Ambil beberapa keping asam gelugur, kemudian bakar hingga hangus.
Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian
sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insha Allah sakit tekak anda
akan cepat sembuh.
Kalau kena serangan sakit tekak memang tak selesa dibuatnya. Nak bercakap pun rasa hilang mood, hendak makan selera pun tiada. Selain ambil ubat-ubatan doktor apa kata cuba petua tradisional. Mana tahu dengan kuasa Allah SWT, hilang sakit tekak.
Pernah tak anda menjerit apabila ternampak si kecil sudah mula menconteng dinding dengan pensil warna yang anda belikan? Bertenanglah jika menghadapi kejadian tersebut. Jangan larang dan marah anak kerana dia sebenarnya sedang membina daya kreativiti.
Anak memang suka dengan sesuatu yang berwarna-warni. Dia mampu
menghasilkan karya yang hebat jika anda memberinya kepercayaan.
Bagaimanapun, anda tentu seram bila melihat bagaimana dia mengotorkan
tangan dan bajunya dengan warna-warna tersebut.
Jangan larang anak daripada terus berkreatif. Berikan dia warna dan
berus yang mudah untuk dipegang serta kertas untuk si kecil menunjukkan
kreativiti dalam dunianya sendiri. Mungkin ini permulaan untuk si kecil belajar berkarya mengikut imaginasinya sendiri.
Assalamualaikum wbt...
Hendak mengajar si kecil mengaji memang mencabar. Tapi sebagai ibu bapa, anda perlu tegas dalam bab ini. Sebagai muslim, anda perlu mementingkan pengajaran agama sebagai asas penting anak-anak membesar menjadi anak soleh dan solehah.
Bila masa yang sesuai hendak mula mengajar ya? Tentu ramai yang keliru dalam hal tersebut. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Maksudnya, lagi cepat kita dedahkan anak-anak dengan mengaji, lagi cepat mereka menjadi mahir.
Mungkin mula-mula, papa dan mama kenalah rajin mengaji. Inshaa Allah, bila anak tengok ibu bapa sering mengaji, maka mereka juga akan mengikut perbuatan tersebut. Dalam diri mereka tentu beranggapan bahawa mengaji itu satu keperluan yang penting bagi setiap orang.
Anak-anak kecil masih belum faham perkara yang baik dan tidak baik. Jadi seeloknya kita dedahkan mereka dengan perkara yang baik-baik sejak daripada kecil apatah lagi yang dituntut oleh agama.
Apabila mereka sudah biasa dengan rutin mengaji setiap hari, teruslah istiqamah dengan amalan tersebut. Jika boleh setiap hari selesai solat fardu, anda sekeluarga mengaji bersama-sama walaupun sekejap. Sudah pasti si kecil yang terkenal cepat belajar akan mengikutnya juga.
Kemudian, apabila mereka sudah terbiasa dengan amalan mengaji, terangkan kepadanya kepentingan amalan mengaji Al-Quran kepada setiap orang Islam. Terangkan dengan cara yang mudah difahami oleh kanak-kanak.
Ajak anak mengaji ketika mood mereka ceria pada bila-bila masa. Misalnya, semasa anda sedang sibuk menyiapkan kerja rumah dan anak mahu mengaji, berhentilah membuat kerja dan ajar dia mengaji. Mungkin juga anda boleh bawa Iqra’ di dalam kereta dan ketika dalam perjalanan ke mana-mana, ia boleh dijadikan aktiviti bersama.
Kanak-kanak mempunyai hati yang sangat tulus dan bersih, maka apa sahaja yang diberitahu akan diserap oleh mereka dengan cepat. Walaupun demikian jangan amalkan paksaan untuk mendidik anak mengaji sehingga mereka menangis dan merasakan waktu mengaji adalah saat paling menyeksakan.
Si kecil menendang dan mengamuk!
Kemudian melemparkan barangan ke lantai kedai kerana anda tidak mahu
membelikan apa yang diinginkan. Malunya rasa bila anak buat perangai
macam tu depan orang ramai.
JANGAN LAKUKAN:
1. Memberi alasan atau penjelasan panjang lebar kepada si kecil
yang sedang mengamuk. Dia yang sedang marah tidak akan mendengar
kata-kata pujukan.
2. Jangan cepat naik angin dengan kelakuan anak. Ia akan membuatkan anak takut dan seterusnya mencontohi kelakuan anda.
3. Jangan terlalu mengikut kemahuannya kerana ia hanya akan
membiasakan si kecil mengamuk apabila kehendaknya tidak dituruti.
4. Jangan berjanji akan memberi ganjaran lain jika dia tidak
mengamuk. Ia akan membuatkan si anak terbiasa mendapat ganjaran apabila
keinginannya tidak dipenuhi.
SEHARUSNYA:
1. Bertenang menghadapi sikap anak yang sedang mengamuk. Usah hiraukan pandangan orang lain.
2. Dukung anak apabila perlu untuk mengelakkan dia daripada terus merosakkan barang di sekitarnya.
3. Tinggalkan segera kedai tersebut apabila si kecil masih mengamuk.
4. Apabila anak sudah kembali tenang, jelaskan kepadanya bahawa
anda akan keluar daripada kedai tersebut jika dia terus mengamuk.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons