Ayat Al-Quran memberi ketenangan kepada hati

Monday, February 24, 2014



Kita memang selalu membaca surah Yassin bila ada sesuatu perkara, tidak kira apa perkara tersebut, tetapi saya hendak berkongsi perasaan saya bila saya membaca surah Yassin ayat 1-9... Ayat ini saya amalkan selepas zikir solat fardhu, selalunya selepas saya berzikir, saya akan mulakan surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan ayat Kursi dan akhir sekali saya membaca ayat 1-9 surah Yassin...Ianya memberi ketenangan kepada saya takala hati saya sering berada di dalam kesedihan...



Satu lagi saya sering membaca takala hati saya tidak tenteram, iaitu dengan membaca zikir Nabi Yunus, tentu awak semua pernah dengar bukan, tentang Nabi Yunus yang ditelan seekor ikan Nun (kalau tidak silap), Nabi Yunus meminta keampunan kepada Allah agar dikeluarkan semula beliau ke daratan.. Bila saya membaca zikir ini dengan penuh rasa rendah diri, saya merasakan ketenangan yang amat tenang sekali hingga saya merasa susah mahu gambarkan..


Awak semua pun boleh cuba membaca zikir ini, jika hati awak berasa resah gelisah... Maklumlah kita orang perempuan sememangnya dijadikan oleh Allah amat lembut jiwanya, mungkin kadang kala kita berasa hendak menjerit bila kita tidak dapat menanggung kesusahan hati kita ini... hehehe saya ini bukan motivator hati tapi inilah yang berlaku pada saya... Kebelakangan ini, banyak perkara yang berlaku pada diri saya dan Al-Hamdulillah sekarang ini saya berada di fasa ketenangan, walaupun kesedihan saya datang secara tiba-tiba tetapi kesedihan saya juga akan pergi tanpa pesan, meninggalkan sinar bahagia dalam kehidupan...

Jaa mata nee, minna-san... Jumpa lagi...





Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧