Selamat
sejahtera semua..
Awak
sihat ke hari nie? Hope sumanya sihat la, saya pulak yang tak sihat,
demam... baru hari nie masuk keja, semalam ambik cuti sebab demam,
huhuhu...sekarang nie memang musim demam, batuk dan selesema, tapi
saya cuma demam dan batuk jea.... Well, aritue kan saya bagitahu yang
saya nak jumpa seseorang, hehehe dah jumpa pun dengan si dia dan
family sekali... Diorang datang ke sini pada hari jumaat malam dan
balik ke Sungkai pada hari Ahad malam... saya dah demam pada hari
Ahad pagi, mungkin sebab terlalu penat sangat kot...
Yealah,
pada hari Sabtu, kami pegi ke Nilai 3 untuk mencari barang-barang
untuk pertunangan Mak Sue, lepas tue kami ke Alamanda Putrajaya, saja
jalan-jalan makan angin, kemudian si adik pulak nak main bowling, so
kami pun pegi lah main bowling sekejap, tup-tup masa berlalu dengan
cepat sekali...Esoknya tue, saya dan si dia pegi ke kedai pastri dan
kek untuk mencari bahan-bahan buat roti, sebab opah nak merasa roti
buatan sendiri...Secara kebetulan saya memang mempunyai bread maker
tapi jarang guna sebab saya tak tahu yang ada kedai jual
barang-barang pastri kat Salak Tinggi... Apa? Yea ke saya tak
bagitahu nama si dia? Okey, namanya Mohd Shahril Azmeeza Bin Mohd
Shahimi, dia tinggal di Sungkai, Perak dan dialah cinta hati saya
sekarang... Keluarga dia pun sememangnya menerima saya seadanya dan
Insha Allah saya harap keluarga saya pun begitu jugak... Mak dengan
ayah dia pun tak kisah tentang status saya sekarang, apa yang penting
adalah masa sekarang dan bukan masa dulu... Saya pun tak sangka saya
akan bertemu jodoh secepat nie dan saya juga berdoa agar bekas suami
saya pun akan bertemu jodoh yang lebih baik daripada saya... Walaupun
kami dah berpisah tapi doa saya pada dia tetap ada, biarpun mungkin
dia tak mendoakan saya... Takpelah, perkara yang lepas biarlah yang
lepas dan apa yang penting adalah kita mesti teruskan kehidupan
kita...
Mesti
awak suma terkejut kan, sebenarnya saya dan bekas suami dah hampir
setahun dah berpisah sebab takde jodoh antara kami... Yang lain-lain
tue biarlah rahsia saya dengan Allah saja, yang penting saya tak
kacau orang, dan sekarang nie saya masih lagi menetap di Taman Salak
Idaman, sebab rumah tue dibeli atas nama saya seorang... Nak balik ke
kampung rasanya takde dalam perancangan lagi sebab saya sayangkan
rumah nie dan itulah syurga saya sekarang... Saya harap agar suatu
hari nanti kebahagiaan akan menjadi milik saya hendaknya, Insha
Allah..
Okey, jumpa lagi next entry... Fii Amanillah, minna-san...
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧