Salam
ceria semua...
Lamanya
saya tak update blog nie, gomennasai minna-san... Line internet
sekarang nie memang lembap giler, so memang malas la saya nak update
blog, nak bukak page pun lembap...hmmm sori yea...
Hari
nie saya nak berceloteh tentang novel hasil karya sahabat saya a.k.a.
Pegawai atasan saya, Puan Jamilah atau lebih dikenali sebagai Tinta
Biru... Mesti awak suma kenal dengan penulis nie, seorang penulis di
bawah naungan Karya Seni atau ada yang masih belum kenal dengan
penulis nie..Sebenarnya sahabat saya nie baru saja terlibat dengan
bidang penulisan novel dan namanya pun terpahat sebagai penulis novel
yang baru di abad nie... hehehe amboii Cik Shikin.. saya saja jea nak
promote novel hasilan beliau, first novel dia bertajuk 'Awas! Bila
Hati Dah Sayang' dan second novel dia bertajuk 'Aku Suka Kau
Benci'... Saya selaku pengkritik novel dia (hehehehe) memberi komen,
rugi awak suma tak baca novel beliau...Asal-asalnya sahabat saya nie
cuma menulis mini novel saja kat penulisan2u tapi penerbit Karya Seni
berminat nak keluarkan novel hasil tulisan dia jadi keluarlah
hasilnya...
Novel
Awas! Bila Hati Dah Sayang nie berkisahkan novel cinta di mana Cinta
hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun
perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh
cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah
berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam
dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan
menjadi pembual bicara.
“Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?” - Ikram
Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.
Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.
“Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro, aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” - Khairil.
Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah? Well, tue sipnosisnya...

Manakala
novel 'Aku Suka Kau Benci' juga berkisahkan novel cinta di mana
BERMULA dari satu cabaran, Ikmal bertekad untuk memikat Mia Sarah.
Niat asalnya sekadar main-main tetapi hatinya pula yang terpikat
dengan gadis kampung tersebut. Namun, gadis itu cukup payah untuk
dilembutkan hatinya sekaligus membuatkan Ikmal berusaha memenangi
sekeping hati milik Mia sarah.
“Nak
buat apa saya beri dekat orang lain? Saya tak suka orang lain, saya
suka awak. Sebab tu saya nak bagi dekat orang yang saya suka. Orang
yang saya sayang.” - IKMAL“Hesy... Awak jangan merepek boleh tak? Siapa yang sukakan awak?” – MIA SARAH
“Awaklah, Cik Mia Sarah.” - IKMAL
“Perasan...” – MIA SARAH
“Saya memang perasan pun.” - IKMAL
Cinta tidak boleh dipaksa namun Ikmal sering kali memaksa. Penolakan cinta dan tragedi dia dimalukan oleh Mia Sarah membuatkan Ikmal sanggup melakukan tindakan di luar batas. Tindakan yang didorong atas rasa malu dan dendam. Namun, perasaan bersalah tiba-tiba terbit dalam hatinya dan perasaan sayang pula makin bercambah. Kesalahan besar yang dilakukan harus ditebus. Mia Sarah wajib dinikahinya walau dengan apa cara sekalipun.
“Abang cuma manusia biasa, Mia. Dan sebagai manusia biasa, abang tak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Maafkanlah abang. Sedangkan nabi pun ampunkan umatnya. Takkan Mia begitu keras hati tak ingin memaafkan abang? Abang akui kesilapan yang pernah abang buat tu. Please forgive me…”- IKMAL
“Saya pun manusia biasa juga. Dan sebagai manusia biasa, cukup susah untuk saya melafazkan maaf. Macam yang pernah awak cakapkan dulu, sorry seems to be the hardest word. Saya takkan maafkan awak sampai bila-bila. Awak telah menyakitkan saya. Saya takkan lupa apa yang awak pernah buat pada saya. Takkan pernah lupa...” – MIA SARAH
Keadaan menjadi lebih parah apabila Mia Sarah disahkan menghidap skizofrenia. Ikmal menjadi serba salah dan menyesal. Adakah semua yang berlaku ini berpunca daripadanya? Berjayakah Ikmal membuka pintu hati Mia Sarah? Dapatkah Mia Sarah memaafkan kesalahan besar yang dilakukan oleh Ikmal? Hehehe yang nie adalah sipnosisnya...
Awak suma boleh dapatkan novel-novel nie di pasaran tempatan samada beli kat kedai atau order kat online... Memang best novel-novel nie dan tak rugi jika membacanya... Okey, setakat dulu coretan saya pada hari nie..
Jaa, mata nee...
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧