Salam
ceria di hari Khamis...
Well,
sekarang berbalik pada realiti yang sebenar dan bermulalah semula
tugas saya yang biasa... Rasa macam pelik sikit nak bekerja
disebabkan kita dah bercuti semalam, pelik tue maksud saya macam
Monday blues yang selalu saya alami, hehehe tapi mana boleh
bermalas-malasan lagi kan...
Hari
nie lengkaplah LNPT dan SKT saya dan telah siap dihantar untuk
dinilai, awak suma dah siap ke buat LNPT? Baik buat sekarang sebab
masa nie line HRMIS masih lagi lancar, nanti bila dah busy nanti
terkial-kial pulak... HRMIS nie rasanya semua staf government yang
pakai kan, jadi lebih kurang 2 juta orang lah yang memerlukan khidmat
HRMIS, satu line yang amat2 busy sekali... Saya pun ada cabaran jugak
buat HRMIS nie, bayangkanlah daripada pukul 9am tadi sampailah 3.46pm
baru siap diisi, tuepun jenuh jugak nak key in dan save satu
persatu,kalu tak suma yang saya buat tue akan hilang, sedih dan geram
hanya Allah saja yang tahu... Lepas nie saya takyah nak pening kepala
lagi nak buat LNPT dan SKT lagi dah, cuma tumpukan perhatian pada
kerja saja, Alhamdulillah...
Kita
sedang menghampiri pengakhiran bulan Oktober dan pada hari Sabtu nie,
bermulalah tahun baru buat kita semua...So apakah matlamat hidup awak
pada tahun depan? Dan apakah yang telah dicapai oleh kita pada tahun
nie? Hehehe dah macam pakar motivasi plak kan, yealah tue,...”Pakar
motivasi” la sangat... Hmmm, sekarang nie kat laman sosial tengah
kecoh pasal kempen “I want touch a dog” yang menjadi perbualan
hangat di kalangan kita, well...macam saya cakap dululah, saya taknak
komen apa-apa...terpulang pada empunya kita nak komen camne, sebab
saya pun kurang arif sangat dalam ilmu agama, cuma sedikit terkilan
bila ada di kalangan kita yang tidak mengendahkan nasihat dan teguran
daripada para ulama... Kita yang mempunyai kekurangan ilmu agama,
kenalah dengar dan minta pendapat pada orang yang mempunyai ilmu
agama yang tinggi supaya kita tak tersasar daripada jalan yang
sebenar... Ntahlah saya pun tak faham dengan sikap segelintir
manusia...
Lepas
tue, citer pasal kemalangan superbike yang berlaku di Highway Karak
baru2 nie, memang sedih rasanya, walaupun mangsa kemalangan tidak ada
kena mengena dengan saya...Dengar citer, sikap orang-orang kita yang
tidak memberi signal untuk masuk side jalan yang menyebabkan
kemalangan dan kematian... Yang nie memang betul sebab saya pun
selalu alami perkara sebegini... Sikap segelintir orang-orang kita
yang tak bagi signal memang sesuatu yang menyusahkan orang lain,
disebabkan nak elak daripada dia melanggar kita, tanpa sedar kita pun
akan menyebabkan orang lain akan trbabit sama... Saya pun nyaris2
jugaklah nak alami kemalangan disebabkan nak elak kereta daripada
bertembung akibat secara tiba-tiba dia menukar laluan tanpa beri
signal...
Okeylah,
setakat nie dulu nukilan saya... Pada keluarga mangsa kemalangan,
saya ucapkan takziah kepada anda semua dan semoga anda tabah untuk
menghadapi dugaan ini... Jaa mata nee...
Starlavenderluna
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧