Apabila mencapai umur 2 tahun, anak anda boleh makan di meja dan mengambil makanan yang sama seperti ahli keluarga lain. Tetapi pastikan dia makan mengikut waktu dan berikan hidangan tambahan jika dia berasa lapar. Makan mengikut waktu dan apa yang anda sediakan untuk setiap hidangan amat penting.
Sarapan pagi
- Ia adalah hidangan permulaan hari dan memberikan tenaga yang diperlukan si kecil.
- Kanak-kanak yang makan sarapan pagi lebih cerdas, cergas dan mempunyai daya ingatan yang lebih baik.
Cadangan hidangan:
- Bijirin sarapan pagi
- Telur hancur bersama roti bakar
- Apam kukus / balik
- Pau kacang / daging
- Nasi goreng dengan telur
- Thosai dengan telur
*Nota: sentiasa berikan susu atau minuman bermalt yang berkhasiat kepada anak anda sebagai sarapan pagi.
Makan tengah hari / Makan malam
- Hidangan-hidangan ini menambahkan tenaga dan nutrien serta membantu anak anda mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Cadangan hidangan:
- Nasi goreng
- Pai ayam
- Makaroni dengan keju
- Mi sup dengan ayam tanpa lemak serta sayur-sayuran
- Sandwic daging dan sayur-sayuran
Hidangan mesra kanak-kanak
- Kurma ayam
- Ikan masak pindang
- Nasi ayam dengan salad
- Bebola ikan digoreng ringkas dengan sayur-sayuran.
- Tofu / kentang masak masam manis
(Sumber : Buku Memupuk Gaya Pemakanan Sihat: Makan Secara Sihat untuk Tumbesar Optimum sempena Bulan Pemakanan Sihat Malaysia 2009 )
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧