Salam
di hari Rabu yang ceria... Hope semuanya sihatlah hendaknya dan
semoga kita semua dilindungi oleh Allah SWT... Al-Hamdulillah rasa
bersyukur sangat-sangat kerana Allah masih lagi memberi peluang
kepada kita semua untuk menikmati keindahan dan sentiasa bersyukur
dengan kurniaanNya... Tapi tuelah, segelintir di antara kita ada yang
tak mengenal erti kesyukuran dan mereka seakan-akan lupa tentang
perjalanan kita yang sebenar... Kadang-kadang terfikir juga saya
mengapa segelintir manusia tak tahu camne nak meneruskan perjalanan
yang lurus, walaupun mempunyai jalan yang berliku tapi sentiasa ada
panduan...
Hehehe
naik pening jugak kan fikir tentang masalah manusia... sebab tue saya
tak berapa suka sangat nak berceloteh tentang masalah manusia nie,
memeningkan kepala aje... Kehidupan mesti diteruskan dan kita sebagai
manusia takkan dapat lari daripada ditimpa kesusahan sebab Allah nak
lihat sejauh mana kita ingat pada Dia....Adakah kita menghadapi
dugaan dan kesusahan ini dengan tenang atau sebaliknya? Saya sendiri
pun mempunyai masalah dan hanya Allah saja tempat saya mengadu
masalah jika saya tiada penyelesaian, dengan cara istikharah... Saya
tak kisah dengan pandangan orang lain sebab mereka tak tahu isi hati
saya yang sebenarnya tapi Allah tahu segala-galanya... Apa yang
berlaku pada saya sekarang adalah ketentuan yang Allah dah tetapkan
untuk saya dan saya sebagai hambaNya, kenalah redha dan berlapang
dada... Sebabnya saya tahu Allah mempunyai rancangan yang cukup hebat
untuk kehidupan saya seterusnya... Hope awak pun camtu jugaklah,
yea... La Tahzan, Insha Allah, Allah sentiasa beri bantuan kepada
kita dengan syarat kita kena mengadu pada Dia dan bukannya
perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah...
Pada
kawan-kawan yang satu opis tue, awak suma dah isi ke LNPT dan SKT
untuk tahun nie? Hehehe ingat tau dateline dia sampai 15 November
nie, isilah mana yang sepatutnya kena isi dan kalau boleh isilah
awal-awal supaya line HRMIS tak busy... Maklumlah bukan kita aje yang
gunapakai HRMIS nie, hampir seluruh kakitangan kerajaan yang
menggunakan sistem nie... Saya pun tak isi lagi sebab pada 20hb nie
saya nak pegi kursus kaunter berkualiti di Dewan Sutera, JBPM..
hehehe dekat aje... Nanti lepas habis kursus baru saya akan isi HRMIS
tue.... Tahun lepas saya dah dapat APC dan Insha Allah saya akan
pertingkatkan lagi mutu perkhidmatan saya di masa akan datang,
sumanya kerana Allah dan bukan kerana anugerah sesebuah jabatan...
Saya amat sukakan pekerjaan saya nie dan Insha Allah ianya akan
berkekalan hingga saya bersara nanti...Amboiii Cik Shikin, dah
terfikir nak bersara ke? Hehehe lambat lagi nak bersara... Dulu saya
penah jugak dapat cuti lama, memang boring duduk di rumah sebab takde
sapa yang berada di dalam rumah tue... Lainlah jika saya mempunyai
anak-anak, Insha Allah kalu Allah bagi rezeki anak pada saya, adalah
tue... Saya sentiasa peringat pada diri saya yang bukan saya saja
yang menghadapi dugaan ini, malah saya sentiasa teringat pada kisah
Nabi Allah Nabi Zakaria yang mempunyai anak semasa baginda sudah
lanjut usia... Bertahun-tahun Nabi Zakaria berdoa pada Allah agar
dikurniakan zuriat, dah lama baru Allah kurniakan zuriat pada Nabi
Zakaria... Sedangkan Nabi Zakaria yang seorang Rasul pun diberi ujian
sebegitu, kenapa kita tak dapat hadapi ujian sebegitu tue, betul tak?
Bila masyarakat bertanya perihal anak-anak, saya memang akan menjawab
jawapan yang sebegitu, baru mereka akan berdiam diri... Satu lagi
jawapan yang saya selalu bagi pada mereka yang tak sensitif pada diri
seseorang, iaitu “kalu Allah tak izin saya dapat zuriat, sapa saya
untuk menentang ketentuan Allah? Walau kita berusaha banyak mana
sekalipun, kalu Allah tak izin, tak menjadi jugak usaha
kita...Mungkin saya masih kekurangan ilmu lagi sebab tue Allah nak
kita pertingkatkan usaha dalam pencarian ilmu tue.. Jadi sentiasa
bersangka baik dengan suma perkara..” Walaupun kedengaran agak
kurang ajar tapi sekurang-kurangnya kita peringat pada dia yang
semuanya adalah ketentuan Allah dan bukan usaha kita seorang...
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧