Coretan petang..

Wednesday, October 15, 2014


Assalamualaikum,
Haiii... macam-macam hal yang berlaku sekarang nie kan... yealah, awak suma ada tengok tak video puting beliung yang melanda di pendang, kedah petang semalam? Agak menakutkan jugak, yealah perkara nie adalah yang pertama dalam sejarah negara kita, sebab selalunya yang terjadi adalah fenomena belalai air... Rasa dah macam dekat USA tue kan, sama macam citer National Geographic, tapi nasib baik tak banyak kerosakan yang berlaku, tapi tak banyak pun adalah 10 buah rumah yang alami kerosakan... Saya harap agar mangsa yang terlibat dapat sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan sebegini... Lepas tue dengan kejadian ribut yang berlaku di KL semalam jugak agak menakutkan sampaikan dinding rumah flat tercabut... Sekarang nie pun memang musim tengkujuh jadi kita suma patut berjaga-jaga daripada sekarang untuk menghadapi sebarang kemungkinan... 


Nak basuh baju pun kadang-kadang terpaksa sidai dalam rumah disebabkan cuaca yang hujan sepanjang hari...Nasib saya duduk seorang jadi takdelah saya banyak basuh baju, cuma basuh baju kerja saje... Tengoklah macam sekarang, mendung aje cuaca hari nie, aircond dalam opis pun memang sejuk tapi saya suka dengan keadaan camnie.. hehehehe kadang-kadang teringin jugak nak main salji di negara 4 musim, tapi kalu awak tanya saya ke mana saya nak pegi, saya sebenarnya teringin nak pegi ke Jepun...Sebab di negara tue mempunyai banyak taman yang cantik dan dikatakan canggih tue, jadi saya nak tengok sendiri camne kecanggihan teknologi yang ada di sana... Nie sebab gara-gara saya tengok citer Khawater dalam tv Al-Hijrah, mereka ada membuat perbandingan antara negara-negara Islam dan Jepun... Mereka bukannya menyanjungi Jepun tue tapi sikap dan budaya Jepun tue sendiri, contohnya mereka membuat perbandingan cara penggunaan tandas, cara buang sampah dan macam-macam lagi yang sepatutnya dah ada nilai-nilai murni dalam Islam tue sendiri... Bila tengok perbandingan tue, rasa macam malu dengan diri sendiri pun ada, sebab orang Jepun dah mengamalkan nilai-nilai Islam dalam
kehidupan seharian mereka walaupun mereka bukan beragama Islam, tapi kita nie yang beragama Islam tak menerapkan nilai-nilai murni... Saya bagi contoh, tandas di masjid, ada sebahagian memang bersih dan cantik tapi selebihnya Masha Allah,...saya pun tak tahu camne nak gambarkan suma tue, dengan sikap kita sendiri yang tak menjaga kebersihan tandas dan semata-mata mengharapkan AJK masjid yang lakukan suma tugas tue...Padahal yang guna adalah masyarakat dan bukannya ahli AJK tue saja, kan... Lepas tue, mereka buat perbandingan cara kita menyusun kasut, orang Jepun menyusun kasut dengan elok dan rapi dan diletakkan di rak kasut tanpa menyepahkannya... Cuba tengok dekat masjid, ada rak kasut tapi ianya cuma jadi perhiasan saja, banyak kasut kita berselerak di sana sini, bila hilang mula menyumpah dalam hati, padahal kita sendiri yang mencari penyakit... Saya bukan nak sakitkan hati pada masyarakat tapi bila tengok rancangan tue, sedikit sebanyak saya pun terasa malu jugak sebab orang bukan Islam mengamalkan nilai-nilai murni Islam tue sendiri... Awak cubalah tengok rancangan Khawater tue, sebab memang banyak pengajaran dan pelajaran yang kita boleh nampak dari situ... Waktunya saya kurang pasti pukul berapa tapi memang disiarkan pada waktu malam... bahasa yang digunakan adalah bahasa Arab tapi ada translate la...Oh ya! Rasanya malam nie kot ada rancangan Khawater nie, pukul 8.30pm , trylah tengok, mesti ada banyak info yang awak suma boleh dapat...

Ada satu lagi yang saya suka tengok rancangan nie, iaitu Fattabiouni iaitu sebuah rancangan yang mendedahkan tentang sunnah-sunnah Rasulullah SAW selaras dengan gaya hidup kita sekarang dengan cara yang ringkas tapi padat... Rancangan nie pun disiarkan pada waktu pagi dan malam... Saya suka tengok nie bukan apa, kadang-kadang nak membaca hadis pun agak susah jadi dengan ada rancangan nie, saya boleh tahu tentang sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang begitu banyak sekali yang kita tak tahu...Kita perlu jugak tengok rancangan ilmiah sebegini agar kita dapat pengajaran dan pelajaran baru, saya pun suka jugak tengok citer-citer ringan, seperti citer komedi ke, citer perang ke atau citer cinta ke tapi biarlah seimbang dengan ilmu akhirat... Nak pegi masjid untuk dengar syarahan agama kadang-kadang tue liat jugak jadi dengan adanya media massa yang canggih sekarang nie, rasanya takde kot alasan yang dicipta untuk kita tak mencari ilmu akhirat kan.. 
 
Okey, jumpa lagi di lain entri... Fii Amanillah...

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧