Novel pertama yang pernah dibaca

Thursday, September 04, 2014



Assalamualaikum wbt...
Novel nie memang first time saya baca dan inilah permulaan bagi saya untuk minat baca novel...sebelum nie memang tak menarik minat saya langsung.. Korang penah tak baca novel nie? Ianya mengisahkan seorang gadis bernama Nur Sayang yang bertemu dengan penyelamat hidupnya bernama Dr. Andrew... Nur Sayang diselamatkan oleh doktor itu dengan menggunakan sepasang kasut... Walaupun Nur Sayang berasa terhutang budi dengan doktor itu, tapi perasaan benci timbul apabila doktor itu sering menggelarkan dia sebagai 'Islam celup'....

Tambahan lagi, jiwa Nur Sayang tertekan yang amat kerana majlis perkahwinan dengan kekasihnya Kamil yang sering tertangguh dan Nur Sayang bukan gadis pilihan ibu Kamil... Nur Sayang bimbang tentang masa depannya yang mungkin akan berlaku sama seperti ibunya... Setelah Dr.Andrew gagal memurtadkan Nur Sayang, muncul pula Dr.Ehsan dalam hidup Nur Sayang, dan Dr. Ehsan ingin melamar Nur Sayang sebagai permaisuri hidup tapi ditolak mentah2... Akhirnya Dr. Ehsan merajuk dan membawa diri ke Palestin... Selepas tue, Nur Sayang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir tapi dia terperangkap dengan Revolusi Mesir menggulingkan presiden....Dan selepas tue.... korang bacalah sendiri... hehehe 

Yap, memang citer nie berkonsepkan Islamik sikit tapi ianya dapat memberi pengajaran dalm kehidupan kita... Macam kehidupan kita sekarang, ada yang naik dan ada yang turun.. Yang paling penting adalah apa saja yang berlaku atas diri kita nie adalah ketentuan Allah dan kita sebagai hambaNya perlu tenang dan anggap saja ini adalah ujian kita untuk kita kembali pada rumah kita yang asal.... hehehe apalah yang saya dok membebel nie... okeylah, jumpa lagi di entri seterusnya... 

Jaa, mata nee...

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧