Assalamualaikum....
Fuhhh
penat lah sikit arinie... pagi nie saya dengan pegawai saya pegi ke
PNM untuk membuat pinjaman buku berkelompok sebanyak 300 buah... Buku
nie staf JBPM boleh pinjam sebanyak 3 buah selama seminggu...Dan
macam biasa, novel-novel tempatan menjadi pilihan kami sebab ramai
staf wanita terutamanya yang berminat untuk baca novel..lagipun kat
library saya nie, pembelian novel adalah sangat terhad sekali, tapi
adalah jugak sikit-sikit... tapi walau penat camne sekalipun ianya
takkan dapat menandingi perasaan gembira saya kerana the whole my
family kecuali Naim's family akan datang beraya di rumah
saya...hehehehe tue yang seronoknya...
Hari
nie adik Nurul yang datang terlebih dulu dengan menaiki bas dari
K.Terengganu menuju ke Putrajaya... Sementara ummie dengan Iwan pulak
akan datang pada hari Jumaat nie memandangkan Iwan tak dapat bercuti
sebelum tue... Azie pulak mungkin akan datang hari Jumaat jugak tapi
malam la kot sebab dia masih lagi mengajar di waktu petang, lagipun
dekat aje dia tinggal, adik ipar pulak tak pasti samada tidur di
rumah saya atau balik ke Ampang...So kiranya, hari raya Aidiladha
tahun nie, kami beraya di Taman Salak Idaman, Salak Tinggi sebabnya
kami dua beradik tak dapat cuti tahun nie, sebab tue ummie dan
adik-adik yang lain datang ke rumah...Naim's family tak datang sebab
mereka nak beraya di rumah keluarga Nora... biasalah kan, adat suami
isteri, kena saling bertolak ansur dan berbudi bahasa...amboiii dah
macam iklan bahasa plak... Saya pun macam tue jugak, ada giliran
masing-masing untuk balik ke kampung jadi takdelah istilah masam muka
atau berperang antara suami isteri...
Penat-penat
pun, saya tak lupa nak sembur serum mawar nie kat muka...Bila terkena
semburan serum mawar nie, serta merta mata saya jadi segar semula,
sebabnya bau yang harum...Maklumlah serum mawar nie memang 100% pati
mawar dan takde alkohol sama sekali... kalu awak suma nak tahu lebih
lanjut, kunjungilah blog saya yang satu lagi,
http://lunamoonstores.blogspot.com
Bukannya
apa, saya memang suka dengan haruman mawar, lebih-lebih lagi jika
dapat mandian air mawar, rasa macam tuan puteri pulak bila mandi
dengan air mawar nie (chewaahhh perasan, hehehehe)... Yealah, zaman
dulu kan, mandian air mawar nie untuk keluarga diraja saja, rakyat
biasa mungkin ada mungkin takde nak mandian mawar nie... (betul ke
tak wallahuallam)... okeylah, jaa mata nee....
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧