Assalamualaikum...
Syukur Alhamdulillah kerana Allah beri keizinan kepada saya untuk bernafas di muka bumi nie... Walaupun mengalami batuk dan asthma tapi setakat nie okey lagi la, cuma nak bercakap tue rasa terseksa sikit, sebab orang lain tak dengar apa yang saya nak cakap...jenuh jugaklah saya nak mengeluarkan suara yang dah macam rocker wanita nie, strepsils pun dah berbungkus-bungkus, ubat batuk dah nak abis...apalah nasib badan....
Syukur Alhamdulillah kerana Allah beri keizinan kepada saya untuk bernafas di muka bumi nie... Walaupun mengalami batuk dan asthma tapi setakat nie okey lagi la, cuma nak bercakap tue rasa terseksa sikit, sebab orang lain tak dengar apa yang saya nak cakap...jenuh jugaklah saya nak mengeluarkan suara yang dah macam rocker wanita nie, strepsils pun dah berbungkus-bungkus, ubat batuk dah nak abis...apalah nasib badan....
Hehehe, awak suma tau ajelah kan, kalu kita makan ubat batuk nie, memang gerenti kita akan berasa mengantuk, lebih-lebih lagi kalu waktu siang di mana kita bekerja mencari rezeki... macam tue la saya, asyik tersengguk-sengguk kat kaunter, malu seyhhh.... tapi nasib baik saya terjumpa satu produk yang berasaskan mawar....senang aje nak pakai, cuma sembur kat muka dan lepas tue dah selesai... wangi tau produk nie, nama produk nie serum mawar anti-aging keluaran ZT Zeeta... Yang paling best tue syarikat nie 100% keluaran syarikat anak tempatan dan DIJAMIN HALAL.... Nak tahu ke kisah selanjutnya pasal produk nie... Awak suma layari laman blog saya yang satu lagi http://lunamoonstores.blogspot.com.
Bukan serum saja tau, ada banyak lagi produk magis aura mawar nie, dan harganya sungguh berpatutan.... awak nak tahu harga serum nie cuma RM 19.90 jea untuk 1 botol bersaiz 70ml... kalu awak nak ekonomi lagi pun ada cuma RM 10.00 untuk 1 botol bersaiz 30ml... sudi-sudikanlah tengok produk berasaskan mawar dan yang paling penting kita kena sokong produk halal kan....
okey, time's up... Jaa, oyasumi minna-san....
Assalamualaikum,
Al-Fatihah
untuk arwah adik Arissa Sofea Binti Mohd Azwan, anak kepada sahabat
saya Aisyah Jaharadak... Akak harap Aisyah akan tabah dan kuatkan
semangat dalam ujian Allah ini, dalam masa 2 tahun berturut-turut
Aisyah ditimpa ujian Allah... Tahun lepas, suami sahabat saya ini
meninggal dunia akibat kemalangan dan pagi ini, diberitakan bahawa
adik Arissa pulak pergi menyusul mengikut arwah ayah dia... Arwah
Arissa meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi tadi akibat jangkitan
kuman dalam paru-paru... Umur arwah adik Arissa baru berusia 3 tahun
5 bulan, jadi syurga adalah tempat yang pasti untuk arwah adik
Arissa...
Sedih
jugak bila mendengar berita sedih nie, yealah, tahun lepas suaminya
meninggalkan dunia di kala dia masih di dalam pantang bersalin, tahun
nie pulak anak istimewa kesayangan dia pulak pergi meninggalkan
dunia... Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan, dan itulah
takdir Allah... Saya tak tahu macamana nak menggambarkan perasaan
sahabat saya di kala ini yang memerlukan kesabaran dan ketabahan yang
amat tinggi sekali dengan ujian ini... Ya Allah, berikan sahabatku
kekuatan dan ketabahan hati dalam menerima ujian dariMu Ya Allah...
Tinggikan darjat sahabatku ini kerana bersabar dengan ujian dariMu Ya
Allah... Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh arwah Arissa
tenang di sana dan ditempatkan di kalangan ahli syurga...Semoga
Aisyah tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan dan ujian dari
Allah... Amin...
Al-Fatihah
Assalamualaikum...
Entri kali nie saya nak berkongsi info pasal 10 cili terpedas di dunia... Ada di kalangan kita yang suka makan pedas, kan... Saya memang jenis tak suka makan pedas sebab bila makan pedas jea, mesti sakit perut dan ke toilet la jawabnya... pernah jugak saya cuba makan pedas tapi tue la, perut nie tak tahan dengan kepedasan cili, memang tempat kedua saya adalah toilet... tapi kalu sambal tempoyak, saya sanggup redah makan dan menahan kepedasan sebab saya nie hantu tempoyak, memang sedaplah bila makan dengan nasi yang panas kan... Okey nie adalah carta 10 cili terpedas di dunia....
Bhut Jolokia = scoville rating 855,000 - 1,050,000
Cili nie telah disahkan oleh Rekod Dunia sebagai cili yang terpedas di dunia, menggantikan Red Savina. Cili nie berasal dari Daerah Assam di timur laut India. Cili ini juga tumbuh di Nagaland dan Manipur. Terdapat sedikit keraguan mengenai spesies cili ini, apakah ia termasuk dalam jenis capsicum frutescens atau capsicum chinense, namun berdasarkan ujian DNA dikenal pasti bahawa ia adalah spesies hibrida, dengan dominan capsicum chinense dan sedikit capsicum frutescens.
Red Savina Pepper = scoville rating 350,000 - 580,000
Cili ini adalah jenis khas dari cili Habanero, yang dikembang biak khas untuk menghasilkan cili yang lebih pedas, besar dan berat. Frank Garcia di Walnut, California adalah pengembang cili Red Savina ini. Metodenya masih rahsia dan tidak diketahui umum. Cili ini memegang rekod sebagai cili terpedas di dunia dari tahun 1994 hingga 2006 dan dicatat oleh Rekod Dunia. Namun pada Februari 2007, cili ini turun dari takhtanya, dikalahkan oleh Bhut Jolokia.
Habareno Pepper = scoville rating 100,000 - 350,000
Cili ini adalah salah satu cili yang amat pedas pada jenisnya, iaitu capsicum. Ketika mentah berwarna hijau, ketika matang warnanya oren atau merah. Namun kadangkala terlihat juga warna putih, coklat dan bahkan merah jambu. Ukuran panjangnya sekitar 2-6sm. Cili ini banyak berasal dari Yucatan dan kawasan sekitar pantainya. Nama cili ini berasal dari bandar di Cuban, La Habana. Walaupun tempat itu bukanlah tempat asalnya, namun cili ini banyak diperjual beli di sana.
Thai Pepper = scoville rating 50,000 - 100,000
Thai Pepper dalam bahasa Indonesianya cabe rawit, Sunda-cengek, Thailand-phrik khi nu dan Tagalog-siling labuyo. Cili ini banyak terdapat di Thailand dan jirannya seperti Kemboja, Vietnam, Indonesia dan sekitarnya. Ternyata orang Indonesia memang kuat pedas, buktinya cili yang biasa "dimakan" sehari-hari sahaja.
Cayenne Pepper = scoville rating 30,000 - 50,000
Merah Cili! Benar-benar cili yang menunjukkan keciliannya melalui warnanya. Cili ini bernama Cayenne, Guinea Pepper atau Bird Pepper. Cili ini adalah cili merah yang pedas, digunakan untuk serbuk masakan ataupun untuk keperluan perubatan. Namanya berasal dari bandar Ceyenne di French Guiana. Cili ini digunakan untuk masakan pedas, baik dalam bentuk sempurna ataupun serbuk. Bahkan cili ini juga digunakan untuk kegunaan herba.
Serrano Pepper = scoville rating 10,000 - 23,000
Cili ini dari Mexico, di kawasan pergunungan Mexico. Rasa pedasnya menggigit, lebih pedas dari Jalapeno dan biasanya dimakan mentah-mentah. Bentuknya memang mirip dengan cili api dari Indonesia tetapi ini adalah spesies yang berbeza.
Jalapeno Pepper = scoville rating 2500 - 8000
Bentuknya seperti terung, tetapi ia bukan terung, itulah cili Jalapeno. Cili ini sudah termasuk panas, dan sudah dapat memberikan sensasi terbakar (pedas) ketika memakannya. Panjang cili ini antara 5-9sm. Cili ini berasal dari Mexico. Di Mexico terdapat lahan seluas 160km persegi yang hanya digunakan untuk menanam cili jenis ini. Kawasannya terutama di lembah sungai Papaloapan, sebelah utara Veracruz.
Anaheim Pepper = scoville rating 500-2500
Nama Anaheim sebenarnya adalah nama sebuah kawasan. Nama itu diberikan kerana ada seorang petani bernama Emilio Ortega yang membawa benih cili ini ke kawasan Anaheim pada awal tahun 1900. Gelaran lainnya adalah California Chile atau Magdalena. Jenis cili ini yang tumbuh di New Mexico memiliki tingkat kepedasan yang lebih tinggi, iaitu sekitar 4500 sehingga 5000 scoville unit.
Pimento Pepper = scoville rating 100-500
Pimento atau cili ceri adalah cili yang besar, merah berbentuk hati, panjang antara 7-10sm dan lebar 5-7sm. Isi buahnya termasuk manis, berair dan lebih beraroma dibandingkan dengan paprika merah. Namun beberapa jenis pimento ini cukup pedas. Pimento berasal daripada bahasa Portugis dan ianya dipanggil "bell pepper".
Bell Pepper = scoville rating 0
Bell pepper ini biasanya terdapat dalam 4 warna iaitu merah, kuning, hijau dan oren. Bell pepper kadangkala dikategorikan ke dalam cili yang kurang pedas atau "sweet pepper". Namun terdapat paprika jarang didapati yang berwarna putih dan ungu, bergantung di mana ia ditanam dan dari jenis apakah ia. Paprika hijau berasa lebih pahit dibandingkan dengan paprika merah, kuning dan oren.
Assalamualaikum,
Selamat
Hari Malaysia semua rakyat Malaysia... Kita patut bangga dengan
menjadi warga negara Malaysia, dilahirkan di Malaysia dan dibesarkan
di Malaysia kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan
diharapkan keamanan ini akan kekal buat selama-lamanya. Walaupun kita
berlainan bangsa, agama, budaya, ideologi politik tapi kita tetap
bersatu hati demi keamanan negara, betul tak?
Apa
perancangan awak semua untuk hari nie? Mesti ada yang balik kampung
masing-masing atau pergi bercuti ke mana-mana tempat yang menarik di
Malaysia kan... Saya pun teringin nak balik kampung jugak tapi
memandangkan masa terbuang dalam perjalanan pergi dan balik, maka
saya cuma duduk di rumah aje sambil membuat kerja-kerja rumah....
Semalam, saya bertindak (amboii ayat...hehehe) mengemas bilik yang
dijadikan mini library + tempat simpanan barang-barang + tempat rak
pinggan, dengan mengalihkan susun atur tempat... Dah lama saya tak
buat kerja-kerja mengalih perabot nie., dan saya buat pengalihan
perabot pada waktu malam sebabnya, ntah.... Sejak kecik lagi saya
memang suka buat kerja-kerja mengemas pada waktu malam, mungkin sebab
waktu malam lebih sejuk dan tidak terlalu panas jika dibandingkan
dengan waktu siang... Lagi satu , bila dah penat buat kerja-kerja
tue, saya akan cepat sikit mengantuk dan tidur...
Okey,
jumpa lagi di entri yang berikutnya... Jaa, oyasumi....
Assalamualaikum... Hari nie saya nak berkongsi satu info yang menarik, salah satunya adalah tanda kebesaran Allah SWT... Nak pergi ke tempat tue mungkin agak susah bagi kita suma kan, tapi nie lah saya nak berkongsi cerita nie...
Gua
Waitomo ini sepanjang 250 meter dan memiliki pemandangan bawah tanah
yang sangat menakjubkan. Di dalamnya dibangun Katedral Cavern dan
pemandangan yang paling menakjubkan sekali adalah fenomena yang
dikenali sebagai “bioluminescence” yang dihasilkan oleh jutaan
cacing grotto. Cacing ini mengeluarkan cahaya berwarna biru yang
berfungsi menerangi gua. Gua ini telah dijumpai oleh penduduk Maori
di akhir abad ke-19 sebelum dijumpai oleh orang Eropah dan dibuka
pada umum pada tahun 1911.
Coober
Pedy (Australia)
Coober
Pedy adalah salah satu tempat yang paling aneh di dunia. Bandar
bersuhu panan yang sangat ekstrem menyebabkan sekitar 80% dari
populasi tinggal dan bekerja di bawah tanah. Bandar ini memiliki
terowongan yang salin berhubung di mana-mana hingga kini dan
dibawahnya juga lengkap dengan sebuah gereja, kedai, galeri seni,
hotel dan macam-macam lagi. Yang paling unik terdapat pula lapangan
golf di mana tiada sehelai rumput dapat dilihat.
Merupakan
Warisan Dunia yang luar biasa dan pastinya akan mengujakan pengunjung
kerana tidak ada tempat di manapun yang sebanding dengan tempat ini.
Tambang Garam Wieliczka telah dieksploitasi terus menerus sejak abad
pertengahan dan menciptakan patung-patung berasaskan garam miosen
yang dipahat oleh para penambang. Ada sebuah katedral raksasa yang
dipahat seluruhnya dari garam termasuk dinding lantai dan dekorasi,
bahkan lilin Chandelier diperbuat dari kristal garam. Tambang Garam
Wieliczka awalnya pada abad ke-14 hanya boleh dikunjung oleh
orang-orang kerajaan, namun kini dibuka untuk umum.
Catacomb
Capuchin (Sisilia, Italia)
Tempat
yang paling mengerikan di dunia dan sering disebut sebagai “Museum
Kematian” kerana di dalamnya ada lebih dari 8,000 mumia sejak abad
ke-16 dan masih mengeluarkan bau. Walaupun telah membusuk selama
bertahun-tahun, mumia-mumia yang dihiasi dengan kostum elegan itu
masih memiliki daging, rambut, bahkan mata. Di sana terdapat pula
mumia seorang kanak-kanak berusia 2 tahun bernama Rosalia Lombardo
yang dimumiakan tahun 1920, dikenali sebagai “Sleeping Beauty”.
Tubuhnya masih sempurna utuh sampai hari ini dan terbaring di sebuah
bekas kaca.
Oleh
disebabkan kepadatan perkuburan di kota Paris akhir abad ke-18, pihak
pemerintah berusaha mencari alternatif untuk membangun kubur bawah
tanah. Pada tahun 1785, tulang dan mayat dari 6 juta orang
dipindahkan ke terowong bawah tanah pada malam hari dan kerja-kerja
ini memakan masa selama 18 bulan. Di situ, mereka disusun dalam
kumpula yang besar. Tulang manusia disusun dalam berbagai konfigurasi
seperti salib, wajah dan ornamen dinding.
Sebuah
restoran bawah laut pertama di dunia dan diperbuat dari kaca dengan
ciri khas adalah dinding akrilik melengkung dengan atap setebal
125mm. Ada 5 lengkungan akrilik yang melekat antara satu sama lain
dengan struktur silikon khas yang dibuat di Singapura. Projek ini
menelan belanja $5 juta. Restoran ini berada 16 kaki di bawah
permukaan laut dan menawarkan pemandangan panorama bawah air,
menyediakan pengunjung dengan pengalaman menikmati keindahan yang
menakjubkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons