Assalamualaikum,
Hari nie adalah permulaan bulan Mac 2014 dan kita akan menuju satu lagi tangga kejayaan (Insha Allah) dalam apa jua yang kita impikan...Apa yang penting adalah usaha dan tawakal kepada Allah... Hari nie saya nak berkongsi resipi masakan tradisional Terengganu dan kebiasaan makanan nie boleh didapati semasa di bulan Ramadhan, tapi bulan lain pun ada jugak lah...
Sumber gambar : Google Images |
Jeng...jeng...jeng...Awak tahu tak apa benda nie? Nama makanan nie adalah nekbat Terengganu... Kuih Nekbat merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa.
Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti bauhulu tetapi tawar dan lebih keras. Kemudian ia akan dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula . Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur. Awak nak tahu camne nak buat? Well, kita ikut resipi nie...
Bahan-bahan :-
1 bungkus tepung beras
12 biji telur ayam
500 gm gula
5 helai daun pandan
Cara membuat :-
Tepung beras disangai dengan api sederhana hingga kering. Biarkan ia sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih. Panaskan acuan dan sapukan acuan dengan minyak kemudian taburkan tepung ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kuning. Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan sepuluh sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan kemudian masukkan 10 biji nekbat.
*Nota : 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.
Haa...Camne...Nampak mudah kan...hehehe awak suma bolehlah cuba buat yea...Selamat memasak...Jaa mata nee...
Wahhh..sedapnya nekbat
ReplyDelete