Hari Jumaat yang lengang...

Friday, October 03, 2014

Assalamualaikum…
Salam di hari Jumaat kepada suma rakan-rakan yang saya kasihi… hari nie memang dah dijangka ramai yang bercuti jadi jalan pun menjadi lengang aje, kat opis pun tak ramai yang bekerja dan saya pasti 100 peratus menjelang tengahari lagi ramai staf yang mengambil halfday…Saya pulak memang tak ambik lah halfday sebab nak ambik Azie… hehehe kan saya dah bagitau semalam.. Well hari nie, tak banyak kerja yang saya boleh lakukan, staf pun tak ramai yang masuk ke dalam library, yang ada pun Cuma baca paper jea, tapi memang selalulah begitu… Mereka akan memerlukan pihak library bila tiba exam dan masa tuelah keadaan menjadi agak sibuk… Hari Rabu lepas kami pergi ke PNM untuk membuat pinjaman buku dan semalam saya dahpun menghantar surat kepada suma bahagian mengenai buku-buku yang kami pinjam dari PNM… Dan macam biasa, sambutan membaca memang ada di kalangan staf terutama staf wanita sebab kami memang banyak meminjam novel… Jangan tak tau, kat JBPM nie novel adalah bacaan yang paling laris sekali di antara buku-buku library… Manakala buku-buku untuk exam di tempat yang kedua selepas novel…


Kat rumah saya pun mempunyai mini library dan Insha Allah saya akan membesarkan lagi ruang mini library tue, saya akan penuhkan rak-rak buku dengan pelbagai genre buku dan bahan ilmiah yang
lain… Memang itu impian saya dari kecik lagi, setelah saya penah menonton satu filem Inggeris yang bertajuk ‘Casper’ di mana ada babak yang menunjukkan ruang library yang cukup besar, dua tingkat, ala-ala Library Of Congress, USA... Memang cantik dan menawan sekali ruang tue dan sejak tue saya bercita-cita nak mempunyai ruang library saya sendiri biarpun kecik ruangannya… Family pun suka jugak pegi ke ruangan mini library saya tue, memang mempunyai aura yang tersendiri...


Oh, ya! Ummie dan Iwan sekarang nie di dalam perjalanan menuju ke sini dan adik Nurul pulak ditugaskan untuk memasak di rumah, hehehehe dan balik-balik aje makanan dah disediakan… Al-Hamdulillah, takdelah saya nak terkejar-kejar balik untuk memasak, sekurang-kurangnya ringan sikit bebanan saya tue… hmmm apapun esok pasti ada banyak planning yang adik-adik saya dah rancangkan, nasib baik saya dah basuh baju semalam, jadi esoknya takdelah kelam kabut… Lagipun sekarang nie cuaca tak menentu, samada ianya masih lagi musim panas atau kita dah memasuki musim tengkujuh… Saya pun baru baik dari demam, Cuma batuk saja yang tinggal….Awak suma penah tak makan ubat strepsils tue? Awak tau saya memang takleh makan ubat gula-gula tue kerana ianya bukan melegakan tapi menyebabkan batuk saya menjadi teruk dan sampai satu tahap saya rasa sesak nafas….Sejak tue saya tak penah lagi makan ubat gula-gula tue, bimbang jugak kalu ada effect yang lain… lain orang lain caranya kan…


Seperti yang dijangka, memang ramai yang ambik halfday arinie…huhuhu nak halfday jugak, tapi tak boleh, takpelah lagipun ada lagi kawan-kawan opis yang tak ambik halfday, salah sorangnya adalah my best friend Kak Ayu… Dia balik kampung pada malam nie jadi dia tak ambik halfday jugak… ada jugak peneman bicara hari nie…. Okeylah, rasanya setakat nie nukilan hati saya yang kecik nie… Insha Allah lain masa kita jumpa lagi… Jaa mata nee…

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧