Ambil beberapa keping asam gelugur, kemudian bakar hingga hangus.
Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian
sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insha Allah sakit tekak anda
akan cepat sembuh.
Cara mengurangkan demam kuning kepada bayi baru lahir semasa ibu mengandung
Wednesday, July 24, 2013
2. Elak menggunakan ubat untuk bersalin. Cuba bersalin secara semula jadi. Bincang dengan doktor berkenaan penggunaan ubat untuk bersalin. Penggunaan ubat semasa bersalin antara faktor penyebab demam kuning.
3. Bersedia secara fizikal dan mental semasa mengandung untuk menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan. Persediaan awal akan menyebabkan air susu akan lebih cepat dikeluarkan selepas bayi dilahirkan. Demam kuning akan berkurangan jika bayi selalu menyusu dan membuang najis serta air kencing. Bilirubin iaitu penyebab demam kuning akan dikeluarkan melalui najis dan air kencing bayi. (Dikatakan 98% akan dikeluarkan melalui najis bayi dan 2% melalui air kencing).
4. Minum air kelapa asli tanpa apa-apa campuran bahan lain bagi ibu mengandung. Air kelapa dikatakan boleh membuang toksin di dalam badan. Seterusnya menghasilkan air susu yang baik untuk bayi yang bakal dilahirkan. Bayi yang terkena demam kuning digalakkan untuk minum susu ibu.
5. Kurangkan pengambilan halia semasa masa bersalin sudah hampir tiba (dalam trimester ke tiga) dan juga selepas bersalin. Halia merupakan sejenis herba dan boleh menyebabkan bacaan demam kuning meningkat.
Setiap kali bayi anda demam perkara yang paling merungsingkan sekali
jika demam ini disusuli dengan kahak! Bunyi kahak yang kedengaran setiap
kali bayi kita bernafas sememangnya merimaskan bayi itu sendiri dan
dalam masa yang sama memeningkan kepala ibubapa sendiri,
Dikongsikan beberapa petua orang-orang tua terdahulu amal kan untuk merawat sakit ini secara tradisiona l:
1.Daun Pucuk Kaduk - Caranya, ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit
kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi
anda. InshaAllah kahak tu akan keluar bersama najisnya
2.Daun
Sirih - Caranya,ambil beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga
mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara
ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.
3.Bunga Raya Merah - Caranya,ambil bunga tersebut dan lesungkan.Anda akan dapati terdapatnya cecair/ lendir.
Tumbuhan ini mengandungi sejenis lendir yang memberikan rasa sejuk pada
kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu bunga raya juga mengandungi
hebiscetin iaitu satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk
dan menghilangkan kahak sapukan pada dada dan belakang badan bayi.
4.Daun pokok hati-hati - Caranya, ambil daunnya dan ramas-ramas daun tersebut
kemudian letak kapur sirih + air sedikit… lepas itu sapukan dekat dada serta
belakang bayi anda.
5.Air rebusan akar lalang - Caranya minum sesudu kecil air tersebut.Insyaallah dalam 2-3 hari hilang kahak.
6.Daun pegaga kampung - Ambil daun pegaga dalam 8 helai dan tumbuk
,kemudian ambil air dia lepas itu tumbuk gula batu sedikit dan kemudian
itu bagi anak minum sehari 3 kali.
7.Entemu ( hanya mudah
didapati di negeri Sarawak) - bentuk dan rupanya seakan-akan kunyit, tumbuk
sedikit entemu tersebut dan sapu dari dada hingga ke bawah tekak dan
kemudian sapu di atas hidung bayi anda, dan akhir sekali letakkan
setitis air dari entemu tersebut ke lidah. InshaAllah kahak akan kering
dalam 2-3 hari
8. Daun Ketumbit - Pokok dia macam pokok rumput
ambil dalam segeggam dan campur dengan sedikit kapur makan dan lumatkan
atas tapak tangan.Air dia sapu di atas ubun-ubun, dada, sebelah belakang bayi
anda, InshaAllah selepas 3 hari hingga seminggu akan pulih sepenuhnya.
Assalamu'alaikum, saya cuma nak kongsi maklumat..Saya mula ambil produk ini sejak 1 tahun yang lalu dan saya mengambil produk SK Al-Khishbun untuk kesihatan rahim saya..Saya telah berkahwin selama 5 tahun dan masih menunggu cahayamata...Saya mengalami sakit senggugut sejak daripada kecil lagi dan puas saya berubat secara tradisional dan moden untuk merawat senggugut saya ini... Kemudian saya terjumpa satu produk yang boleh mengubati sakit saya nie..Sejak saya mengambil SK Al-Khishbun, sakit senggugut yang selama ini menghantui saya Al-Hamdulillah hilang sama sekali dan Insha Allah saya akan berterusan untuk mengambil produk ini.. Selain itu, saya berasa amat bertenaga sekali setelah mengamalkan produk ini kerana sebelum ini, saya sering berasa amat letih setelah pulang dari kerja...Produk ini adalah berasaskan susu kambing dan herba Arab terpilih dan produk ini BUKANNYA UBAT TETAPI IANYA MAKANAN TAMBAHAN....
Saya juga pernah membuat masker dengan menggunakan produk susu kambing Cleopatra...
Untuk pengetahuan semua, suami saya juga mengamalkan minuman ini dan ianya sesuai untuk lelaki sahaja, iaitu Cafe Al-Khishbun dan SK Ar-Rayyan. Suami saya mengalami sakit angin dalam badan dan bila dia menggunakan produk ini selama sebulan, dia mendapati badannya terasa ringan dan angin di dalam badan dia berkurangan, selain itu dia merasakan perubahan badannya daripada segi keletihan badan berkurangan di mana suami saya bekerja sebagai juruteknik mekanikal yang memerlukan kudrat yang banyak.
Selain daripada set kehamilan ini, produk ini juga mempunyai beberapa lagi jenis produk sesuai untuk lelaki dan wanita... Sila layari blog saya untuk keterangan lanjut....
http://lunamoon-collections.blogspot.com/
Assalamualaikum,
Di bulan yang penuh keberkatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf seandainya aku tersilap kata dan terkasar bahasa kepada semua rakan-rakan yang mengenali diriku, saudara mara, ahli keluarga dan yang paling penting adalah hubby kesayangan aku... Di hari pertama kita berpuasa ianya bagaikan satu kerahmatan kepada kita semua kerana pintu syurga terbuka luas untuk kita manakala pintu neraka pula tertutup rapat.... Inilah masanya kita perlu berebut untuk mendapat ganjaran di sana nanti...
:-) okeyy, time to sleep...oyasumi minna-san...
:-) okeyy, time to sleep...oyasumi minna-san...
Kalau kena serangan sakit tekak memang tak selesa dibuatnya. Nak bercakap pun rasa hilang mood, hendak makan selera pun tiada. Selain ambil ubat-ubatan doktor apa kata cuba petua tradisional. Mana tahu dengan kuasa Allah SWT, hilang sakit tekak.
Pernah tak anda menjerit apabila ternampak si kecil sudah mula menconteng dinding dengan pensil warna yang anda belikan? Bertenanglah jika menghadapi kejadian tersebut. Jangan larang dan marah anak kerana dia sebenarnya sedang membina daya kreativiti.
Anak memang suka dengan sesuatu yang berwarna-warni. Dia mampu
menghasilkan karya yang hebat jika anda memberinya kepercayaan.
Bagaimanapun, anda tentu seram bila melihat bagaimana dia mengotorkan
tangan dan bajunya dengan warna-warna tersebut.
Jangan larang anak daripada terus berkreatif. Berikan dia warna dan
berus yang mudah untuk dipegang serta kertas untuk si kecil menunjukkan
kreativiti dalam dunianya sendiri. Mungkin ini permulaan untuk si kecil belajar berkarya mengikut imaginasinya sendiri.
Assalamualaikum wbt...
Hendak mengajar si kecil mengaji memang mencabar. Tapi sebagai ibu bapa, anda perlu tegas dalam bab ini. Sebagai muslim, anda perlu mementingkan pengajaran agama sebagai asas penting anak-anak membesar menjadi anak soleh dan solehah.
Bila masa yang sesuai hendak mula mengajar ya? Tentu ramai yang keliru dalam hal tersebut. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Maksudnya, lagi cepat kita dedahkan anak-anak dengan mengaji, lagi cepat mereka menjadi mahir.
Mungkin mula-mula, papa dan mama kenalah rajin mengaji. Inshaa Allah, bila anak tengok ibu bapa sering mengaji, maka mereka juga akan mengikut perbuatan tersebut. Dalam diri mereka tentu beranggapan bahawa mengaji itu satu keperluan yang penting bagi setiap orang.
Anak-anak kecil masih belum faham perkara yang baik dan tidak baik. Jadi seeloknya kita dedahkan mereka dengan perkara yang baik-baik sejak daripada kecil apatah lagi yang dituntut oleh agama.
Apabila mereka sudah biasa dengan rutin mengaji setiap hari, teruslah istiqamah dengan amalan tersebut. Jika boleh setiap hari selesai solat fardu, anda sekeluarga mengaji bersama-sama walaupun sekejap. Sudah pasti si kecil yang terkenal cepat belajar akan mengikutnya juga.
Kemudian, apabila mereka sudah terbiasa dengan amalan mengaji, terangkan kepadanya kepentingan amalan mengaji Al-Quran kepada setiap orang Islam. Terangkan dengan cara yang mudah difahami oleh kanak-kanak.
Ajak anak mengaji ketika mood mereka ceria pada bila-bila masa. Misalnya, semasa anda sedang sibuk menyiapkan kerja rumah dan anak mahu mengaji, berhentilah membuat kerja dan ajar dia mengaji. Mungkin juga anda boleh bawa Iqra’ di dalam kereta dan ketika dalam perjalanan ke mana-mana, ia boleh dijadikan aktiviti bersama.
Kanak-kanak mempunyai hati yang sangat tulus dan bersih, maka apa sahaja yang diberitahu akan diserap oleh mereka dengan cepat. Walaupun demikian jangan amalkan paksaan untuk mendidik anak mengaji sehingga mereka menangis dan merasakan waktu mengaji adalah saat paling menyeksakan.
Si kecil menendang dan mengamuk!
Kemudian melemparkan barangan ke lantai kedai kerana anda tidak mahu
membelikan apa yang diinginkan. Malunya rasa bila anak buat perangai
macam tu depan orang ramai.
JANGAN LAKUKAN:
1. Memberi alasan atau penjelasan panjang lebar kepada si kecil
yang sedang mengamuk. Dia yang sedang marah tidak akan mendengar
kata-kata pujukan.
2. Jangan cepat naik angin dengan kelakuan anak. Ia akan membuatkan anak takut dan seterusnya mencontohi kelakuan anda.
3. Jangan terlalu mengikut kemahuannya kerana ia hanya akan
membiasakan si kecil mengamuk apabila kehendaknya tidak dituruti.
4. Jangan berjanji akan memberi ganjaran lain jika dia tidak
mengamuk. Ia akan membuatkan si anak terbiasa mendapat ganjaran apabila
keinginannya tidak dipenuhi.
SEHARUSNYA:
1. Bertenang menghadapi sikap anak yang sedang mengamuk. Usah hiraukan pandangan orang lain.
2. Dukung anak apabila perlu untuk mengelakkan dia daripada terus merosakkan barang di sekitarnya.
3. Tinggalkan segera kedai tersebut apabila si kecil masih mengamuk.
4. Apabila anak sudah kembali tenang, jelaskan kepadanya bahawa
anda akan keluar daripada kedai tersebut jika dia terus mengamuk.
Setiap anak-anak dilahirkan dengan memiliki keistimewaan tersendiri. Ibu bapa bertanggungjawab mencorakkan anak menjadi insan cemerlang atau sebaliknya. Anak-anak adalah aset paling berharga yang bakal mendoakan kebahagiaan ibu bapa sama ada masih hidup di dunia atau setelah meninggalkan dunia ini. Bahkan merekalah permata hati yang menyerikan kehidupan rumah tangga ibu bapa.
Memiliki anak-anak yang soleh umpama satu ganjaran yang bakal diterima oleh ibu bapa bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat jua. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan anak-anak seperti mana yang dituntut oleh agama bukan mengikut kehendak sesuka hati. Menerapkan nilai-nilai dan didikan positif pada anak-anak perlu dimulakan sejak peringkat awal, iaitu sejak proses pertumbuhan janin.
Mulakan dengan amalan pemakanan yang halal, bersih dan berzat kerana ia mempengaruhi perkembangan dan tumbesaran anak-anak sama ada dari aspek fizikal dan akhlaknya. Banyakkan berdoa agar janin yang dikandung terbentuk menjadi bayi yang sihat dan cemerlang. Selain dari itu hubungan ibu bapa juga menjadi faktor penentu pembentukan sahsiah diri anak-anak. Ibu bapa ada role-model terbaik bagi anak-anak. Justeru itu, ibu bapa perlu menjaga kerukunan rumah tangga serta hubungan dengan ahli keluarga kedua belah keluarga.
Membentuk anak-anak cemerlang perlu dimulakan mengikut pelbagai tahap. Setiap tahap memerlukan pendekatan dan strategi yang berbeza-beza daripada ibu bapa. Pada tahap pertama (bayi hingga usia tujuh tahun), ibu bapa harus menyayangi, bergurau senda dan mencurahkan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak. Pada tahap kedua (lapan hingga 14 tahun), ibu bapa perlu didik dengan penerapan nilai disiplin dan pemahaman tentang pengagihan tanggungjawab sama ada di rumah mahupun di sekolah.
Kemudian pada tahap ketiga (usia 15 hingga 21 tahun) elakkan daripada menggunakan kekerasan atau herdikan yang melampau. Ini kerana jiwa mereka mudah memberontak.
Manakala bagi usia 21 tahun ke atas, ibu bapa perlu memberikan kebebasan kepada anak-anak untuk membuat keputusan sendiri. Namun, ibu bapa masih perlu memantau, menasihati dan berdoa agar anak-anak sentiasa mengikut landasan yang betul
Tip anak cemerlang
- Didik mengikut tahap intelektual dan usia anak-anak.
- Kenal pasti kecenderungan dan minat anak-anak.
- Jana keyakinan dan ketabahan diri mereka.
- Rangsang kecerdasan minda anak-anak dengan pemakanan seimbang.
- Isi waktu lapang anak-anak dengan aktiviti berfaedah.
- Beri anak-anak ruang berdialog bersama anda dalam situasi tenang dan ceria.
- Ambil berat kebajikan anak dan tunaikan hak-hak mereka mengikut tahap kemampuan ibu bapa.
- Beri galakan dan amaran ke arah sesuatu yangpositif. Jika anak lakukan kesalahan, beri hukuman yang wajar dan tidak keterlaluan.
- Bermain dan bergurau dengan anak sambil memberi nasihat.
- Mengasuh anak melalui teguran dan nasihat.
- Didik anak berdasarkan pengalaman yang anda pernah lalui (positif atau negatif) atau pernah berlakuk di sekeliling anda.
Sumber gambar : Google Images |
Assalamualaikum,
Kanak-kanak amat menggemari hidangan sup. Jika sudah bosan memasak sup ayam atau sup sayur-sayuran apa kata kali ini cuba buat sup kentang berkrim. Pasti digemari si kecil.Masa: 40 minit
Hidangan: 5 orang
Bahan-bahannya:
250 gram kentang dipotong
25 gram mentega
1 kiub ayam
Sedikit serbuk oregano
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
100 ml susu cair
Air panas dari rebusan kentang secukupnya
Sedikit daun sup dihiris halus
Cara membuatnya:
Rebus kentang sehingga empuk. Kisar kentang menggunakan sedikit air rebusan hingga hancur. Panaskan mentega hingga cair. Masukkan kentang yang sudah
dikisar. Kacau rata lepas itu masukkan kiub ayam, baki air rebusan
kentang, garam, serbuk lada hitam dan oregano. Kacau rata sehingga mendidih. Masukkan susu cair, hirisan daun sup. Kacau hingga sebati dan kuah agak pekat. Siap dihidang. Enak dimakan begitu sahaja atau dengan roti garlic.
Assalamualaikum wbt...
Anak anda mungkin kelihatan tidak berdaya, tetapi sebenarnya mereka amat tangkas dan suka mencuba semua perkara tanpa mengetahui sama ada ia selamat atau berbahaya. Mungkin langkah berikut membantu anda menyediakan persekitaran yang selamat untuk si kecil kesayangan keluarga.
Keselamatan semasa bermain
- Pilih permainan yang bersesuaian mengikut peringkat usia anak.
- Pastikan lantai bebas daripada sebarang alatan mainan sekiranya bayi anda tidak bermain.
- Pastikan mainan bersaiz kecil yang mudah tercekik dijauhi daripada anak.
- Jangan letak kerusi enjut bayi pada paras yang boleh dicapai oleh anak kerana ia mungkin boleh menimpa diri mereka.
Keselamatan di bilik air
- Suhu terbaik untuk memandikan bayi iaitu antara 36 C dan 38 C.
- Jangan gunakan lebih daripada 6 - 8 cm air untuk mandikan bayi dan jangan sekali-kali tinggalkan bayi mandi sendirian sementara anda mengambil tuala atau lampin walaupun dia berada dalam besen mandian yang selamat.
- Bayi boleh lemas walaupun hanya dalam air sedalam 3 cm.
- Jangan biarkan anak berdiri atau melompat ketika mandi.
Keselamatan di tempat makan
- Sterilkan semua botol dan puting botol susu anak sehingga usianya setahun.
- Jangan tinggalkan bayi makan atau minum bersendirian.
- Pastikan kerusi makannya kukuh dengan ciri-ciri keselamatan yang memuaskan hati.
- Sentiasa sisihkan sisa makanan yang tidak dimakan daripada mangkuk bayi.
- Periksa tarikh luput makanan bayi yang dibeli.
- Jangan panaskan semula makanan bayi yang anda masak lebih daripada sekali.
- Sesetengah makanan jejari bayi sangat berbahaya kerana bentuknya boleh membuatkan bayi tercekik. Anggur, sosej dan tomato ceri perlu dipotong kecil dan jangan beri si comel makan bertih jagung.
Tidur yang selamat
- Jangan merokok dalam bilik yang ada bayi sedang tidur.
- Sentiasa tidurkan bayi dalam keadaan terlentang dan bukan meniarap atau mengiring. Jika bayi tidur meniarap pastikan anda mengawasi posisinya daripada masalah tidak boleh bernafas.
- Jangan biarkan anak terlalu panas. Biarkan kepalanya tanpa bertopi atau jangan guna bantal ketika tidur.
- Jangan tidur dengan bayi di atas sofa atau kerusi malas.
- Tempat paling selamat untuk menidurkan bayi iaitu di dalam katil bayi dan bersama anda di dalam bilik ketika enam bulan pertama usianya.
Kediaman yang selamat
- Jangan tinggalkan bayi berseorangan tanpa pengawasan di atas katil walaupun hanya sesaat kerana kita tidak tahu bila mereka boleh berpusing dan akhirnya terjatuh.
- Jangan gantung gambar atau sebarang perhiasan yang berat di atas katil bayi.
- Tali pintal pada bidai boleh membahayakan si kecil terutama yang baru pandai berjalan. Pastikan mereka tidak boleh mencapainya.
- Sentiasa lekatkan barang perhiasan yang besar dan berat pada dinding.
- Jauhkan katil bayi, kerusi atau lain-lain perabot dari tingkap. Pilih kotak alat permainan yang mempunyai penutup melekat untuk mengelakkan penutup daripada jatuh ke atas jari atau lehernya.
Assalamualaikum wbt...
Kata orang, menyusukan bayi antara kaedah menjarakkan kehamilan secara semula jadi yang mudah. Benarkah?
Kaedah menjarakkan kehamilan menggunakan penyusuan susu ibu dinamakan Lactational Amenorrhea Method (LAM) di mana penyusuan susu ibu sepenuhnya berupaya melambatkan kedatangan haid dan ovulasi secara semula jadi.. Walau bagaimanapun, kaedah ini adalah 98 – 99.5 % efektif, sekiranya semua syarat di bawah dipatuhi:
- Haid ibu belum kembali.
- Bayi berumur kurang daripada enam bulan.
- Bayi menyusu secara eksklusif dengan kerap (siang dan malam).
- Bayi tidak mengambil sebarang makanan lain selain daripada susu ibunya selama enam bulan pertama.
Oleh itu, antara tip untuk memastikan keberkesanan kaedah LAM ini, anda haruslah:
- Memastikan bayi sentiasa bersama atau berdekatan dengan ibu.
- Menyusu dengan kerap tanpa had (siang dan malam). Untuk pengetahuan, penyusuan di waktu malam sangat penting kerana pada ketika itu hormon prolaktin adalah sangat tinggi. Hormon ini yang melambatkan ovulasi.
- Menggunakan penyusuan sebagai cara untuk memujuk dan menenangkan bayi.
- Menyusu sambil berbaring apabila berehat atau tidur.
- Tidak menggunakan botol atau puting kosong.
Sekiranya haid ibu telah kembali atau bayi berumur lebih daripada enam bulan atau dia sudah diberi makanan tambahan (pada tahap umur ini, bayi seharusnya diperkenalkan dengan makanan tambahan dan tidak menyusu sepenuhnya), ibu dinasihatkan untuk menggunakan kaedah perancang keluarga yang lain. Ini kerana selepas enam bulan, perlindungan penyusuan susu ibu terhadap kehamilan mula berkurangan.
Mungkin ada di kalangan ibu-ibu berkerjaya yang menyusukan bayi menghadapi dilema bagaimana cara terbaik untuk menyimpan dan mencairkan susu beku ketika mereka bekerja.
Tidak kira sama ada anda meletakkan bayi di bawah penjagaan pengasuh
atau nurseri, pastikan mereka sudah maklum tentang cara pengendalian
susu perahan beku sebelum diberikan kepada bayi.
Berikut adalah garis panduan yang boleh dijadikan maklumat berguna
kepada para ibu agar bayi tetap menerima khasiat susu ibu biarpun tidak
menyusu secara terus dari payu dara ibu.
1. Sentiasa menggunakan susu yang paling awal diperah.
2. Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan.
3. Lalukan susu perahan beku di bawah aliran air paip untuk mencairkannya.
4. Bila sudah cair, rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam
(hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan
sahaja).
5. Untuk lebih mudah dan menjimatkan masa, gunakan pemanas botol elektrik yang kini banyak dijual dipasaran.
6. Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
7. Jangan carikan susu beku dalam suhu bilik.
8. Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa satu jam (tidak boleh disimpan semula).
9. Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua
lapisan. Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan
lapisan lemak yang terpisah itu.
10. Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di
bahagian dalam pergelangan tangan sebelum diberi kepada bayi.
11. Elakkan memanaskan susu di awal pagi dan memasukkan ke dalam
termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam
sahaja.
12. Susu yang sudah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, jadi ibu
kene pandai mengagak kuantiti yang diperlukan anak supaya susu perahan
tidak membazir.
13. Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.
Tip Penyimpanan Susu Perahan
a. Di tempat kerja
Simpan susu perahan di bahagian sejuk peti ais, jangan dibekukkan (jika
ada peti sejuk). Jika tiada, simpan sahaja dalam beg penyejuk susu ibu
yang banyak terdapat di pasaran. Ia untuk memastikan kandungan antibodi
terpelihara dari proses pembekuan.
b. Sampai di rumah
Simpan susu perahan dari tempat kerja semaksima yang boleh di bahagian
sejuk (bukan dibekukan) untuk kegunaan pada keesokan hari. Simpan susu
selebihnya di bahagian beku peti ais untuk stok seterusnya.
c. Seeloknya labelkan bekas perahan susu dengan nama bayi, tarikh
dan masa pemerahan sebagai memudahkan anda menggunakan susu yang awal
terlebih dahulu.
d. Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas penyimpanan untuk
membolehkan proses pengembangan berlaku jika susu dibekukan.
e. Jangan lupa membersihkan dan mensteril semua bekas penyimpanan susu ibu termasuk aksesori pengepam.
Assalamualaikum wbt..
Biasa tak tengok lidah bayi jadi camnie..? Kenapa ianya terjadi dan apakah penyebabnya terjadi perkara ini..? Jom kita baca apakah punca jangkitan fungal pada mulut bayi kita..
Bagaimana keadaan jangkitan fungal di mulut bayi?
Jangkitan kulat di dalam mulut bayi dinamakan thrush. Banyak faktor yang menyebabkan jangkitan fungal itu. Pakar kanak-kanak mengatakan antara sebabnya ialah belum ada keseimbangan hormon apabila bayi mula mengeluarkan hormonnya sendiri.
Saya juga suka menasihatkan para ibu yang menyusukan anak agar berhati-hati dengan penggunaan antibiotik atau ubatan herba yang dipindahkan melalui susu ibu. Bayi yang breastfeeding mudah dilanda jangkitan ini jika ibunya mengamalkan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor atau memakan herba (atau jamu) untuk melangsingkan badan.
Oleh kerana keputihan yang disebabkan oleh jangkitan fungal ini serupa dengan saki-baki susu, jadi bagaimana mahu membezakan?
Saki baki susu hanya menyebabkan keputihan di bahagian atas lidah saja. Tetapi jangkitan fungal thrush akan menyebabkan keputihan di seluruh bahagian dalam mulut, iaitu lidah, lelangit dan bahagian pipi dalam (buccal mucosa).
Thrush juga menyebabkan kesakitan kerana terdapat bengkakan (radang) di situ. Jadi bayi akan menangis kerana sakit ketika menyusu (sama ada botol atau breastfeeding).
Ibubapa juga boleh mencuba teknik ini. Masukkan jari yang dibalut dengan sapu tangan yang basah. Cuba sentuh dan alihkan keputihan itu. Jangkitan fungal thrush, susah ditanggalkan. Jika ia tanggal, kemungkinan meninggalkan luka atau sedikit pendarahan.
Jika keputihan itu boleh ditanggalkan tidak perlulah berjumpa doktor. Berikan saja banyak air masak kepada bayi, Insya Allah akan hilang perlahan-lahan.
Jika kita mengesyaki bayi kita mengalami jangkitan fungal, maka berjumpalah doktor. Selalunya doktor akan memberikan ubat anti fungal yang harus dititikkan ke dalam mulut bayi. Bagi bayi yang breastfeeding, ubat itu boleh disapukan ke puting ibu sebelum menyusukan bayi.
Apakah langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan jangkitan fungal ini?
Jangkitan fungal ada kalanya memeningkan kepala kerana banyak sebab jangkitan ini boleh berlaku. Ada bayi yang mudah mengalaminya berbanding dengan bayi yang lain.
Dibawah ini ada beberapa tips yang mudah diamalkan untuk mengelakkan jangkitan fungal ini.
Antaranya ialah :
- Memberikan air masak selepas menyusukan bayi. Ini akan menanggalkan saki-baki susu yang mungkin tertinggal di ruang mulut. Saki-baki ini akan memudahkan jangkitan fungal.
- Jika menyusukan anak secara breastfeeding, pastikan puting ibu dibersihkan dulu. Puting yang lembab di dalam bra selalunya menyebabkan jangkitan fungal.
- Bersihkan puting botol menggunakan air yang mendidih sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Jika puting di payudara merekah, jangan sapukan krim antibiotik kecuali atas nasihat doktor. Bayi anda mungkin akan menyusu pada sebelah yang disapukan antibiotik tanpa disengajakan.
- Jika bayi sakit, pastikan antibiotik yang diberikan kepada bayi anda adalah atas nasihat doktor. Penggunaan antibiotik yang terlalu lama juga boleh menyebabkan jangkitan ini.
- Jika anda sendiri sakit dan memberikan susu secara breastfeeding, pastikan anda telah memberitahu doktor. Ada sesetengah antibiotik boleh sampai ke bayi melalui susu ibu.
- Jika tidak pasti sama ada anak anda mengalami jangkitan fungal atau hanya mengalami keputihan disebabkan oleh saki-baki susu yang tertinggal, bawalah berjumpa doctor. Jangan membeli ubat dari farmasi kerana kebanyakan yang menjaga kaunter farmasi hanyalah ‘pembantu kedai’ yang tiada pengetahuan perubatan.
Adakah thrush merbahaya jika tidak dirawat?
Jangkitan fungal thrush tidaklah sampai menyebabkan kematian. Cuma masalahnya ialah apabila jangkitan ini menyebabkan kesakitan pada mulut. Bayi akan kerap menangis dan tidak mahu menyusu. Ini akan menyebabkan dehidrasi pada bayi.
Bayi juga boleh mengalami demam akibat dehidrasi. Doktor selalunya akan memberikan bayi ubat paracetamol untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan demam, selain daripada ubat antifungal.
Jika bayi mengalami demam yang semakin tinggi melebihi 101 darjah F / 38.2 darjah C, dan keputihan itu tidak berkurangan dalam masa seminggu, selalunya keputihan itu disebabkan oleh jangkitan kuman yang berbeza. Bukan lagi jangkitan fungal.
Jika bayi mengalami jangkitan fungal tentulah memenatkan ibubapa yang menjaganya. Kita merasa kesian melihat bayi yang menangis dan tidak boleh menyusu, tetapi janganlah putus asa memberikan rawatan. Semoga Allah memberikan kesabaran atas kesabaran kita.
Wallahu a’lam.
(sumber:drzubaidi.com)
Cahaya mampu merangsang rasa gembira. Caranya suluh lampu khas (valkee) ke dalam telinga. Jelas Timo Ahopelto, individu bertanggungjawab ke atas kajian cahaya dan rasa gembira, sebaik sahaja bahagian otak khasnya melatonin, serotonin dan dopamin mengesan cahaya yang disuluh ke dalam telinga, hormon gembira akan dirangsang untuk 'bekerja'. Kesannya anda merasa lebih santai dan seronok. Maklumat lanjut layari www.valkee.com
Angkara Telefon Pintar
Anda tidak pernah mengalami sebarang alahan, tetapi kerap demam, batuk dan selesema. Ini semuanya angkara telefon pintar anda. Hasil kajian di Korea menemui penggunaan aplikasi skrin sesentuh boleh menyebarkan DNA bakteria punca penyakit ringan. Begitu juga rembesan air liur mengandungi ribuan bakteria yang sering melekat pada telefon sewaktu bercakap.
Makan Laju Cetus Diabetes
Kajian di Jepun membuktikan individu yang makan dengan cepat boleh mengalami kesan tindakan balas glukosa yang turut dikenali sebagai pra-diabetes. Kemudian situasi ini juga boleh bertukar kepada diabetes tahap dua. Jadi makan secara perlahan-lahan. Anda disarankan untuk mengunyah sebanyak 20 kali sebelum menelan makanan tersebut.
Hanya 1 Jam
Anda bimbang mengalami obesiti yang diwarisi daripada faktor genetik? Usah risau, anda mampun mengelaknya. Menurut pakar daripada Universiti Harvard, dengan cara berjalan pantas selama sejam setiap hari mampu menurunkan risiko mendapat penyakit ini sehingga 50 peratus.
Elak Sakit Suntikan
Suntikan begitu menakutkan dan menyakitkan anda? Mungkin selepas ini tidak lagi. Sekiranya tidak mahu merasa terlalu sakit, jangan lihat jarum suntikan. Kajian Jerman membenarkan panduan ini kerana sebaik sahaja seseorang melihat jarum suntikan, sistem autonomi terhadap resahan dan kegelisahan akan berlaku. Oleh itu tidak mustahil anda sering kali memikirkan kesakitan sedangkan suntikan bukan sesuatu yang boleh memudaratkan anda.
Assalamualaikum,
Boleh dimasukkan ke dalam kon kertas atau plastik aiskrim
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 20 minit
BAHAN-BAHAN
- 600gm tepung beras
- 1 biji kelapa parut
- 3 biji putih telur
- 250ml air dicampur sedikit garam
CARA MEMASAK
Kelapa digoreng tanpa minyak hingga kuning. Kemudian gaulkan dengan tepung beras. Tuangkan air garam dan putih telur sedikt-sedikit. Gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan kedalam kuali dan masak hingga garing.
Al-Hamdulillah, akhirnya aku habis juga membaca novel ini... Novel ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Nur Adeeba Addin yang mempunyai tubuh badan bersaiz XXL diberi kejutan oleh keluarga kerana dirinya dirisik dan ditunangkan dengan seorang lelaki kacak yang bernama Hadif Harith... Adeeba tidak mempercayai dengan ketentuan Allah sehinggalah mereka berkahwin dan Adeeba masih tidak mempercayai dirinya disayangi oleh suaminya.. Adeeba sering menganggap perkahwinan ini dirancang sepenuhnya oleh keluarga kedua-dua belah pihak sehingga berlaku sesuatu yang menyebabkan dia berfikir inilah jodohnya.. Suaminya Hadif sering menyatakan yang dia hanya mencintai dan menyayangi Adeeba sepenuh hati dan tiada orang lain di dalam hatinya tetapi hati Adeeba sering menidakkan kenyataan itu... Setelah dua kali keguguran, Hadif masih lagi menyintai Adeeba dan akhirnya Adeeba menerima kenyataan yang suaminya amat menyayangi dirinya sepenuh hati dan saiz XXL tidak menjadi penghalang untuk disayangi oleh suami... Akhirnya mereka hidup bahagia selamanya...
Pada aku, jalan cerita ini lebih kurang macam cerita dalam diari kehidupan sahaja dan bukannya dalam bentuk novel.. Tapi apapun, thumb up untuk penulis yang bernama Aliesha Kirana kerana menghasilkan novel yang bermutu... ^_^
:-) okeyy, time to sleep... Jaa mate ne hatamata oyasumi, minna-san.....
Assalamualaikum,
Inilah buahnya, namanya buah keranji.... Jenuh juga mahu mencari nama buah ini, aku sudah bertanyakan ramai sanak saudara dan rakan-rakan tapi tidak seorang pun daripada mereka tahu akan nama buah ini..... Fuhh... Sekarang misi aku seterusnya, dekat mana aku hendak mencari buah ini, yea? Kamu semua tahu ke tidak dekat mana buah ini dijual?
Seingat aku masa kecil dahulu, buah ini dijual di daerah Kemaman saja, on the way hendak ke rumah nenek dulu... Sekarang ini, gerai yang jual buah-buahan telah dirobohkan dan aku tidak tahu mana hendak mencari buah ini... Hmm... Ada sesiapa yang tahu maklumat ini?
:-) okeyy, time to sleep... oyasumi, minna-san....
Akhirnya aku dapat cari juga buah-buahan yang selama ini aku hanya tahu makan tapi tidak tahu akan namanya.... Mahu tahu apakah buahnya? Inilah dia...
Seingat aku masa kecil dahulu, buah ini dijual di daerah Kemaman saja, on the way hendak ke rumah nenek dulu... Sekarang ini, gerai yang jual buah-buahan telah dirobohkan dan aku tidak tahu mana hendak mencari buah ini... Hmm... Ada sesiapa yang tahu maklumat ini?
:-) okeyy, time to sleep... oyasumi, minna-san....
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana memberi kenikmatan untuk mengisi perut dengan makanan yang halal... Syukur Al-Hamdulillah... Hari ini macam biasa aku dan sahabat aku akan pergi ke Alamanda untuk membeli makanan tapi kami tidak pernah sekalipun makan di dalam kedai... Sebaliknya kami hanya bawa balik sahaja makanan dan tadi kami sempat singgah di kedai buku MPH untuk membeli novel yang dipesan oleh seorang lagi sahabat aku yang secara kebetulan dia cuti rehat... Lepas parking kereta, kami berpecah untuk membeli makanan di restoran makanan segera yang berbeza... Sekarang selera aku telah berubah kepada Subway Sandwich...hehehe... Sedap, selalunya aku ambil set 6 inch tuna, letak daun salad, tomato, lada benggala, buah zaitun, timun Jepun, mayonis, thousand island, black pepper sauce dan olive oil...
Sudah membeli Subway, aku dan sahabat aku singgah ke kedai MPH dan mencari novel yang dipesan oleh seorang lagi sahabat tapi malangnya novel yang dia pesan tidak ada dalam stok lagi sebaliknya aku pula menjumpai buku yang aku cari.... hehehe sebenarnya aku tidak merancang pun untuk membeli novel tapi bila baca sipnosis dia, macam best pula...
Tajuknya adalah 'Cinta Bersaiz XXL'.... Macam mana? Okey ke tidak buku ini..? Entah, aku pun belum tahu lagi, tidak mengapa, bila aku sudah baca nanti, akan aku komenkan....
:-) okeyy, jaa mata ne, minna-san.....
:-) okeyy, jaa mata ne, minna-san.....
Assalamualaikum,
Tahniah kepada adikku Nurul kerana berjaya dalam temuduga SPA untuk jawatan jururawat pergigian...Lepas ini, boleh belanja kami semua, bukankah begitu, adik?!! hehehe....
Ini adalah kali kedua dia mendapat tawaran temuduga tapi pertama kalinya dia mendapat tawaran kerja... Al-Hamdulillah, syukur pada Allah, tidak sia-sia segala doa ummie dan kami semua...
Kotak-kotak sudah diagihkan kepada semua bahagian dan setiap seorang mendapat 2 kotak, dan kami mula mengemaskan barang peribadi... Hmm.. banyak juga barang-barang peribadi aku, aku ingatkan sedikit sahaja tapi alamak?!! Mahu lebih 2 kotak barang aku ini... Aku fikir untuk bawa balik ke rumah bagi separuh barangan jadi nanti tidak sukar untuk mengemasnya semula...
Minggu depan, bermulalah tugas yang baru iaitu packing barang-barang untuk perpindahan bangunan... hehehe doakan semuanya selamat....
:-) okeyy, time to sleep...oyasumi, minna-san...
Tahniah kepada adikku Nurul kerana berjaya dalam temuduga SPA untuk jawatan jururawat pergigian...Lepas ini, boleh belanja kami semua, bukankah begitu, adik?!! hehehe....
Ini adalah kali kedua dia mendapat tawaran temuduga tapi pertama kalinya dia mendapat tawaran kerja... Al-Hamdulillah, syukur pada Allah, tidak sia-sia segala doa ummie dan kami semua...
Kotak-kotak sudah diagihkan kepada semua bahagian dan setiap seorang mendapat 2 kotak, dan kami mula mengemaskan barang peribadi... Hmm.. banyak juga barang-barang peribadi aku, aku ingatkan sedikit sahaja tapi alamak?!! Mahu lebih 2 kotak barang aku ini... Aku fikir untuk bawa balik ke rumah bagi separuh barangan jadi nanti tidak sukar untuk mengemasnya semula...
Minggu depan, bermulalah tugas yang baru iaitu packing barang-barang untuk perpindahan bangunan... hehehe doakan semuanya selamat....
:-) okeyy, time to sleep...oyasumi, minna-san...
Assalamualaikum,
Dengar cerita esok kotak-kotak akan diagihkan kepada bahagian dan unit, rasa berdebar pun ada juga dan ada juga rasa seronok yang amat sangat...
Tengahari tadi aku menghantar borang pengesahan kehadiran untuk Mesyuarat Perpustakaan yang diadakan di Pulau Pangkor tapi malangnya aku tidak dapat hadir kerana aku sibuk dengan perpindahan ke bangunan baru..Tapi aku harap agar mesyuarat seterusnya nama aku akan dipanggil sekali lagi, hehehe... bukannya apa, sudah agak lama aku tidak bertemu dengan teman-teman lama dan aku juga boleh berkenalan dengan teman-teman yang baru samada yang baru dilantik ataupun yang senior...Boleh juga kami bertukar-tukar cerita tentang pengalaman kerja masing-masing, kerana pelbagai kisah dan cerita dapat diluahkan...
:-) okeyy, time to sleep.... oyasumi, minna-san...
Tengahari tadi aku menghantar borang pengesahan kehadiran untuk Mesyuarat Perpustakaan yang diadakan di Pulau Pangkor tapi malangnya aku tidak dapat hadir kerana aku sibuk dengan perpindahan ke bangunan baru..Tapi aku harap agar mesyuarat seterusnya nama aku akan dipanggil sekali lagi, hehehe... bukannya apa, sudah agak lama aku tidak bertemu dengan teman-teman lama dan aku juga boleh berkenalan dengan teman-teman yang baru samada yang baru dilantik ataupun yang senior...Boleh juga kami bertukar-tukar cerita tentang pengalaman kerja masing-masing, kerana pelbagai kisah dan cerita dapat diluahkan...
:-) okeyy, time to sleep.... oyasumi, minna-san...
Setujukah anda sekiranya dikatakan kebanyakan ibu bapa masa kini gemar menyerahkan urusan ‘penjagaan’ anak kecil mereka kepada televisyen atau komputer tablet. Ia bagaikan memberi magis kepada papa dan mama dalam usaha memujuk anak-anak yang meragam.
Gajet tersebut mampu membuatkan si manja duduk diam dan tidak mengganggu urusan ibu bapa sama ada ketika di rumah atau di luar rumah. Selain daripada itu alasan mendidik anak-anak menggunakan medium teknologi tersebut turut menjadi faktor utama.
Namun, benarkah gajet boleh mendidik anak-anak? Apakah kesannya sekiranya anak kecil yang masih memerlukan bimbingan dibiarkan menonton televisyen sehingga lewat malam ataupun bermain permainan komputer tanpa batasan. Malahan ada ibu bapa yang berasa bangga dengan kebolehan si anak membuat carian di youtube tanpa pantauan mereka. Kononnya anak yang masih berusia bawah enam tahun itu sudah terlalu bijak!
Hakikatnya mereka tidak perasan ada kesan buruk di sebalik ‘pencapaian’ tersebut. Bayangkan jika si kecil terjumpa gambar atau video yang tidak sepatutnya dalam carian mereka. Boleh pengsan ibu bapa dibuatnya.
Sebenarnya tiada bukti saintifik boleh menyokong pendapat mengatakan kononnya menonton rancangan kartun atau bermain permainan video mampu membantu perkembangan minda anak-anak.
Mungkin ada program yang ditonton dapat memberi kesan positif tetapi biasanya kanak-kanak tidak gemar menonton program sedemikian. Justeru, sebenarnya lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Televisyen atau komputer tablet adalah komunikasi satu hala. Walaupun mungkin ada perkataan baru yang dipelajari namun ia tidak sama dengan ‘bercakap’ dan berkomunikasi. Anak-anak yang membesar memerlukan kehadiran ‘orang’, berkomunikasi dengan ‘orang’ bukan imej di kaca televisyen dan komputer tablet.
Kesan buruk
Bukan bermakna papa dan mama langsung tidak boleh mendedahkan teknologi gajet kepada anak-anak tetapi janganlah sampai melampau. Apa pun yang kita beri kepada anak-anak perlu ada batasan dan kawalan. Membiarkan anak-anak kecil terdedah kepada televisyen terlalu lama boleh menjadikan mereka tidak keruan. Emosi mereka turun naik akibat menonton sesuatu cerita. Jika tidak diberi rehat dengan aktviti bermain yang aktif, boleh menyebabkan mereka menjadi lembab, malas atau perangai tidak keruan.
Jika kita perhatikan keadaan anak-anak yang sedang menonton televisyen atau komputer tablet, posisi mereka seperti anak patung yang tidak bergerak-gerak. Mereka tekun dan fokus dengan apa yang ditonton atau dimainkan. Sebenarnya ia bukan menjadikan mereka seorang yang fokus sebaliknya mengurangkan daya konsentrasi akibat gambar yang sering bertukar setiap beberapa saat. Cuba suruh mereka berhenti daripada menonton, kita akan mendapati kanak-kanak ini hilang fokus dan tidak boleh duduk diam.
Jika disuruh membaca, mereka berupaya untuk bertahan seketika sahaja. Ia menyukarkan mereka menumpukan perhatian kepada sesuatu pembelajaran. Selain daripada itu televisyen turut menyekat kanak-kanak menggunakan ‘otak’ mereka untuk berimaginasi. Ini amat berbeza dengan aktiviti membaca buku. Tatkala membaca, imaginasi mereka melayang jauh dan selama mana yang mungkin- tiada had tertentu, dan inilah yang kita mahukan.
Ini kerana kanak-kanak dan ada daya berimaginasi tinggi akan merangsang perkembangan minda mereka lebih positif dan kreatif. Malah ada kajian menunjukan bahawa terlalu banyak menonton televisyen menyebabkan prestasi akademik anak-anak merosot. Maka disarankan lebih baik papa dan mama menghabiskan masa berbual dan bermain dengan anak-anak daripada membiarkan mereka menonton televisyen ataupun bermain tablet.
Cara kawal
Membiarkan si kecil menonton drama-drama yang kadang kala mempunyai mesej tidak baik boleh mempengaruhi mereka dan kemudiannya meniru aksi tersebut. Oleh itu ibu bapa perlu ambil masa dan meninjau serta memantau lalu memastikan rancangan mana yang menimbulkan kesan baik dan yang mana tidak kepada anak-anak. Bagaimanapun tidak semestinya rancangan itu baik, kita biarkan anak-anak kecil menontonnya terlalu lama kerana akibat lain mungkin timbul pula, misalnya kesan buruk kepada mata.
Bagaimana cara menangani masalah anak suka menonton televisyen atau tablet?
- Disiplinkan anak-anak etika menonton televisyen atau bermain tablet.
- Pilih program yang beri kesan positif kepada anak-anak sahaja.
- Lakukan jadual dan pastikan dia mengikut jadual itu. Ada masa bermain aktif, ada masa melukis, ada masa bercerita dan membaca buku, ada masa menonton televisyen atau bermain komputer.
- Selepas menonton wujudkan masa untuk dia bercerita apa yang dia tontoni agar membantu perkembangannya. Misalnya dengan menonton program pendidikan, anak dapat kaitkan dengan kehidupan seharian. Bukankah ia satu pembelajaran!
Kesimpulannya, bukan semuanya buruk dan bukan semuanya baik. Televisyen atau komputer adalah alat yang menjadi berfaedah jika kita bijak menggunakannya.
Assalamualaikum wbt...
Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Dapatkan maklumat lanjut di bawah.
Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu. Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.
- Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
- Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
- Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
- Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
- Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
- Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).
- Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
- Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
- Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
- Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.
Sering kali mereka yang baru bergelar ibu bapa berasa bimbang apabila melihat keadaan mata bayi mereka diselaputi tahi mata dan berair. Adakah ia masalah normal atau si manja ada penyakit lain. Apa yang perlu dilakukan?
Mencari maklumat mengenai penjagaan bayi baru lahir dari kepala ke kaki mesti dilakukan oleh anda yang bakal bergelar ibu bapa. Ilmu tersebut sangat berguna membantu anda berhadapan dengan pelbagai masalah yang berlaku kelak.
Mata merupakan antara organ kurniaan Tuhan paling berharga. Justeru itu, antara pemeriksaan awal yang dilakukan oleh doktor pediatrik termasuk memeriksa keadaan mata bayi baru lahir.
Semasa proses pemeriksaan tersebut, doktor akan memeriksa mata bayi untuk mengesan sama ada mempunyai masalah berikut atau tidak:
· Penyakit kongenital
· Jangkitan mata
· Penglihatan
Pendarahan Sub-Konjuktiva
Perhatikan keadaan mata putih bayi dengan teliti. Biasanya kita akan melihat beberapa saluran darah yang halus. Sekiranya satu daripada saluran darah ini pecah, darah akan mengalir keluar ke bahagian mata putih . Situasi ini dinamakan Pendarahan Sub-Konjuktiva yang biasanya terjadi semasa kelahiran. Sekiranya keadaan ini berlaku :
Tiada rawatan diperlukan.
Ia tidak akan merosakkan mata.
Darah yang ada biasanya akan hilang dalam masa dua minggu.
Sementara itu dalam penjagaan harian mata bayi, anda hendaklah membersihkan kawasan sekeliling mata menggunakan kain lembap yang bersih. Tidak perlu menggunakan sabun kerana ia akan memedihkan mata.
Selain daripada pemeriksaan yang telah dilakukan oleh doktor sebaik bayi lahir, ibu bapa juga perlu memerhatikan keadaan mata anak mereka. Jika ada masalah yang berlaku maka mudah untuk melakukan rawatan selanjutnya.
Masalah berkaitan mata yang biasa terjadi di kalangan bayi adalah :
Konjuktivitis
Saluran air mata tersumbat. Konjuktivitis bermaksud kemerahan yang berlaku pada lapisan konjuktiva iaitu bahagian putih mata dan bahagian dalam kelopak mata. Ini mungkin berlaku disebabkan oleh jangkitan, saluran air mata tersumbat atau kerengsaan, Misalnya terkena bahan kimia.
Bagi bayi, jangkitan kuman biasanya disebabkan oleh bakteria seperti Neisseria gonnorhea (gonorrheal infection) atau oleh Chlamydia trachomatis. Kedua-dua didapati semasa proses kelahiran daripada ibu yang mendapat jangkitan.
Antara simptom-simptom dan tanda-tanda jangkitan ini termasuk:
· Keluar cecair kekuningan dari mata.
· Kelopak mata melekat dengan nanah terutamanya selepas tidur.
· Keluar tahi mata di bahagian atas pipi.
· Bahagian putih mata mungkin bertukar kemerahan atau merah jambu.
· Kelopak mata membengkak.
Masalah konjuktivitis ini boleh menjadi lebih parah sekiranya berlaku jangkitan pada gonorrhea dan berkemungkinan memberi kesan kepada penglihatan bayi. Oleh itu segera bawa bayi mendapatkan rawatan perubatan jika ada tanda-tanda berikut.
Rawatan untuk Konjuktivitis Gonococcol
Sekiranya tahi mata atau lain-lain tanda muncul dalam beberapa jam atau hari selepas kelahiran, bayi anda akan dianggap mendapat jangkitan gonorrheal sehingga keputusan ujian didapati. Rawatan yang diberikan adalah:
· Membersihkan mata setiap jam dengan titisan mata dan titisan anti biotik mata sehingga tahi mata berkurangan dan mata kurang kemerahan.
· Diberikan suntikan anti biotik melalui saluran vena.
· Ibu bapa juga akan disiasat dan dirawat sebagai pesakit gonorrhea.
Rawatan untuk Konjuktivitis Chlamydia
Jenis Konjuktivitis ini biasanya bermula 5-12 hari selepas kelahiran.
Rawatan yang diberikan biasanya adalah :
· Oral anti biotik selama 14 hingga 21 hari untuk bayi dan ibu bapa.
· Anti biotik titisan mata dan membersihkan mata.
Sekiranya tahi mata bayi masih keluar dengan banyak dan tidak berkurangan dalam beberapa hari kelahiran, segera bawa bayi anda berjumpa doktor.
Gunakanlah kain bersih atau tuala yang berasingan untuk bayi kerana ia boleh berjangkit.
Jangan gunakan titisan mata kecuali dengan arahan doktor.
Saluran air mata (Nasolacrimal) terhalang
Saluran yang berfungsi menyalurkan air mata dari mata ke hidung tersumbat/tersekat. Bayi yang baru lahir mempunyai kebolehan untuk merembeskan air mata kerana hormon.
Mereka bukan mengeluarkan air mata kerana faktor emosi sehinggalah berumur antara dua hingga tiga tahun. Ini menerangkan mengapa tercetusnya simptom pada umur yang agak lewat sungguhpun ia bermula dari lahir.
Perkara ini berlaku kepada dua hingga enam peratus kelahiran baru. Kedua-dua belah mungkin tersumbat. Kebanyakan saluran air mata yang tersumbat ini akan terbuka secara spontan apabila berumur satu tahun.
Air mata juga boleh menjadi tanda kepada gloucoma Kongenital (sejak lahir) dan ini mungkin berkaitan dengan sensitif kepada cahaya dan pembesaran kepada mata yang dijangkiti.
Tanda-tanda dan simptom
· Air mata keluar berterusan yang mana biasanya dalam beberapa minggu selepas lahir.
· Keluar air mata di bahagian lebih bawah kelopak mata dan pipi.
· Bahagian putih mata pada permulaannya tidak kelihatan kemerahan atau merah jambu sehingga jangkitan bermula.
· Terdapat risiko jangkitan mata (Konjuktivitis) kerana kelemahan sistem saliran.
· Jika jangkitan tidak dirawat, ia akan merebak sehingga ke sekeliling bahagian mata atau pipi.
Rawatan diperlukan segera jika:
· Kelopak mata menjadi sangat merah atau membengkak.
· Muncul benjol kemerahan di bahagian bawah sudut kelopak mata.
Sekiranya terdapat tanda dan simptom conjunctivitis (konjutiva), seperti keluar cecair kekuningan, segerlah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Jika air mata berterusan keluar selepas berumur setahun, bayi mudah terganggu dengan cahaya atau keadaan sebelah mata lebih besar, dapatkan rawatan daripada pakar mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons