Selamat
sejahtera di hari Khamis, diharap semuanya sihat-sihatlah
hendaknya... Al-Hamdulillah syukur pada Allah kerana kita suma masih
diberi peluang untuk bernafas dan diberi kenikmatan yang cukup banyak
kepada kita suma... Apa yea berita yang menarik hari nie? Sekarang
nie mesti musim exam kepada adik-adik/anak-anak kita, kan...Hanya
tinggal 2 bulan lagi sesi persekolahan akan tamat dan akan bermula
episod sesi yang baru.... Saya teringat masa di zaman persekolahan
dulu, masa cuti sekolah lah yang ditunggu-tunggu sebab dapat cuti
panjang, tapi bila cikgu berikan keja rumah untuk dibuat, saya
cepat-cepat habiskan buat pada minggu pertama cuti, sebabnya hari
lain, taknak berserabut otak nak buat keja rumah, tapi cuti akhir
tahun yang paling best sebab takkan ada keja sekolah, hehehehe...
Kalu time hari biasa, saya lebih suka buat keja rumah pada waktu
malam sampai ke pagi, ditemani oleh radio dan kaset lagu...Saya tak
suka buat keja rumah di waktu petang sebabnya suasana yang bising
dengan hiruk pikuk suara adik-adik saya...
Bila
dikenangkan zaman tue, terasa ingin kembali semula di alam
persekolahan, hehehe...mesti awak suma berasa begitu kan, pelik
yea... Masa di zaman kecik, kita tak sabar untuk menjadi dewasa sebab
nak pegang duit sendiri, tapi bila kita dah dewasa, kita terasa ingin
kembali di zaman kanak-kanak sebab kita tak payah nak fikir tentang
masalah kehidupan... Sebenarnya kenangan-kenangan itulah yang
mematangkan kehidupan kita dan mendewasakan kita...Setiap zaman yang
kita lalui, mesti ada dugaan yang tersendiri dan sampai sekarang kita
masih mencari jalan untuk menyelesaikan dugaan itu, dan itulah
gunanya akal, betul tak? Kenangan suka dan duka yang kita alami tue
adalah menjadi rencah hidup dan kadang-kadang boleh dijadikan panduan
semasa kita mendidik anak-anak kita... Mungkin ada anak-anak kita
yang akan melakukan apa yang kita penah lakukan dulu dan kita dah
tahu akan akibatnya, maka dengan pengalaman yang lepas tue yang akan
menjadi bimbingan dan panduan kita untuk mendidik mereka.... hihihi
dah macam sesi kaunseling pulak kan, saya cuma cakap apa yang
terlintas di fikiran dan mengikut logik akal, betul ke tak
wallahuallam...
Well,
kita tinggalkan kejap pasal zaman kanak-kanak riang kita, berbalik
pada realiti yang sebenar.. Pembentangan bajet 2015 sudah berlalu
jadi apa perancangan awak seterusnya? Mesti sekarang nie tengah kecoh
pasal pemberian bonus dan sudah pasti ada yang tidak berpuas hati
dengan pemberian bonus tue...Saya takdelah nak komen apa-apa cuma
bersyukur atas apa yang telah diberikan, jika takde bonus pun, nak
buat camne kan... Kadang-kadang saya jadi pelik bila isu bonus
dijadikan viral dan perbincangan semasa, dan macam biasalah ada yang
setuju dan ada yang tak setuju, kadangkala ianya menjadi pergaduhan
maya di laman sosial, yang paling menjadi batu api bila 'keyboard
warrior' mula masuk campur....Naik pening saya baca status
masing-masing dan sebab tue jugak saya jarang nak bukak fesbuk lagi,
lagi menambahkan dosa adalah...huhuhu...
Okeylah, Insha Allah nanti kita jumpa lagi yea....Fi Amanillah...
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧