Assalamualaikum,
Al-Fatihah
untuk arwah adik Arissa Sofea Binti Mohd Azwan, anak kepada sahabat
saya Aisyah Jaharadak... Akak harap Aisyah akan tabah dan kuatkan
semangat dalam ujian Allah ini, dalam masa 2 tahun berturut-turut
Aisyah ditimpa ujian Allah... Tahun lepas, suami sahabat saya ini
meninggal dunia akibat kemalangan dan pagi ini, diberitakan bahawa
adik Arissa pulak pergi menyusul mengikut arwah ayah dia... Arwah
Arissa meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi tadi akibat jangkitan
kuman dalam paru-paru... Umur arwah adik Arissa baru berusia 3 tahun
5 bulan, jadi syurga adalah tempat yang pasti untuk arwah adik
Arissa...
Sedih
jugak bila mendengar berita sedih nie, yealah, tahun lepas suaminya
meninggalkan dunia di kala dia masih di dalam pantang bersalin, tahun
nie pulak anak istimewa kesayangan dia pulak pergi meninggalkan
dunia... Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan, dan itulah
takdir Allah... Saya tak tahu macamana nak menggambarkan perasaan
sahabat saya di kala ini yang memerlukan kesabaran dan ketabahan yang
amat tinggi sekali dengan ujian ini... Ya Allah, berikan sahabatku
kekuatan dan ketabahan hati dalam menerima ujian dariMu Ya Allah...
Tinggikan darjat sahabatku ini kerana bersabar dengan ujian dariMu Ya
Allah... Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh arwah Arissa
tenang di sana dan ditempatkan di kalangan ahli syurga...Semoga
Aisyah tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan dan ujian dari
Allah... Amin...
Al-Fatihah
Innalillahiwainnailaihirojiun...Salam takziah kepada kluarga arwah....Al-Fatihah
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirojiun... Al-Fatihah... Syurga adalah tempat yang pasti untuk arwah adik Arissa..
ReplyDeletesalam takziah
ReplyDeleteorang hebat itu dugaannya hebat...
ReplyDelete