Well,
awak suma apa khabar? Camne raya Aidiladha baru-baru nie? Mesti ada di kalangan
kita yang masih bercuti kan dan ada pulak (termasuk saya) yang dah masuk kerja…
Tapi memang menjadi kebiasaan kita kan, kalu cuti panjang aje, mesti rasa
kemalasan nak bekerja tue akan ada dalam diri masing-masing… Hope that will be
not last forever… Okey, entri saya untuk kali nie adalah berkaitan dengan petua
orang zaman dahulukala, yealah kadang-kadang petua mereka sangat berguna dan
tengoklah bagaimana mereka menjaga kesihatan mereka meskipun mereka akan
mengalami sakit-sakit… Sumber alam semulajadi yang Allah kurniakan kepada kita
sangat besar manfaatnya cuma kita sajalah yang mencorakkan bagaimana nak
memanfaat sumber tue…
Okey,
taknak cakap banyak, jom kita baca info nie, manalah tau ianya akan berguna
untuk awak suma nanti… Well, selamat mencuba… Jaa mata nee, minna-san…
Kurangkan
dengkur
Tumbuk
lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah
beberapa minit sebelum tidur.
Merawat
senggugut
Tumbuk
lumat segenggam halia dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia
mendap barulah diminum, dimulai dengan selawat.Insha Allah senggugut akan
hilang.
Lentikkan
bulu mata
Ambil
daun lidah buaya, potong dua untuk mendapatkan lendirnya. Sebelum masuk tidur,
sapukan lender daun lidah buaya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata
semakin lentik.
Melebatkan
rambut
Ramas
daun bunga raya yang bersih sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan
campurkan dengan sebiji telur ayam kampung berserta dengan sesudu madu lebah.
Gaul sekata dan sapukan pada rambut. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit.
Kemudian, cuci rambut hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
Tiada
lagi parut
Ambil
sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan
terlalu cair. Sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering.
Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.Insha Allah ia amat
berkesan untuk menghilangkan parut.
Kulit
cerah, licin
Ambil
sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada wajah dan
seluruh badan. Insha Allah, kulit akan cerah, licin dan harum.
Rambut
lembut
Bersihkan
secekak kangkung dan masukkan ke dalam bekas yang berisi enam cawan air suam.
Ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Sapukan lendir pada seluruh rambut
dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama
dua minggu.
Hilangkan
ketuat
Sapukan
getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu
kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan
mongering dan luruh sendiri.
Selamat
tinggal jerawat
Rebus
segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai-kedai India) di
dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada
jerawat. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari.
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧