Salam
Maal Hijrah...
So,
apa azam awak suma di tahun baru nie? Hehehe sori sebab saya selalu
tanya soalan yang sama, tapi tak kisahlah apapun azam awak, Insha
Allah, Allah akan memperkenankan apa yang awak doakan... Apa yang
penting kena usaha dulu then baru tawakal kepada Allah, kan...
Musim
haji telah pun berlalu, dan dah ada di kalangan jemaah haji yang
balik ke Malaysia.. Pada mereka yang dapat haji mabrur, mabruk
'alaika / 'alaiki... Pada kawan-kawan yang kehilangan keluarga semasa
mereka menjalankan ibdah haji, takziah saya ucapkan, Insha Allah awak
akan berjumpa mereka semula di hari akhirat nanti, dan Insha Allah
akan bersama semula dengan mereka... Nenek sedara dan bapa sepupu
saya saya jugak ada buat haji pada tahun nie, dan Insha Allah lusa
kot mereka akan sampai di Kuala Terengganu, nak balik jugak tapi cuti
tahunan saya cuma tinggal 4 hari saja... Insha Allah, lain kali jika
ada masa kelapangan, saya akan berjumpa dengan mereka...
Okeylah,
Insha Allah kita akan berjumpa lagi di episod yang akan datang...
hehehe dah macam iklan tv plak kan... Tata
Salam
ceria di hari Khamis...
Well,
sekarang berbalik pada realiti yang sebenar dan bermulalah semula
tugas saya yang biasa... Rasa macam pelik sikit nak bekerja
disebabkan kita dah bercuti semalam, pelik tue maksud saya macam
Monday blues yang selalu saya alami, hehehe tapi mana boleh
bermalas-malasan lagi kan...
Hari
nie lengkaplah LNPT dan SKT saya dan telah siap dihantar untuk
dinilai, awak suma dah siap ke buat LNPT? Baik buat sekarang sebab
masa nie line HRMIS masih lagi lancar, nanti bila dah busy nanti
terkial-kial pulak... HRMIS nie rasanya semua staf government yang
pakai kan, jadi lebih kurang 2 juta orang lah yang memerlukan khidmat
HRMIS, satu line yang amat2 busy sekali... Saya pun ada cabaran jugak
buat HRMIS nie, bayangkanlah daripada pukul 9am tadi sampailah 3.46pm
baru siap diisi, tuepun jenuh jugak nak key in dan save satu
persatu,kalu tak suma yang saya buat tue akan hilang, sedih dan geram
hanya Allah saja yang tahu... Lepas nie saya takyah nak pening kepala
lagi nak buat LNPT dan SKT lagi dah, cuma tumpukan perhatian pada
kerja saja, Alhamdulillah...
Kita
sedang menghampiri pengakhiran bulan Oktober dan pada hari Sabtu nie,
bermulalah tahun baru buat kita semua...So apakah matlamat hidup awak
pada tahun depan? Dan apakah yang telah dicapai oleh kita pada tahun
nie? Hehehe dah macam pakar motivasi plak kan, yealah tue,...”Pakar
motivasi” la sangat... Hmmm, sekarang nie kat laman sosial tengah
kecoh pasal kempen “I want touch a dog” yang menjadi perbualan
hangat di kalangan kita, well...macam saya cakap dululah, saya taknak
komen apa-apa...terpulang pada empunya kita nak komen camne, sebab
saya pun kurang arif sangat dalam ilmu agama, cuma sedikit terkilan
bila ada di kalangan kita yang tidak mengendahkan nasihat dan teguran
daripada para ulama... Kita yang mempunyai kekurangan ilmu agama,
kenalah dengar dan minta pendapat pada orang yang mempunyai ilmu
agama yang tinggi supaya kita tak tersasar daripada jalan yang
sebenar... Ntahlah saya pun tak faham dengan sikap segelintir
manusia...
Lepas
tue, citer pasal kemalangan superbike yang berlaku di Highway Karak
baru2 nie, memang sedih rasanya, walaupun mangsa kemalangan tidak ada
kena mengena dengan saya...Dengar citer, sikap orang-orang kita yang
tidak memberi signal untuk masuk side jalan yang menyebabkan
kemalangan dan kematian... Yang nie memang betul sebab saya pun
selalu alami perkara sebegini... Sikap segelintir orang-orang kita
yang tak bagi signal memang sesuatu yang menyusahkan orang lain,
disebabkan nak elak daripada dia melanggar kita, tanpa sedar kita pun
akan menyebabkan orang lain akan trbabit sama... Saya pun nyaris2
jugaklah nak alami kemalangan disebabkan nak elak kereta daripada
bertembung akibat secara tiba-tiba dia menukar laluan tanpa beri
signal...
Okeylah,
setakat nie dulu nukilan saya... Pada keluarga mangsa kemalangan,
saya ucapkan takziah kepada anda semua dan semoga anda tabah untuk
menghadapi dugaan ini... Jaa mata nee...
Starlavenderluna
Selamat
hari Rabu dan salam ceria semua...
Sori
banyak-banyak sebab saya tak dapat nak update entri baru2 nie disebabkan
saya mengikuti kursus kaunter selama dua hari di opis saya
nie...hehehe Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan
Alhamdulillah saya telah berjaya mendapat tujuh hari kursus dalam
setahun...Fuhhh memang happening btul kursus kaunter kali nie, tapi
yang tak seronoknya tang makanan, walaupun sedap tapi sebab tak
mencukupi, dengar citer katering yang diambil adalah yang baru
mendapat kontrak dan bukannya katering yang selalu diambil kontraknya
iaitu Surimas...
Well
nie la gambar-gambar yang sempat di snap oleh member opis saya...
Macam2 aktiviti yang kami jalankan antaranya yang famous main
permainan “benggong2”... hehehe bukannya gelaran pada orang tau,
tapi satu permainan di mana kami dikehendaki mempunyai 3 orang rakan
dan kami perlu melakonkan babak di mana bila fasilitator nie berkata,
jadi “fire”, rakan yang tengah perlu melakonkan babak bunyi siren
bomba iaitu “benggong2” manakala dua lagi rakan perlu melakonkan
babak memancut air...kemudian bila fasilitator berkata jadi “bomba”,
rakan yang tengah perlu lakonkan babak makan tembikai, yang dua rakan
lagi perlu lakonkan babak membuang biji tembikai...hihihi tue salah
satu permainan yang kami buat, ada jugak kami buat simulasi lakonan,
buat tarian chicken dance dan macam-macam lagi...
Oh ya! Sempena dengan cuti perayaan Diwali nie, saya nak ucapkan “Selamat Hari Diwali” kepada rakan2 yang beragama Hindu... Awak suma pergi mana hari nie? Saya baru aje bercadang nak beli sikit barang dapur tapi sekarang nie hujan pulak turun diikuti dengan ribut petir yang kuat, kadangkala gerun rasa di hati bila mendengar dentuman guruh yang amat kuat petir sabung menyabung...Tak terbayang di fikiran bila ribut yang kuat melanda di negara2 lain, dengan kerugian yang berjuta-juta dolar tue, Ya Allah....
Okeylah, setakat dulu entri saya hari nie sebab bunyi guruh semakin kuat, Insha Allah kita akan berjumpa lagi di lain entri... Jaga diri awak yea... Jaa mata nee...
Salam ceria di hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari...
Hope sumanya sihatlah hendaknya... Kejap aje masa berlalu, pejam celik pejam celik hari nie kita dah memasuki hampir pertengahan bulan Oktober, kan.... Keja pun macam biasa aje, ada masa sibuk dan ada masa santai (means takde pelanggan yang masuk ke library)... Saya memang 8 jam bertugas di kaunter perkhidmatan sebabnya saya masih tak mempunyai meja kerja... huhuhu nak buat camne, redha ajelah dengan pemberian jabatan, tapi tue lah susah sikit saya nak buat keja nie sebab tak mempunyai PC sendiri... PC yang saya pakai sekarang adalah PC server sistem dan tak boleh guna internet selalu sebab takut jadi effect pada PC server sistem, naya nak install semula sistem tue, sebab kena telefon vendor dan sebagainya... Laptop saya pulak buat hal pada monitornya, asyik bling-bling aje, tue lah Insha Allah nanti saya nak beli laptop baru, takpun netbook ke di mana harganya lebih murah daripada laptop...
Tapi saya kena guna jugak internet sebab nak mencari dan menyimpan suma pekeliling-pekeliling keluaran JPA, Kem. Kewangan, MAMPU dan sebagainya untuk dijadikan panduan kepada staf kat sini...Yang tue memang salah satu kerja saya, mengadap internet untuk cari bahan maklumat yang berkaitan dengan kerja...Kadangkala kalu rasa rajin, saya akan mengemaskini blog library dan facebook page library...hehehe jangan tak tahu, library saya pun ada facebook page tersendiri tau dan adminnya dah tentu saya dengan bos saya... Tapi tau ajelah kan kalu kita mengadap PC nie selama 8 jam bekerja, mata jadi pedih dan mengantuk...hehehe (promote sikit) sebab tue saya sembur serum mawar kat wajah saya agar menjadi segar semula, dengan keharuman bau mawar tue sendiri akan menaikkan semangat nak bekerja semula... Harganya murah aje awak, cuma RM19.90 jea untuk satu botol bersaiz 70ml... Kalu awak nak, call atau sms ataupun awak whatsapp saya di nombor 019-9884032 untuk pembelian... Yang bagusnya serum nie adalah serum nie boleh diletakkan di dalam peti ais untuk memberi impak yang luar biasa...Saya tak penah jumpa serum wajah yang boleh diletakkan di dalam peti ais, mungkin ada mungkin takde tapi inilah yang sebenarnya berlaku... Memang harum dan sedap bau dia awak, sebab dia guna 100% pati mawar dan yang paling best tue, ianya tak dicampur dengan alkohol...Kadangkala sebelum saya solat, saya spray dulu wajah saya, then baru solat..Yea lah nak mengadap Yang Maha Pencipta kenalah wangi-wangi sebab Allah kan suka pada yang wangi-wangi...
Well, minggu depan saya akan mula berkursus tapi dalam opis nie jea, kursus kaunter berkualiti... Tue jea kursus yang ada, sebab nak dapatkan kuota 7 hari setahun bukan senang, jenuh cari kat INTAN dan PNM tapi tak dapat-dapat....Yealah, nak isi LNPT dan SKT nanti kena ada kursus kalu tak markah akan jadi kurang, tapi okeylah markahnya... Kursusnya dua hari jea dan lepas tue cuti umum Deepavali dan hari Sabtu nie cuti Maal Hijrah... Allahu Rabbi, dah nak masuk tahun baru dah kita kan....So apa azam awak suma pada tahun depan? Insha Allah mudah-mudahan sumanya akan dimakbulkan oleh Allah SWT... Apa yang penting usaha dulu yea, dan Insha Allah, Allah akan makbulkan permintaan kita... Hanya Allah saja yang dapat makbulkan permintaan kita dan jika itulah ketentuanNya, kita perlu redha dan berlapang dada dan bersangka baik sebab setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang kita sendiri tak tahu... Allah adalah sebaik-baik perancang... hihihi ceramah lagi... Saya pun masih lagi dalam alam pembelajaran untuk pencarian ilmu akhirat, mana yang saya tahu, Insha Allah saya akan kongsikan pada awak suma... Mana yang saya silap, itu adalah daripada kekhilafan saya sendiri dan awak pun boleh tegur saya jika ada kesilapan... Sebab tuelah kita suma perlu saling ingat mengingati agar kita suma berada di laluan yang diredhai oleh Allah..
Okeylah, rasanya setakat nie dulu nukilan saya...Insha Allah, jika ada kelapangan, kita jumpa lagi... Fii Amanillah...
Selamat
sejahtera di hari Khamis, diharap semuanya sihat-sihatlah
hendaknya... Al-Hamdulillah syukur pada Allah kerana kita suma masih
diberi peluang untuk bernafas dan diberi kenikmatan yang cukup banyak
kepada kita suma... Apa yea berita yang menarik hari nie? Sekarang
nie mesti musim exam kepada adik-adik/anak-anak kita, kan...Hanya
tinggal 2 bulan lagi sesi persekolahan akan tamat dan akan bermula
episod sesi yang baru.... Saya teringat masa di zaman persekolahan
dulu, masa cuti sekolah lah yang ditunggu-tunggu sebab dapat cuti
panjang, tapi bila cikgu berikan keja rumah untuk dibuat, saya
cepat-cepat habiskan buat pada minggu pertama cuti, sebabnya hari
lain, taknak berserabut otak nak buat keja rumah, tapi cuti akhir
tahun yang paling best sebab takkan ada keja sekolah, hehehehe...
Kalu time hari biasa, saya lebih suka buat keja rumah pada waktu
malam sampai ke pagi, ditemani oleh radio dan kaset lagu...Saya tak
suka buat keja rumah di waktu petang sebabnya suasana yang bising
dengan hiruk pikuk suara adik-adik saya...
Bila
dikenangkan zaman tue, terasa ingin kembali semula di alam
persekolahan, hehehe...mesti awak suma berasa begitu kan, pelik
yea... Masa di zaman kecik, kita tak sabar untuk menjadi dewasa sebab
nak pegang duit sendiri, tapi bila kita dah dewasa, kita terasa ingin
kembali di zaman kanak-kanak sebab kita tak payah nak fikir tentang
masalah kehidupan... Sebenarnya kenangan-kenangan itulah yang
mematangkan kehidupan kita dan mendewasakan kita...Setiap zaman yang
kita lalui, mesti ada dugaan yang tersendiri dan sampai sekarang kita
masih mencari jalan untuk menyelesaikan dugaan itu, dan itulah
gunanya akal, betul tak? Kenangan suka dan duka yang kita alami tue
adalah menjadi rencah hidup dan kadang-kadang boleh dijadikan panduan
semasa kita mendidik anak-anak kita... Mungkin ada anak-anak kita
yang akan melakukan apa yang kita penah lakukan dulu dan kita dah
tahu akan akibatnya, maka dengan pengalaman yang lepas tue yang akan
menjadi bimbingan dan panduan kita untuk mendidik mereka.... hihihi
dah macam sesi kaunseling pulak kan, saya cuma cakap apa yang
terlintas di fikiran dan mengikut logik akal, betul ke tak
wallahuallam...
Well,
kita tinggalkan kejap pasal zaman kanak-kanak riang kita, berbalik
pada realiti yang sebenar.. Pembentangan bajet 2015 sudah berlalu
jadi apa perancangan awak seterusnya? Mesti sekarang nie tengah kecoh
pasal pemberian bonus dan sudah pasti ada yang tidak berpuas hati
dengan pemberian bonus tue...Saya takdelah nak komen apa-apa cuma
bersyukur atas apa yang telah diberikan, jika takde bonus pun, nak
buat camne kan... Kadang-kadang saya jadi pelik bila isu bonus
dijadikan viral dan perbincangan semasa, dan macam biasalah ada yang
setuju dan ada yang tak setuju, kadangkala ianya menjadi pergaduhan
maya di laman sosial, yang paling menjadi batu api bila 'keyboard
warrior' mula masuk campur....Naik pening saya baca status
masing-masing dan sebab tue jugak saya jarang nak bukak fesbuk lagi,
lagi menambahkan dosa adalah...huhuhu...
Okeylah, Insha Allah nanti kita jumpa lagi yea....Fi Amanillah...
Assalamualaikum,
Haiii... macam-macam hal yang berlaku sekarang nie kan... yealah, awak suma ada tengok tak video puting beliung yang melanda di pendang, kedah petang semalam? Agak menakutkan jugak, yealah perkara nie adalah yang pertama dalam sejarah negara kita, sebab selalunya yang terjadi adalah fenomena belalai air... Rasa dah macam dekat USA tue kan, sama macam citer National Geographic, tapi nasib baik tak banyak kerosakan yang berlaku, tapi tak banyak pun adalah 10 buah rumah yang alami kerosakan... Saya harap agar mangsa yang terlibat dapat sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan sebegini... Lepas tue dengan kejadian ribut yang berlaku di KL semalam jugak agak menakutkan sampaikan dinding rumah flat tercabut... Sekarang nie pun memang musim tengkujuh jadi kita suma patut berjaga-jaga daripada sekarang untuk menghadapi sebarang kemungkinan...
Haiii... macam-macam hal yang berlaku sekarang nie kan... yealah, awak suma ada tengok tak video puting beliung yang melanda di pendang, kedah petang semalam? Agak menakutkan jugak, yealah perkara nie adalah yang pertama dalam sejarah negara kita, sebab selalunya yang terjadi adalah fenomena belalai air... Rasa dah macam dekat USA tue kan, sama macam citer National Geographic, tapi nasib baik tak banyak kerosakan yang berlaku, tapi tak banyak pun adalah 10 buah rumah yang alami kerosakan... Saya harap agar mangsa yang terlibat dapat sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan sebegini... Lepas tue dengan kejadian ribut yang berlaku di KL semalam jugak agak menakutkan sampaikan dinding rumah flat tercabut... Sekarang nie pun memang musim tengkujuh jadi kita suma patut berjaga-jaga daripada sekarang untuk menghadapi sebarang kemungkinan...
Nak basuh baju pun kadang-kadang terpaksa sidai dalam rumah disebabkan cuaca yang hujan sepanjang hari...Nasib saya duduk seorang jadi takdelah saya banyak basuh baju, cuma basuh baju kerja saje... Tengoklah macam sekarang, mendung aje cuaca hari nie, aircond dalam opis pun memang sejuk tapi saya suka dengan keadaan camnie.. hehehehe kadang-kadang teringin jugak nak main salji di negara 4 musim, tapi kalu awak tanya saya ke mana saya nak pegi, saya sebenarnya teringin nak pegi ke Jepun...Sebab di negara tue mempunyai banyak taman yang cantik dan dikatakan canggih tue, jadi saya nak tengok sendiri camne kecanggihan teknologi yang ada di sana... Nie sebab gara-gara saya tengok citer Khawater dalam tv Al-Hijrah, mereka ada membuat perbandingan antara negara-negara Islam dan Jepun... Mereka bukannya menyanjungi Jepun tue tapi sikap dan budaya Jepun tue sendiri, contohnya mereka membuat perbandingan cara penggunaan tandas, cara buang sampah dan macam-macam lagi yang sepatutnya dah ada nilai-nilai murni dalam Islam tue sendiri... Bila tengok perbandingan tue, rasa macam malu dengan diri sendiri pun ada, sebab orang Jepun dah mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian mereka walaupun mereka bukan beragama Islam, tapi kita nie yang beragama Islam tak menerapkan nilai-nilai murni... Saya bagi contoh, tandas di masjid, ada sebahagian memang bersih dan cantik tapi selebihnya Masha Allah,...saya pun tak tahu camne nak gambarkan suma tue, dengan sikap kita sendiri yang tak menjaga kebersihan tandas dan semata-mata mengharapkan AJK masjid yang lakukan suma tugas tue...Padahal yang guna adalah masyarakat dan bukannya ahli AJK tue saja, kan... Lepas tue, mereka buat perbandingan cara kita menyusun kasut, orang Jepun menyusun kasut dengan elok dan rapi dan diletakkan di rak kasut tanpa menyepahkannya... Cuba tengok dekat masjid, ada rak kasut tapi ianya cuma jadi perhiasan saja, banyak kasut kita berselerak di sana sini, bila hilang mula menyumpah dalam hati, padahal kita sendiri yang mencari penyakit... Saya bukan nak sakitkan hati pada masyarakat tapi bila tengok rancangan tue, sedikit sebanyak saya pun terasa malu jugak sebab orang bukan Islam mengamalkan nilai-nilai murni Islam tue sendiri... Awak cubalah tengok rancangan Khawater tue, sebab memang banyak pengajaran dan pelajaran yang kita boleh nampak dari situ... Waktunya saya kurang pasti pukul berapa tapi memang disiarkan pada waktu malam... bahasa yang digunakan adalah bahasa Arab tapi ada translate la...Oh ya! Rasanya malam nie kot ada rancangan Khawater nie, pukul 8.30pm , trylah tengok, mesti ada banyak info yang awak suma boleh dapat...
Ada satu lagi yang saya suka tengok rancangan nie, iaitu Fattabiouni iaitu sebuah rancangan yang mendedahkan tentang sunnah-sunnah Rasulullah SAW selaras dengan gaya hidup kita sekarang dengan cara yang ringkas tapi padat... Rancangan nie pun disiarkan pada waktu pagi dan malam... Saya suka tengok nie bukan apa, kadang-kadang nak membaca hadis pun agak susah jadi dengan ada rancangan nie, saya boleh tahu tentang sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang begitu banyak sekali yang kita tak tahu...Kita perlu jugak tengok rancangan ilmiah sebegini agar kita dapat pengajaran dan pelajaran baru, saya pun suka jugak tengok citer-citer ringan, seperti citer komedi ke, citer perang ke atau citer cinta ke tapi biarlah seimbang dengan ilmu akhirat... Nak pegi masjid untuk dengar syarahan agama kadang-kadang tue liat jugak jadi dengan adanya media massa yang canggih sekarang nie, rasanya takde kot alasan yang dicipta untuk kita tak mencari ilmu akhirat kan..
Okey,
jumpa lagi di lain entri... Fii Amanillah...
Salam
di hari Rabu yang ceria... Hope semuanya sihatlah hendaknya dan
semoga kita semua dilindungi oleh Allah SWT... Al-Hamdulillah rasa
bersyukur sangat-sangat kerana Allah masih lagi memberi peluang
kepada kita semua untuk menikmati keindahan dan sentiasa bersyukur
dengan kurniaanNya... Tapi tuelah, segelintir di antara kita ada yang
tak mengenal erti kesyukuran dan mereka seakan-akan lupa tentang
perjalanan kita yang sebenar... Kadang-kadang terfikir juga saya
mengapa segelintir manusia tak tahu camne nak meneruskan perjalanan
yang lurus, walaupun mempunyai jalan yang berliku tapi sentiasa ada
panduan...
Hehehe
naik pening jugak kan fikir tentang masalah manusia... sebab tue saya
tak berapa suka sangat nak berceloteh tentang masalah manusia nie,
memeningkan kepala aje... Kehidupan mesti diteruskan dan kita sebagai
manusia takkan dapat lari daripada ditimpa kesusahan sebab Allah nak
lihat sejauh mana kita ingat pada Dia....Adakah kita menghadapi
dugaan dan kesusahan ini dengan tenang atau sebaliknya? Saya sendiri
pun mempunyai masalah dan hanya Allah saja tempat saya mengadu
masalah jika saya tiada penyelesaian, dengan cara istikharah... Saya
tak kisah dengan pandangan orang lain sebab mereka tak tahu isi hati
saya yang sebenarnya tapi Allah tahu segala-galanya... Apa yang
berlaku pada saya sekarang adalah ketentuan yang Allah dah tetapkan
untuk saya dan saya sebagai hambaNya, kenalah redha dan berlapang
dada... Sebabnya saya tahu Allah mempunyai rancangan yang cukup hebat
untuk kehidupan saya seterusnya... Hope awak pun camtu jugaklah,
yea... La Tahzan, Insha Allah, Allah sentiasa beri bantuan kepada
kita dengan syarat kita kena mengadu pada Dia dan bukannya
perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah...
Pada
kawan-kawan yang satu opis tue, awak suma dah isi ke LNPT dan SKT
untuk tahun nie? Hehehe ingat tau dateline dia sampai 15 November
nie, isilah mana yang sepatutnya kena isi dan kalau boleh isilah
awal-awal supaya line HRMIS tak busy... Maklumlah bukan kita aje yang
gunapakai HRMIS nie, hampir seluruh kakitangan kerajaan yang
menggunakan sistem nie... Saya pun tak isi lagi sebab pada 20hb nie
saya nak pegi kursus kaunter berkualiti di Dewan Sutera, JBPM..
hehehe dekat aje... Nanti lepas habis kursus baru saya akan isi HRMIS
tue.... Tahun lepas saya dah dapat APC dan Insha Allah saya akan
pertingkatkan lagi mutu perkhidmatan saya di masa akan datang,
sumanya kerana Allah dan bukan kerana anugerah sesebuah jabatan...
Saya amat sukakan pekerjaan saya nie dan Insha Allah ianya akan
berkekalan hingga saya bersara nanti...Amboiii Cik Shikin, dah
terfikir nak bersara ke? Hehehe lambat lagi nak bersara... Dulu saya
penah jugak dapat cuti lama, memang boring duduk di rumah sebab takde
sapa yang berada di dalam rumah tue... Lainlah jika saya mempunyai
anak-anak, Insha Allah kalu Allah bagi rezeki anak pada saya, adalah
tue... Saya sentiasa peringat pada diri saya yang bukan saya saja
yang menghadapi dugaan ini, malah saya sentiasa teringat pada kisah
Nabi Allah Nabi Zakaria yang mempunyai anak semasa baginda sudah
lanjut usia... Bertahun-tahun Nabi Zakaria berdoa pada Allah agar
dikurniakan zuriat, dah lama baru Allah kurniakan zuriat pada Nabi
Zakaria... Sedangkan Nabi Zakaria yang seorang Rasul pun diberi ujian
sebegitu, kenapa kita tak dapat hadapi ujian sebegitu tue, betul tak?
Bila masyarakat bertanya perihal anak-anak, saya memang akan menjawab
jawapan yang sebegitu, baru mereka akan berdiam diri... Satu lagi
jawapan yang saya selalu bagi pada mereka yang tak sensitif pada diri
seseorang, iaitu “kalu Allah tak izin saya dapat zuriat, sapa saya
untuk menentang ketentuan Allah? Walau kita berusaha banyak mana
sekalipun, kalu Allah tak izin, tak menjadi jugak usaha
kita...Mungkin saya masih kekurangan ilmu lagi sebab tue Allah nak
kita pertingkatkan usaha dalam pencarian ilmu tue.. Jadi sentiasa
bersangka baik dengan suma perkara..” Walaupun kedengaran agak
kurang ajar tapi sekurang-kurangnya kita peringat pada dia yang
semuanya adalah ketentuan Allah dan bukan usaha kita seorang...
Selamat
sejahtera semua..
Awak
sihat ke hari nie? Hope sumanya sihat la, saya pulak yang tak sihat,
demam... baru hari nie masuk keja, semalam ambik cuti sebab demam,
huhuhu...sekarang nie memang musim demam, batuk dan selesema, tapi
saya cuma demam dan batuk jea.... Well, aritue kan saya bagitahu yang
saya nak jumpa seseorang, hehehe dah jumpa pun dengan si dia dan
family sekali... Diorang datang ke sini pada hari jumaat malam dan
balik ke Sungkai pada hari Ahad malam... saya dah demam pada hari
Ahad pagi, mungkin sebab terlalu penat sangat kot...
Yealah,
pada hari Sabtu, kami pegi ke Nilai 3 untuk mencari barang-barang
untuk pertunangan Mak Sue, lepas tue kami ke Alamanda Putrajaya, saja
jalan-jalan makan angin, kemudian si adik pulak nak main bowling, so
kami pun pegi lah main bowling sekejap, tup-tup masa berlalu dengan
cepat sekali...Esoknya tue, saya dan si dia pegi ke kedai pastri dan
kek untuk mencari bahan-bahan buat roti, sebab opah nak merasa roti
buatan sendiri...Secara kebetulan saya memang mempunyai bread maker
tapi jarang guna sebab saya tak tahu yang ada kedai jual
barang-barang pastri kat Salak Tinggi... Apa? Yea ke saya tak
bagitahu nama si dia? Okey, namanya Mohd Shahril Azmeeza Bin Mohd
Shahimi, dia tinggal di Sungkai, Perak dan dialah cinta hati saya
sekarang... Keluarga dia pun sememangnya menerima saya seadanya dan
Insha Allah saya harap keluarga saya pun begitu jugak... Mak dengan
ayah dia pun tak kisah tentang status saya sekarang, apa yang penting
adalah masa sekarang dan bukan masa dulu... Saya pun tak sangka saya
akan bertemu jodoh secepat nie dan saya juga berdoa agar bekas suami
saya pun akan bertemu jodoh yang lebih baik daripada saya... Walaupun
kami dah berpisah tapi doa saya pada dia tetap ada, biarpun mungkin
dia tak mendoakan saya... Takpelah, perkara yang lepas biarlah yang
lepas dan apa yang penting adalah kita mesti teruskan kehidupan
kita...
Mesti
awak suma terkejut kan, sebenarnya saya dan bekas suami dah hampir
setahun dah berpisah sebab takde jodoh antara kami... Yang lain-lain
tue biarlah rahsia saya dengan Allah saja, yang penting saya tak
kacau orang, dan sekarang nie saya masih lagi menetap di Taman Salak
Idaman, sebab rumah tue dibeli atas nama saya seorang... Nak balik ke
kampung rasanya takde dalam perancangan lagi sebab saya sayangkan
rumah nie dan itulah syurga saya sekarang... Saya harap agar suatu
hari nanti kebahagiaan akan menjadi milik saya hendaknya, Insha
Allah..
Okey, jumpa lagi next entry... Fii Amanillah, minna-san...
Salam
ceria di hari Jumaat yang mulia,
Dengar
citer hari ini adalah hari pembentangan bajet kan, so harap-harap
akan ada perubahan sedikit dari segi sosial dan ekonomi... Kalu yang
staf kerajaan, mesti ada di kalangan kita yang tengah tunggu bonus
atau kenaikan gaji, kan.. Just admit it, yea... saya pun tak
terkecuali tertunggu-tunggu tapi kalu takde disuarakan dalam
pembentangan tue, saya tak kisah pun...Ada rezeki adalah tue kan,
kalu takde nak buat camne kan, redha ajelah dengan suma tue... Hari
nie saya ambik cuti halfday sebab ada seseorang istimewa yang nak
saya bertemu dan bersua... hehehehe, Insha Allah, nanti saya akan
perkenalkan dia pada awak suma yea, sabar yea...
Eh..eh...dah 10hb Oktober yea...hihihi baru saya perasan akan tarikh nie, kejap aje masa berlalu, kan, cuma tinggal dua bulan aje lagi kita nak ke tahun seterusnya, umur pun semakin meningkat... Tentu banyak peristiwa dan ujian yang kita lalui di tahun nie, tue tandanya Allah menyayangi kita lebih dari segala-galanya... Saya pun tak terkecuali menjalani ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada saya dan saya bersyukur sangat-sangat sebab Allah menyayangi saya...Apa jua dugaan yang kita tempuhi, saya harap agar semuanya bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini, mungkin sekarang nie kita tengah bersedih dengan dugaan tapi Insha Allah, Allah akan beri kenikmatan kebahagiaan yang tak terhingga dan tak terjangkau di fikiran kita... Saya berpesan pada diri saya dan kawan-kawan saya jugak, jadi sama-samalah kita mengukir senyuman dan mengucapkan Al-Hamdulillah dengan ujian yang kita hadapi sekarang... Dan tak lama kita akan sambut tahun baru Islam, 1436H, jadi apa matlamat kehidupan awak suma sempena tahun baru nie? Matlamat saya adalah saya ingin menjadi seorang Muslimah yang sentiasa merendah diri pada Allah, ingin menjadi seorang insan yang berguna di dunia dan di akhirat dan ingin menjadi seorang isteri dan ibu yang dikasihi oleh keluarga (Insha Allah)... Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya, itulah ayat yang sering bermain di kotak fikiran saya... Segala apa yang berlaku nie adalah ketentuan Allah dan saya redha dengan suma nie, Al-Hamdulillah...
Huhuhu,
kita tinggal kejap kisah sedih nie, berbalik pada kehidupan semula...
Sekarang nie, mesti awak suma tengah sibuk nak isi LNPT dan SKT awak
suma kan, tapi macam biasalah mesti sistem HRMIS tengah busy
memanjang, jadi saya nak buat pelaksanaan nie hujung bulan nie,
secara kebetulan pulak saya kena pegi kursus pada 20 & 21hb
nie...Dekat mana? Hihihi kat opis jea pun, takde kenderaan, jadi
pandu kereta sendiri (ahaksss).... Bolehlah daripada takde kursus
langsung, memang susah juga nak dapatkan kuota kursus 7 hari setahun
sebab bukannya sikit bilangan staf yang nak berkursus... Dah
macam-macam kursus saya dah pegi sampaikan saya tak tahu nak ambik
kursus apa lagi... Sekarang nie lagi canggih sebab tak silap saya
INTAN ada buat kursus online, tapi susah jugak sebab kena bergantung
pada kelajuan internet opis... Masa tak terhad, tapi ada jam kredit
yang kita perlu penuhkan... Sekarang nie saya dah isi sebanyak 5
kursus online anjuran INTAN dan Insha Allah nanti saya nak
perbanyakkan lagi kursus online, jadi takdelah saya membuang masa
untuk pegi ke suatu tempat untuk berkursus.. Kursus yang lasak pun
saya memang nak pegi tapi keadaan sekarang tak mengizinkan, dari segi
fizikal aje... dari segi mental saya memang okey dan nak sangat pegi
kursus... Kat bomba nie memang ada banyak kursus yang lasak,
maklumlah bomba yang anjurkan, tapi takdelah selasak anggota bomba
yang sebenar, cuma pendedahan sikit-sikit jea... Kuota untuk masukkan
info dalam blog library pun rasanya cukup-cukup makan jea, sebabnya :
- line internet yang kejap-kejap okey, kejap-kejap KO
- Saya pakai PC server jadi saya takleh guna sangat PC nie sebab takut menganggu data-data server library
- Saya takde PC sendiri, ada laptop tapi monitor pulak yang rosak, huhuhu...
Okeylah,
cukup untuk hari nie... Jaa mata nee, minna-san...
Konnichiwa
minna-san...
Semoga
kita semua akan diberkati oleh Allah SWT...Rasa macam sihat aje suma
nie, tapi sihat-sihat pun kesihatan perlu dijaga apatah lagi dengan
keadaan cuaca sekarang, berjerebu dan nampak mendung... Awak nampak
ke gerhana bulan semalam? Saya sedih sikit sebab tak nampak gerhana
bulan disebabkan terlindung dengan awan mendung tapi bila tengok kat
dalam paper di Penang, Masha Allah, cantik betul gerhana bulan tue,
walaupun ianya bulan merah atau dikenali sebagai bulan berdarah...
Takpelah, walaupun saya tak dapat tengok secara 'live' tapi at least
ada jugak gambarnya kan...
Dulu masa hujan meteor jatuh ke bumi, saya pegilah tengok dan jenuh nak mendongak ke langit sebab nak tengok hujan meteor, tapi masa tue tak berapa nak nampak sebab terlindung dengan awan mendung..Bila ada gerhana bulan, saya tak diberi kesempatan untuk menyaksikan kebesaran Allah, takpelah benda dah lepas kan..
Hehehe nie nak citer pasal
produk yang saya promote aritue, ingat tak pada serum mawar?
Al-hamdulillah, walaupun saya tak pakai 100% produk mawar tue,tapi
serum nie memang first class yang penah saya jumpa... Sebelum nie
saya ada pakai produk Nivea Aqua Sensation iaitu produk berasaskan
air tapi tak tahan lama pakainya sebab fulus tak mencukupi walaupun
produk nie memang sesuai dengan kulit muka saya... Rasa macam moist
aje wajah saya nie bila saya pakai produk yang berasaskan air...
Kemudian saya mencari produk yang berasaskan mawar sebab saya masih
ingat lagi masa kecik-kecik dulu saya penah pakai air mawar untuk
mandian saya, masa tue saya tak reti lagi pakai deodorant seperti
sekarang dan air mawar tue saya sapu kat muka... Cari punya cari
akhirnya terjumpalah Serum Mawar Anti Aging nie, lalu saya beli untuk
satu botol dulu sebab takut tak serasi dengan kulit muka...Mula-mula
pakai memang tak terasa apa-apa perubahan tapi bila dan nak habis
serum tue sebotol, baru saya perasan yang wajah saya terasa moist
sangat-sangat...lagi satu yang saya perasan wajah saya terasa lembut,
sama seperti masa selepas saya pakai mud masker....tue yang saya
sentiasa pakai serum nie... Memang tak rugi pun beli sebab harganya
pun berpatutan sangat-sangat, sesuai dengan situasi kewangan
sekarang, hehehehe... Awak tengok nie testimoni salah sorang pengguna
produk Serum Mawar Anti Aging nie, lelaki you yang pakai, jangan
jeles.... hehehe
Okey,
sekian untuk nukilan saya pada hari nie... Jaa mata nee,
minna-san... sayonara...
So,
dengar-dengar citer daripada facebook malam nie akan berlaku gerhana
bulan penuh, jadi marilah sama-sama kita melakukan solat sunat
gerhana bulan sama-sama.. Serentak dengan itu, kebanyakan
masjid-masjid di seluruh negara akan melakukan solat sunat gerhana..
Tapi macamana nak tengok gerhana bulan yea sebab cuaca hari nie pun
mendung aje, aircond kat opis pun sejuk bukan main...Saya memang suka
suasana sejuk dan mendung nie berbanding dengan cuaca panas, tapi
cuaca panas tetap sahabat baik saya, bak kata Puspawangi dalam citer
“Musang Berjanggut” tue, “Panas sahabat baik manusia, panaslah
yang menyegarkan badan, dan panas jugaklah yang menghidupkan
tumbuh-tumbuhan. Kalu takde panas hamba akan mati, dan Tengku takkan
boleh hidup. Jadi jangan takut pada panas!”
Penat
betul rasanya mata nie, jenuh jugak nak mencari artikel yang menarik
untuk dimasukkan di dalam blog library JBPM, salah satu tugas hakiki
saya.. Dari satu majalah ke majalah yang lain, dari satu paper kepada
paper yang lain dan dari website ke website yang lain, sampai naik
juling bijik mata nie... Hehehe apapun, tugas tetap tugas dan saya
memang sayangkan tugas saya... Yealah, memang kita akan akui
kadang-kadang kehidupan kita akan membuatkan kita terasa letih tapi
itulah lumrah kehidupan seorang manusia...Daripada sejak lahir
sampailah ke liang lahad, kita takkan berhenti daripada menghadapi
dugaan demi dugaan, cuma atas kemampuan kita saja untuk mengatasi
dugaan tersebut... Saya jadi pelik jugak dengan manusia sekarang nie,
mudah sangat berputus asa dengan dugaan hidup, nie baru dugaan di
dunia, macamana agaknya dugaan kita semasa di Padang Masyhar nanti,
yea? Ya Allah, terasa macam kerdil sangat diri ini bila mengenangkan
suma tue... Suma orang ada masalah masing-masing, samada masalah yang
sekecik-keciknya dan masalah sebesar-besarnya... Saya pun tak
terkecuali lah mempunyai masalah, dan Insha Allah saya akan mengatasi
suma dugaan dan cabaran hidup nie... Kalu kita takde buah fikiran
untuk selesaikan masalah, mintaklah dengan Allah sebab hanya Allah
saja yang dapat memberi sedikit ilham kepada kita suma... hehehe kan
dah merepek saya nie.... harap-harap ianya tak mengganggu konsentrasi
awak suma... Well, saya taknak sentuh bab-bab isu semasa sebab kalu
sentuh isu semasa, mesti ada kontra positif dan negatif... Isu minyak
naik or whatever else memang tak menarik minat saya untuk kupaskan
suma tue, sebab bagi saya, tak guna jugak kalu dikupas-kupas jadi
lunyai sekalipun, perkara yang kita tak suka pasti akan berlaku
jugak....
Hehehe
sorilah kalu saya mula merepek dalam entri kali nie, bukannya apa,
naik pinar mata saya bila baca macam-macam komen kat dalam laman
sosial nie, dan sebenarnya saya memang menyampah sangat-sangat dengan
komen negatif tanpa ada kata-kata membina... Nak komen negatif tue
memang boleh tapi alangkah moleknya jika lepas dia memberi komen
negatif terus diberikan kata-kata semangat yang membina sebab
kehidupan kita memang ada kontra dan persamaan... Ada yang baik dan
ada yang jahat, ada yang positif dan ada yang negatif... Satu lagi
yang saya perasan, bisnes online, lebih-lebih lagi yang nak mencari
upline, nak 'sharing' etc.... Selalu sangat saya dapat kritikan yang
agak pedas dan mengguris perasaan, sebagai contohlah, saya nie
dikategorikan sebagai wanita obesiti dan adalah seorang hamba Allah
yang beronline dengan saya, mempromosikan barang-barang kecantikan
dan kelangsingan badan... Bila saya mengatakan yang saya tak mahu
dengan barang-barang tersebut, mulalah dia mengata saya yang
bukan-bukan, mencampur aduk dengan kehidupan peribadi saya sedangkan
dia tak tahu perkara yang sebenar... Mula mempersoalkan tentang
rezeki saya yang Allah dah berikan pada saya, dan macam-macam lagi...
Memang betul rezeki 9 daripada 10 adalah daripada perniagaan, tapi
apa-apa pekerjaan kita lakukan nie adalah perniagaaan jugak... Contoh
saya nie di dalam bidang perpustakaan, saya pun berniaga jugak dengan
cara berniaga guna tenaga dan pemikiran, macam awak suma nak sesuatu
bahan rujukan, dan awak tak tahu macamana nak cari bahan tersebut,
lalu awak mintak bantuan dari saya...Saya pun memberikan bantuan yang
awak inginkan, bukankah tue suma perniagaan, cuma bukan dengan wang
ringgit, tapi dengan pemikiran dan tenaga... Kita suma melakukan
perniagaan, betul tak? Cuma berbeza dari segi cara kita berniaga
saja... Saya pun buat online bisnes jugak tapi saya takdelah memaksa
seseorang tue untuk beli barangan online saya, mana yang nak beli,
saya alu-alukan, mana yang taknak beli, saya senyum dan cuba lagi...
Sebabnya saya tahu yang menggerakkan hati seseorang untuk beli
barangan online saya adalah ALLAH SWT... Jika Allah beri keizinan
kepada saya, Insha Allah saya pasti akan dapat menjual barangan
tersebut... Jika Allah tak izin, mesti ada sebab tertentu kenapa saya
tak diizinkan oleh Allah...Jadi kenapa saya perlu bersusah hati
dengan dugaan nie, kan?
Okeylah, dah panjang berjela rasanya nukilan saya hari nie... Apapun, hidup mesti kena sentiasa gembira dan redha dengan kehidupan... Usaha tetap usaha dan selebihnya kita berserah pada Allah sebab hanya Allah saja yang dapat membantu kita untuk berada di landasan yang betul, Insha Allah...
Jaa
mata nee minna-san... sayonara....
Well,
awak suma apa khabar? Camne raya Aidiladha baru-baru nie? Mesti ada di kalangan
kita yang masih bercuti kan dan ada pulak (termasuk saya) yang dah masuk kerja…
Tapi memang menjadi kebiasaan kita kan, kalu cuti panjang aje, mesti rasa
kemalasan nak bekerja tue akan ada dalam diri masing-masing… Hope that will be
not last forever… Okey, entri saya untuk kali nie adalah berkaitan dengan petua
orang zaman dahulukala, yealah kadang-kadang petua mereka sangat berguna dan
tengoklah bagaimana mereka menjaga kesihatan mereka meskipun mereka akan
mengalami sakit-sakit… Sumber alam semulajadi yang Allah kurniakan kepada kita
sangat besar manfaatnya cuma kita sajalah yang mencorakkan bagaimana nak
memanfaat sumber tue…
Okey,
taknak cakap banyak, jom kita baca info nie, manalah tau ianya akan berguna
untuk awak suma nanti… Well, selamat mencuba… Jaa mata nee, minna-san…
Kurangkan
dengkur
Tumbuk
lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah
beberapa minit sebelum tidur.
Merawat
senggugut
Tumbuk
lumat segenggam halia dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia
mendap barulah diminum, dimulai dengan selawat.Insha Allah senggugut akan
hilang.
Lentikkan
bulu mata
Ambil
daun lidah buaya, potong dua untuk mendapatkan lendirnya. Sebelum masuk tidur,
sapukan lender daun lidah buaya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata
semakin lentik.
Melebatkan
rambut
Ramas
daun bunga raya yang bersih sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan
campurkan dengan sebiji telur ayam kampung berserta dengan sesudu madu lebah.
Gaul sekata dan sapukan pada rambut. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit.
Kemudian, cuci rambut hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
Tiada
lagi parut
Ambil
sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan
terlalu cair. Sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering.
Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.Insha Allah ia amat
berkesan untuk menghilangkan parut.
Kulit
cerah, licin
Ambil
sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada wajah dan
seluruh badan. Insha Allah, kulit akan cerah, licin dan harum.
Rambut
lembut
Bersihkan
secekak kangkung dan masukkan ke dalam bekas yang berisi enam cawan air suam.
Ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Sapukan lendir pada seluruh rambut
dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama
dua minggu.
Hilangkan
ketuat
Sapukan
getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu
kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan
mongering dan luruh sendiri.
Selamat
tinggal jerawat
Rebus
segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai-kedai India) di
dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada
jerawat. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari.
“
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan.
Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu
penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi
menyerikan lagi keindahannya.”
Selamat
Hari Raya Aidiladha minna-san… Camne raya korang tahun nie? Ada yang buat
ibadah korban ke? Atau kunjung mengunjungi di rumah sanak saudara dan sahabat
handai? Apapun mesti seronok kan beraya bersama-sama dengan family tersayang…
hehehe saya pun tak terkecuali… Tahun nie berlainan sikit sebab almost of my
family beraya di Sepang… For the first time mereka beraya di luar Terengganu,
that’s a new record in my family’s history…
Well,
hari nie ummie masak nasi minyak untuk santapan di pagi raya… Semalam ummie
buat laksa berkuahkan putih, nama pun laksa Terengganu, memang terkenal dengan
kuah laksa yang berwarna putih… Kami suma tak ke mana-mana tapi pada waktu
petang tadi, saya dan adik beradik pegi melawat KLIA 2, saja jalan-jalan makan
angin… Dan untuk kali pertama adik-adik saya menaiki ERL, yang sebenarnya dah
lama saya nak bawak mereka naik ERL nie, baru sekarang dapat berkesempatan
menaikinya… Harga tiket pun murah aje, cuma RM3.20 seorang, tapi pelik jugak
sebab harga tiket ke KLIA adalah RM3 jadi mungkin ada tambahan RM0.20 jea…(hehehe
nie takde kena mengena langsung dengan kenaikan minyak yea)…And korang nak tahu
KLIA 2 nie almost the same with the shopping complex of KLCC, banyak butik yang
berjenama mahal terdapat dijual di sana… Hanya orang yang berduit banyak saja
yang dapat membeli belah di sana… Orang yang kurang berkemampuan (macam saya)
hanya mampu memandang aje… Tapi saya memang bukan jenis yang suka membeli belah
pun..Nak beli sandal pun tunggu sandal yang saya pakai sekarang nie putus
talinya, barulah saya akan beli yang baru…Camtu jugak dengan handbag, tunggu
putus talinya dulu baru saya akan beli yang baru… Nak kata saya kedekut ntahlah
tapi memang nie spesis saya kot…hehehe…Kami pegi ke sana dalam masa 1 ½ jam
sebab secara kebetulan Azie nak buat self check kat kiosk Air Asia, sebab masa
cuti Deepavali nanti, dia akan balik ke Terengganu dengan menaiki flight Air
Asia… Lepas tue kami pun balik ke rumah dan sempat makan keropok lekor yang
ummie saya rebuskan (yummyyyy)…
Esok ummie dan adik-adik akan pulang ke Terengganu dan mereka akan bertolak pada waktu pagi... Esok pagi ummie kata ummie nak masak nasi kuning, salah satu makanan favorite kami suma... Azie jugak akan balik esok dan ummie akan hantar dia balik memandangkan suami Azie tak pasti akan sampai pukul berapa dari Rantau Panjang...Dah sah-sah jalan akan jammed esok sebab kebanyakan warga kota akan pulang ke KL esok... Apapun kita tunggu berita untuk esok yea... Okey,
sekian berita disampaikan…hehehehe jaa mata nee, minna-san…
Saya
meminta KEKUATAN
Dan
Allah memberi saya kESULITAN untuk membuatkan saya KUAT.
Saya
bertanya tentang KEBIJAKSANAAN
Dan
Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN.
Saya
meminta untuk KEMAKMURAN
Dan
Allah memberi saya BAHAYA untuk DIATASI.
Saya
meminta CINTA
Dan
Allah memberi saya orang-orang yang
BERMASALAH untuk DIBANTU.
Saya
meminta NIKMAT
Dan
Allah memberi saya PELUANG.
Saya
TIDAK MINTA apa-apa untuk DIRI SAYA,
Tetapi
saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons