Assalamualaikum wbt...
Mungkin ada di kalangan kita yang tak suka tomato dan ada yang suka makan tapi dalam kuantiti yang sikit, yea tak? Saya salah seorang penggemar tomato yang tegar sehingga saya boleh makan begitu saja, atau lebih sedap dicicah dengan mayonis...Saya pun tak tahu bila saya menyukai tomato tapi apa yang pasti sejak kecik lagi saya suka merembat tomato bila ummie saya masak nasi ayam...Sambil potong sambil makan sampaikan jenuh ummie saya membebel sebab makan tomato saja...hehehe sekarang nie bila dah bekerja semakin ligat saya membeli buah tomato...Member kat opis pun memang tahu saya nie 'hantu' tomato... Awak dah tahu ke khasiat makan tomato nie? Jom sama-sama kita baca...1. Pengawalan Berat Badan
Tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol menjadikan ianya berkhasiat untuk dimakan. Ia turut mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut. Tambahkan tomato dalam menu harian. Tingkatkan kreativiti dengan masak menu berlainan agar tidak bosan. Jika anda sedang dalam pelan menguruskan badan, ambil tomato sebagai snack jika terasa lapar.
2. Membantu Masalah Susah Tidur
Tomato mengandungi sumber nutrisi lycopene yang kebiasaanya hanya terdapat di sayuran atau buah-buahan berwarna merah. Kajian menunjukkan lycopene mempunyai banyak khasiat antaranya membantu kepada masalah tidur. Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam atau insomnia, cuba hidangan seperti salad atau sup tomato untuk makan malam.
3. Mengurang Kerosakan Kulit
Selain diketahui sebagai ejen mencantikkan kulit, sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit. Sebuah kajian membuktikan bahawa dengan memakan sos tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%.
4. Membantu Penglihatan Mata
Kebiasannya lobak sering dikaitkan dengan kesihatan mata, tetapi tahukah anda bahawa tomato juga turut mempunyai khasiat yang sama? Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degeneration yang menyebabkan kesukaran untuk melihat.
5. Merawat Batu Karang
Pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang. Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.
Well, camne? Saya rasa yang paling ketara berlaku dengan diri saya adalah perkara nombor 3, takyah nak pakai botox bagai tue, just makan tomato saja, Insha Allah, masalah kulit dapat diselesaikan....
Jaa mata nee....
Assalamualaikum,
Salam ceria di hari Sabtu ^__^... mesti awak suma hairan kan sapa 'my precious' tue? well sebenarnya 'my precious' tue saya maksudkan adalah kereta kesayangan saya, hari nie dia kena checkup atau dengan erti kata lain kena service sebab mileage dia dah nak sampai 20k.. Nasib baik surcaj dia tak banyak, sebab kereta saya masih lagi under warranty lagi, so dapat free service selama 3 tahun....
Lepas tue, saya pun dah takde apa nak buat, last sekali saya basuh my precious nie, maklumlah, my precious saya nie putih orangnya, nak kena jaga elok-elok, takdelah orang mengata (perasaan saya saja tue)... Yealah, nak pegi basuh kat tempat eksklusif rasanya macam tak berbaloi sebab sekarang kan musim hujan, waktu pagi nampak cantik aje, tapi bila waktu petang kalu hujan turun, maka kecantikan tue akan luntur serta merta... sebab tue saya basuh sendiri aje my precious nie, puas hati pun yea jugak... tapi macam biasalah mesti askar-askar wataniah saya akan datang mengacau saya untuk basuh kereta, simbah kat mereka pun macam keluar angin masuk asap jea...lari sekejap lepas tue datang balik kacau saya..kesian ummie nie... huhuhu...opss lupa nak cakap, saya bahasakan diri saya ummie pada mereka... hehehe giler kan...
Okeylah, setakat nie dulu coretan saya... Banyak lagi keja yang perlu diselesaikan (hikhik banyak sangat ke Cik Shikin oiii...).. jaa mata nee, minna-san...
Salam ceria di hari Khamis walaupun hujan sering melanda di waktu petang... Hope awak suma sihat-sihatlah selalu, mana rakan-rakan yang mengalami sakit demam selesema dan sebagainya tue, harap sabar dan tabah menghadapinya dan jangan lupa makan ubat yea... hehe dah macam doktor lah pulak tapi doktor yang tak bertauliah dan tak berlesen...
Kejap aje kan, kita dah masuk pertengahan bulan November dan hari nie dan esok pelajar sekolah akan pegi ke sekolah.. Dan bermulalah episod cuti sekolah, yahoooo...aikkk.. napa pulak saya yang happy? hehehe walaupun saya tak mempunyai anak yang bersekolah tapi seronok jugaklah sebab jalan tak jammed mana nanti...hehehe sebab tue aje... yealah, mak dengan ayah pun takdelah terkejar-kejar nak menghantar anak ke sekolah kan, jadi mereka mempunyai banyak masa untuk pegi keja saja..Tambahan pulak sekarang nie waktu hujan, jadi mereka takdelah nak terkejar-kejar sangat.. Sebut aje hujan, saya nak ingatkan pada awak suma agar menjaga keselamatan diri dan keluarga agar tidak ditimpa musibah, malang tak berbau.. Pada mangsa banjir pulak, diharapkan menjaga keluarga agar tidak bermain air banjir, takut dikhuatiri berlaku apa-apa yang tak diingini....
Okeylah setakat nie dulu coretan saya...Jaa mata nee...
Salam ceria di hari Selasa yang indah walaupun selalu hujan di waktu petang, hehehehe... Saya pun tak tahu napa entri kali nie banyak berkisarkan pasal makanan tapi bak kata omputih, sharing is caring, rite? So kali nie, saya nak berkongsi entri pasal mufin telur atau egg muffin... Caranya pun mudah dan ringkas saja resipinya, sesuai sangat pada mereka yang mempunyai kesuntukan masa... Saya pun memang peminat tegar mufin telur atau tart telur, nak buat memang renyah dan susah...huhu tapi bila saya jumpa resipi nie, rasa macam nak buat tapi hehehe awak suma tahulah camne perangai saya kan... So, kita tengok apa bahan-bahannya...
BAHAN-BAHAN
- Bawang kuning dicincang halus
- Tomato dicincang halus
- Bawang besar dicincang halus
- Keju disagat
- Cili hijau
- Daun ketumbar segar
- 6 biji telur (dipukul dengan 2 sudu besar susu segar dan lada hitam)
* Nota : Awak boleh menambah ayam atau daging tanpa lemak lain, bayam, keju ricotta, paprika, dan banyak lagi mengikut citarasa awak sendiri (ayam @ daging direbus terlebih dahulu)
See, nampak ringkas aje kan bahan-bahannya... Sekarang, kita tengok pulak camne nak buat mufin telur nie...
CARA PENYEDIAAN
Panaskan ketuhar pada 200C. Gris tin mufin anda. Tambah sayur-sayuran pilihan anda bersama-sama dengan keju (pilihan anda), tuangkan adunan telur dipukul di atasnya. Letakkan kuali muffin atas rak tengah ketuhar yang dipanaskan dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga muffin adalah coklat terang, bengkak, dan telur pejal. Biarkan mufin sejuk selama beberapa minit sebelum mengeluarkan dari kuali muffin atau cawan. Longgarkan perlahan-lahan dengan pisau jika mereka seolah-olah melekat. Sedia dihidangkan...
Hehehe camne? Awak suma boleh salin resipi nie kalu rasa macam berminat nak buat, tentu anak-anak akan suka makan mufin telur nie...Nampak ringkas dan berkhasiat, kan...Cubalah... Okey. kita jumpa lagi yea...
Salam ceria semua...
Apa khabar semua? Hope sumanya sihat-sihatlah hendaknya yea, maklumlah sekarang nie musim banjir, musim demam dan macam-macam musim lagi...Pada kawan-kawan yang mengalami dugaan banjir tue, diharapkan awak suma tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan nie...Dan kawan-kawan yang mengalami sakit tue pun, diharapkan sabar yea... Insha Allah sumanya akan menjadi baik selepas nie...
Oh ya! Dengar-dengar citer Ekspo MAHA akan berlangsung tak lama lagi kan... Awak suma ada perancangan nak pegi ke sana? Dengar citer banyak buah-buahan tempatan akan dijual secara murah, dan banyak barangan lain lagi turut dijual..Saya penah pegi sekali aje dulu, tak ingat dah tahun berapa tapi cukuplah kot sekali tue aje...tak larat rasanya apatah lagi kena parking jauh untuk pegi ke ekspo tue...memang rasa tercabut lutut bila berjalan, huhuhu akibat tak exercise... yealah, dengan pakai sandal yang bertumit, lagi lah saya rasa macam nak tercabut lutut... Awak suma kalu ada kelapangan masa, pegilah ke sana, mana tahu kot-kot awak dapat mengetahui buah-buahan yang jarang jumpa... Ekspo MAHA akan diadakan pada 20-30 November nie di Taman Ekspo Pertanian Serdang...
Dan saya rasa kat KLCC akan berlangsung jualan buku akhir tahun 2014, tapi berlangsung 3 hari saja...Pada peminat buku suma, boleh pegi ke sana untuk dapatkan jualan buku dengan harga yang murah dan berpatutan sebab dengar citer ada diskaun buku akan diberikan... Jualan buku nie berlangsung pada 20-23 November 2014... Jom lah semua kita pegi, saya pun kalu ikutkan nak pegi jugak tapi fulus pulak takde...
Sepatutnya hari nie saya kena pegi service kereta tapi memandangkan appointment hari nie dah penuh saya akan pegi service kereta pada 22hb nie...Minggu lepas saya baru saja renew roadtax kereta dan secara kebetulan pulak kena dengan service kereta, adoiihhh botak kepala kejap... Pejam celik dah setahun dah usia kereta saya, walaupun kecik tapi saya terasa amat sayang pada kereta saya tue... hehehehe okey, setakat nie dulu coretan saya...Jaa mata nee, minna-san.... \ (^_^)
Salam sejahtera semua...
Mesti awak suma tertanya-tanya napa dua tiga hari nie saya asyik bercerita bab makanan kan...! Saya sebenarnya dah kehabisan idea nak bercerita, tapi takpelah... Hari nie saya nak berkongsi cerita tentang pembuatan roti, sekarang kan musim berkisahkan roti... Macam-macam jenis roti yang kita boleh jumpa kan...Saya pun tak ketinggalan buat roti tapi makan sendiri la... sebab secara kebetulan dua minggu lepas saya buat roti dan secara kebetulan pulak masih ada lagi baki tepung berprotein tinggi (khas untuk pembuatan roti), jadi apa lagi, saya pun buatlah roti semula...
Saya cuma pakai breadmaker, cuma letak bahan-bahan dalam acuan dia, lepas tue setting dan tunggu masak aje..Tak payah nak bersusah payah nak uli dan sebagainya, tapi kena ikut aturan resipi dialah... Sebenarnya breadmaker nie ummie saya yang belikan, ianya jenama Cosway, pakai kupon dan inilah yang dia dapat...Harga sebenar dalam lingkungan RM500 tapi bila dah pakai kupon rasanya ummie saya cuma perlu bayar RM190 jea kot...
Bahan-bahan untuk buat roti pun takdelah susah mana, sebab di kedai jual bahan-bahan pastri, kek dan roti mempunyai banyak bahan-bahan yang kita perlukan... Well, inilah hasilnya roti yang saya buat, tapi huhuhu memang tak samalah rupanya dengan roti di pasaran... Rasanya?? Woowww, sama macam roti kat pasaran tempatan, tapi ianya tak bertahan lama, paling lama pun 3 hari jea... Tapi oklah kan, jimat sikit nak beli roti...
Nampak buruk tapi sedap!!! |
Okeylah, setakat nie dulu coretan saya...Insha Allah nanti kita bercerita lagi... Jaa mata nee, minna-san....
Assalamualaikum...
Salam ceria Jumaat, penghulu segala hari...
Hope awak semua ceria-ceria hari nie... Hari nie saya nak berkongsi sikit pasal makanan tradisional Terengganu, erkkkk...hmmmm bolehlah kot dikatakan makanan tradisional tapi makanan nie memang salah satu makanan kegemaran rakyat negeri Terengganu... Nama makanan nie adalah 'rojak ayam Terengganu atau lebih dikenali sebagai rojak keling'... (maaf pada masyarakat India tapi memang nie la panggilan nama rojak di sana, bukan nak menghina atau menyinggung perasaan...)
Masa saya keja kat Kolej Komuniti Kuala Terengganu dulu, saya selalu beli rojak nie untuk makan tengahari dan memang jaranglah saya makan nasi di waktu tengahari... Sebab ada satu kedai nie (lupa dah nama kedai tue) di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, rojak ayam dia memang fuuhhhhh terangkat, sedap giler... Awak suma kalu datang ke Terengganu, carilah rojak nie, memang lain dari yang lain... saya penah cari jugak rojak ayam di Salak Tinggi atau Putrajaya atau KL tapi rasanya tak sama dengan masakan negeri Terengganu... Ohh, awak nak resipi? Boleh tapi saya pun belum cuba lagi, Insha Allah nanti kalu saya dah buat, saya akan upload gambarnya yea... Resipi nie dah lama saya salin di buku tapi nak buat tue, hmmm ntahlah bila boleh buat... Insha Allah satu hari nanti saya akan buat... Well, nie lah resipi yang saya salin dulu...
Bahan-bahan :-
¼ ekor ayam
3 biji telur rebus [belah 2]
3 keping tahu [goreng dan potong nipis]
½ biji sengkuang [saiz kecil]
1 batang timun
½ biji salad lectucce
500 gm mee kuning [celurkan sikit]
Cara buat :-
Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil. Semua sayuran dipotongkan kecil. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan.
KUAH KACANG
Bahan-bahan :-
½ kg kacang tanah (goreng, buang kulit dan tumbuk kasar)
½ cawan air asam jawa
½ cawan gula merah
½ cawan minyak
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar :-
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
½ inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras
Cara buat :-
Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan garing. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak. Hidangkan dengan rojak ayam.
Haa...camne? hehehe awak suma bolehlah buat nanti... Okey, jaa mata nee...
Salam ceria semua..
Hope awak suma selamat, sihat sejahtera dan dilindungi oleh Allah SWT hendaknya. Well, suma sedia maklum sekarang nie musim tengkujuh telah tiba dan telahpun melanda negara kita especially negeri-negeri pantai timur... Jadi kebanyakan tempat sudah dinaiki air banjir dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat telah dikerah untuk menjalankan tugas masing-masing... Kat rumah saya (Kampung Kepong) juga mengalami banjir tapi takdelah teruk mana, air cuma naik setakat buku lali saja...
Ini mengingatkan saya sewaktu saya kecil dulu, main air banjir bersama-sama dengan adik lelaki dan sepupu, sambil diawasi oleh ummie dan abah saya... Masa tue, memang seronok dan itulah first time saya menaiki sampan kecil dan dikayuh oleh sepupu saya...Rasa-rasanya tahun tue tahun era 80an tapi saya dah lupa tahun berapa, cuma apa yang diberitahu oleh ummie saya, tahun tue berlaku banjir besar yang pernah berlaku di negeri Terengganu secara keseluruhan, hmmm.... Sekarang nie, saya dah takde peluang untuk bermain air banjir lagi, mungkin fobia sikit-sikit memandangkan bila banjir saja, ada saja kematian lemas dilaporkan di akhbar dan media massa... Saya berharap pada kawan-kawan yang terlibat dengan musibah nie, bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan, serta awasi anak awak suma daripada berlaku yang tak diingini...
Maklum sajalah, nama pun budak-budak, mereka hanya tahu keseronokan saja tanpa mengetahui bahaya yang akan tiba... huhuhu sori jika saya membebel di hari yang penuh sejarah nie...erkkk...ada sejarah ke? Hehehehe setakat nie belum ada sejarah lagi tercatat tapi Wallahualam jika di hari esok...Jika ada apa-apa yang berlaku, Insha Allah nanti saya akan ceritakan tapi buat masa sekarang, saya memang takde apa-apa cerita lagi...
Okey, jaa mata nee minna-san... Assalamualaikum...
Salam
ceria semua...
Lamanya
saya tak update blog nie, gomennasai minna-san... Line internet
sekarang nie memang lembap giler, so memang malas la saya nak update
blog, nak bukak page pun lembap...hmmm sori yea...
Hari
nie saya nak berceloteh tentang novel hasil karya sahabat saya a.k.a.
Pegawai atasan saya, Puan Jamilah atau lebih dikenali sebagai Tinta
Biru... Mesti awak suma kenal dengan penulis nie, seorang penulis di
bawah naungan Karya Seni atau ada yang masih belum kenal dengan
penulis nie..Sebenarnya sahabat saya nie baru saja terlibat dengan
bidang penulisan novel dan namanya pun terpahat sebagai penulis novel
yang baru di abad nie... hehehe amboii Cik Shikin.. saya saja jea nak
promote novel hasilan beliau, first novel dia bertajuk 'Awas! Bila
Hati Dah Sayang' dan second novel dia bertajuk 'Aku Suka Kau
Benci'... Saya selaku pengkritik novel dia (hehehehe) memberi komen,
rugi awak suma tak baca novel beliau...Asal-asalnya sahabat saya nie
cuma menulis mini novel saja kat penulisan2u tapi penerbit Karya Seni
berminat nak keluarkan novel hasil tulisan dia jadi keluarlah
hasilnya...
Novel
Awas! Bila Hati Dah Sayang nie berkisahkan novel cinta di mana Cinta
hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun
perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh
cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah
berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam
dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan
menjadi pembual bicara.
“Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?” - Ikram
Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.
Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.
“Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro, aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” - Khairil.
Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah? Well, tue sipnosisnya...
“Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?” - Ikram
Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.
Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.
“Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro, aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” - Khairil.
Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah? Well, tue sipnosisnya...
Manakala
novel 'Aku Suka Kau Benci' juga berkisahkan novel cinta di mana
BERMULA dari satu cabaran, Ikmal bertekad untuk memikat Mia Sarah.
Niat asalnya sekadar main-main tetapi hatinya pula yang terpikat
dengan gadis kampung tersebut. Namun, gadis itu cukup payah untuk
dilembutkan hatinya sekaligus membuatkan Ikmal berusaha memenangi
sekeping hati milik Mia sarah.
“Nak
buat apa saya beri dekat orang lain? Saya tak suka orang lain, saya
suka awak. Sebab tu saya nak bagi dekat orang yang saya suka. Orang
yang saya sayang.” - IKMAL“Hesy... Awak jangan merepek boleh tak? Siapa yang sukakan awak?” – MIA SARAH
“Awaklah, Cik Mia Sarah.” - IKMAL
“Perasan...” – MIA SARAH
“Saya memang perasan pun.” - IKMAL
Cinta tidak boleh dipaksa namun Ikmal sering kali memaksa. Penolakan cinta dan tragedi dia dimalukan oleh Mia Sarah membuatkan Ikmal sanggup melakukan tindakan di luar batas. Tindakan yang didorong atas rasa malu dan dendam. Namun, perasaan bersalah tiba-tiba terbit dalam hatinya dan perasaan sayang pula makin bercambah. Kesalahan besar yang dilakukan harus ditebus. Mia Sarah wajib dinikahinya walau dengan apa cara sekalipun.
“Abang cuma manusia biasa, Mia. Dan sebagai manusia biasa, abang tak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Maafkanlah abang. Sedangkan nabi pun ampunkan umatnya. Takkan Mia begitu keras hati tak ingin memaafkan abang? Abang akui kesilapan yang pernah abang buat tu. Please forgive me…”- IKMAL
“Saya pun manusia biasa juga. Dan sebagai manusia biasa, cukup susah untuk saya melafazkan maaf. Macam yang pernah awak cakapkan dulu, sorry seems to be the hardest word. Saya takkan maafkan awak sampai bila-bila. Awak telah menyakitkan saya. Saya takkan lupa apa yang awak pernah buat pada saya. Takkan pernah lupa...” – MIA SARAH
Keadaan menjadi lebih parah apabila Mia Sarah disahkan menghidap skizofrenia. Ikmal menjadi serba salah dan menyesal. Adakah semua yang berlaku ini berpunca daripadanya? Berjayakah Ikmal membuka pintu hati Mia Sarah? Dapatkah Mia Sarah memaafkan kesalahan besar yang dilakukan oleh Ikmal? Hehehe yang nie adalah sipnosisnya...
Awak suma boleh dapatkan novel-novel nie di pasaran tempatan samada beli kat kedai atau order kat online... Memang best novel-novel nie dan tak rugi jika membacanya... Okey, setakat dulu coretan saya pada hari nie..
Jaa, mata nee...
Selamat hari lahir adikku Naim yang ke...? hehehehe Alhamdulillah sumanya dah besar-besar belaka.. Kak Nur harap Naim akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.. Semoga Naim menjadi seorang anak, seorang suami dan seorang walid yang diredhai oleh Allah SWT...
Apapun yang berlaku Kak Nur harap Naim akan sabar dan tabah dalam menghadapi sebarang kemungkinan sebab ianya adalah ketentuan dan ujian daripada Allah..Sebab Allah mahu menguji sejauh mana keimanan kita padaNya dan sejauh mana kita mengingatiNya... Kak Nur sayang suma adik-adik kak Nur dan bak kata pepatah, air dicincang takkan putus...
Jaa, mata nee...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons