Kaedah menampal gigi berlubang merupakan cara yang paling baik untuk mencegah gigi daripada berlubang lebih teruk, malah mencegah daripada gigi lebih bermasalah. Namun, jika masih takut untuk berjumpa doktor gigi, anda mungkin boleh mengamalkan beberapa tip di bawah bagi menangani masalah gigi berlubang.
1. Setelah makan, usahakan untuk berkumur-kumur dengan air putih. Kemudian, setelah sejam anda makan, pergilah memberus gigi. Perlu diketahui bahawa memberus gigi sebaik selepas makan akan mengakibatkan enamel gigi semakin menipis dan seterusnya mengakibatkan gigi mudah rapuh.
2. Pastikan anda menggunakan berus gigi yang sesuai. Pilihlah jenis berus gigi yang halus dan juga mampu menjangkau bahagian gigi yang paling dalam serta di celah-celah gigi.
3. Gunakan ubat gigi yang mengandungi fl orida. Meskipun gigi telah berlubang sebelumnya, langkah ini baik untuk mencegah bertambah luas lubang pada gigi.
4. Pilihlah jenis makanan yang tidak banyak mengandungi karbohidrat. Jenis makanan karbohidrat akan menimbulkan sisa-sisa yang akan melekat pada gigi.
5. Selain itu, anda juga boleh mengunyah gula-gula getah. Gula-gula getah juga sebenarnya membantu anda kekal fokus serta baik sebagai pembersih gigi setelah makan. Pastikan anda memilih jenis gula-gula getah yang tidak mengandungi banyak gula.

Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧