Assalamualaikum,
Selamat
Hari Malaysia semua rakyat Malaysia... Kita patut bangga dengan
menjadi warga negara Malaysia, dilahirkan di Malaysia dan dibesarkan
di Malaysia kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan
diharapkan keamanan ini akan kekal buat selama-lamanya. Walaupun kita
berlainan bangsa, agama, budaya, ideologi politik tapi kita tetap
bersatu hati demi keamanan negara, betul tak?
Apa
perancangan awak semua untuk hari nie? Mesti ada yang balik kampung
masing-masing atau pergi bercuti ke mana-mana tempat yang menarik di
Malaysia kan... Saya pun teringin nak balik kampung jugak tapi
memandangkan masa terbuang dalam perjalanan pergi dan balik, maka
saya cuma duduk di rumah aje sambil membuat kerja-kerja rumah....
Semalam, saya bertindak (amboii ayat...hehehe) mengemas bilik yang
dijadikan mini library + tempat simpanan barang-barang + tempat rak
pinggan, dengan mengalihkan susun atur tempat... Dah lama saya tak
buat kerja-kerja mengalih perabot nie., dan saya buat pengalihan
perabot pada waktu malam sebabnya, ntah.... Sejak kecik lagi saya
memang suka buat kerja-kerja mengemas pada waktu malam, mungkin sebab
waktu malam lebih sejuk dan tidak terlalu panas jika dibandingkan
dengan waktu siang... Lagi satu , bila dah penat buat kerja-kerja
tue, saya akan cepat sikit mengantuk dan tidur...
Okey,
jumpa lagi di entri yang berikutnya... Jaa, oyasumi....
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧