Salam Maal Hijrah

Saturday, October 25, 2014



Salam Maal Hijrah...
So, apa azam awak suma di tahun baru nie? Hehehe sori sebab saya selalu tanya soalan yang sama, tapi tak kisahlah apapun azam awak, Insha Allah, Allah akan memperkenankan apa yang awak doakan... Apa yang penting kena usaha dulu then baru tawakal kepada Allah, kan...

Musim haji telah pun berlalu, dan dah ada di kalangan jemaah haji yang balik ke Malaysia.. Pada mereka yang dapat haji mabrur, mabruk 'alaika / 'alaiki... Pada kawan-kawan yang kehilangan keluarga semasa mereka menjalankan ibdah haji, takziah saya ucapkan, Insha Allah awak akan berjumpa mereka semula di hari akhirat nanti, dan Insha Allah akan bersama semula dengan mereka... Nenek sedara dan bapa sepupu saya saya jugak ada buat haji pada tahun nie, dan Insha Allah lusa kot mereka akan sampai di Kuala Terengganu, nak balik jugak tapi cuti tahunan saya cuma tinggal 4 hari saja... Insha Allah, lain kali jika ada masa kelapangan, saya akan berjumpa dengan mereka...

Okeylah, Insha Allah kita akan berjumpa lagi di episod yang akan datang...
hehehe dah macam iklan tv plak kan... Tata

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧