamaan Zalia jadi murung dan hidupnya seperti tidak bermakna lagi. Situasi ini menunjukkan bukan sahaja golongan dewasa yang menghidapi kemurungan,kanak-kanak juga tidak terkecuali. Kemurungan adalah salah satu gangguan psikologi dan psikiatri yang paling kerap dialami seseorang. Paling menggusarkan apabila gangguan itu boleh meninggalkan kesan terhadap perasaan, kehidupan, emosi dan tingkah laku seseorang.

Tanda Kemurungan
1. Kanak-kanak yang kerap menangis. Tidak boleh berlaku kesilapan atau menegur sikapnya, pasti anak itu menangis.
2. Kerap berasa sedih, mereka seolah-olah tiada semangat untuk
meneruskan hidup. Segala yang berada di depan matanya hanyalah
kesedihan.
3. Kebiasaannya, kanak-kanak murung tidak boleh diharap bila diminta melakukan sesuatu.
4. Hilang minat terhadap sebahagian besar aktiviti dan individu lain.
Biarpun orang lain sedang bernyanyi, dia kelihatan tiada perasaan dan
dia lebih rela bersendiri daripada bercampur-gaul.
5. Di sebabkan mereka seperti tiada semangat, maka mereka kelihatannya cepat letih, pucat dan kurang bermaya.
6. Anak yang murung dikenal pasti mudah meradang dan mudah tertekan serta sering berasa bimbang.
7. Anak yang murung selalunya akan di pulau dan sering diketepikan oleh kanak-kanak sebaya yang lain.
8. Anak bukan sahaja berubah daripada segi personaliti, prestasi dalam pelajaran juga akan merosot.
9. Sering mendakwa mengalami masalah kesihatan sepertisakit kepala,
perut dan sebagainya. Kadang kala mereka hanya menipu untuk merayu
simpati.
10. Sesetengah kanak-kanak kurang selera makan apabila menjadi murung, ada sesetengahnya pula menjadi sebaliknya.
Sebaik-baiknya setelah menyedari perubahan sikap anak, anda perlu
mengambil tindakan pantas. Pertamanya, dapatkan nasihat secepat mungkin
daripada pakar psikologi apabila menyedari anak anda mengalami
gejala-gejala kemurungan yang teruk, berpanjangan dan luar biasa. Selain
itu, dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mengesyaki anak anda
mengalami masalah kesihatan dan belum pernah mendapatkan rawatan
daripada doktor berhubungan masalah yang dialaminya selama ini. Oleh
itu, sebagai ibu bapa anda perlu bijak mengenali gejala-gejala yang
menunjukkan anak sedang dilanda kemurungan untuk membolehkan mereka
mengambil tindakan susulan.
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧