Perapi Rambut Semulajadi

Tuesday, February 04, 2014

Assalamualaikum....

Hari ini saya hendak berkongsi tips macam mana hendak dapatkan perapi rambut semulajadi tanpa bahan kimia... Yang ini saya copy paste dekat majalah rapi...

"Jus lemon atau limau nipis sebenarnya boleh dijadikan perapi rambut semulajadi. Ambil sebiji lemon bersaiz sederhana atau dua biji limau nipis. Perah dan ambil jusnya sahaja. Campurkan jus ini dengan secawan air suam. Sapukan pada rambut dan biarkan seketika. Anda akan dapati rambut bukan sahaja lembut tetapi bersinar. "


Tapi saya ada cara tersendiri dan saya sudah amalkan sejak saya remaja lagi memandangkan rambut saya jenis kembang dan kasar. Saya gunakan limau purut untuk menggantikan perapi rambut memandangkan harga perapi sangat mahal untuk seorang pelajar sekolah... Limau purut ini saya perahkan dan sapu pada rambut semasa mandi selepas shampoo, saya biarkan seketika jusnya di atas kepala dalam masa 5 minit dan lepas itu bilas seperti biasa... Hasilnya memang awesome dan saya memang sukakan haruman limau purut... Awak semua pun boleh mencubanya tapi sekarang ini harga limau purut agak mahal jika dibandingkan dengan harga di zaman saya kecil dahulu... Saya pula tidak risau sangat tentang hal ini kerana saya ada menanam pokok limau purut ini di belakang rumah saya, hehehehehe... Kadang-kadang petua tradisional ini memang patut kita amalkan sebab ianya 100% asli tanpa bahan kimia... 

1 comment

  1. Terima kasih di atas tips yang berguna... way to go gurl...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧