Assalamualaikum wbt...
Sekali lagi negara kita ditimpa musibah, pesawat AirAsia QZ8501 telah disahkan terhempas sejak dilaporkan hilang dari radar 6 hari yang lalu... Allahu Rabbi... Saya turut berasa sedih di atas kehilangan pada mereka yang terkorban, apatah lagi dengan penerimaan waris yang terkorban... Salam takziah daripada saya...
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang beragama Islam dan berdoa agar semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat...
Amin Ya Rabbal A'lamin...
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
Hari nie saya nak berceloteh pasal petua di zaman dahulu kala, hehehehe yea ke? Gasak lah, sebab dah tak tahu nak celoteh pasal apa kerana nak lari dari bersedih disebabkan banjir yang melanda negeri pantai timur... well, here we go...
KHASIAT MINYAK ZAITUN
- Usapkan minyak zaitun ke bahagian bawah mata sebelum tidur secara teratur untuk menghilangkan lebam bawah mata.
- Minyak zaitun juga dapat menyihatkan kembali bibir kurang sihat serta menjadikannya merona. Caranya dengan mengusapkan minyak zaitun ke bibir sebelum tidur secara teratur.
- Minyak zaitun juga dapat membantu menguatkan kuku pada kaki dan tangan. Rendam kaki dalam air hangat yang dicampur dengan minyak zaitun untuk kuku yang lebih kuat.
MENANGGALKAN GULA-GULA GETAH PADA PAKAIAN
Petua paling mudah dan cermat untuk menanggalkan gula-gula getah yang terlekat pada pakaian adalah seperti berikut ; lipatkan pakaian yang terkena gula-gula getah dengan cara menghadapkan bahagian yang terlekat itu ke luar. Selepas itu, masukkan lipatan pakaian tadi ke dalam karung plastik dan biarkan ia di dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Kemudian keluarkan semula pakaian tersebut dan anda akan dapati gula-gula tadi telah menjadi keras dan mudah untuk ditanggalkan daripada pakaian. Jika belum berhasil, sejukkan pakaian itu semula dalam tempoh yang lebih lama.
TAJAMKAN MATA GUNTING
Ambil daun bambu kira-kira 10 helai. Potonglah daun itu dengan gunting yang tumpul. Selepas itu, cuba gunting kertas atau pakaian dan jika masih tumpul, ulangi langkah sebelum ini.
DAUN BUNGA RAYA UNTUK RAMBUT GUGUR
Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan bersihkan lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air. Ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau. Kemudian basuh rambut anda menggunakan air daun bunga raya tersebut. Biarkan beberapa minit dan baru boleh dibilas.
Semoga ianya akan memberi manfaat kepada kita semua...Apa kata awak cuba jika berlaku salah satu daripada di atas.....okey, jaa mata nee...
Jom amalkan kalimah-kalimah indah yang selalu diamalkan oleh Nabi Muhammad Saw.Daripada kita berzikir dengan telefon bimbit kita,berzikir dengan lagu kegemaran kita,apa salahnya sekali sekali berzikir dengan kalimah-kalimah ini.Bukan sahaja melatih diri menjadi lebih baik tetapi juga dapat menambahkan iman dan pahala kita. Insha Allah..
Amalkanlah
kalimah-kalimah ini sewaktu lapang awak semua.Insha Allah ia menjadi
saham kita di akhirat kelak.Bukan saja sewaktu gembira tapi tatkala
bersedih pun boleh diamalkan.Jom amalkan....
Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan
dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni doasa-dosanya walau
sebanyak buih di lautan.”
Bismillahirrahmanirrahim (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani) – Pada tiap-tiap ketika hendak mengerjakan/melakukan sesuatu.
Alhamdulillah ( Segala puji bagi Allah SWT ) – Pada tiap-tiap sesudah/selesai melakukan sesuatu.
Astaghfirullah hal azim (ku memohon keampunan kepada Allah
lagi Maha Agung) – Apabila tersilap mengatakan sesuatu yang buruk sama
ada sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja.
Insha Allah (Dengan izin Allah SWT) – Apabila ingin atau berniat melakukan sesuatu pada masa akan datang.
Laa Haula Wala Quwwata Illah Billah (Tiada daya dan tiada
kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata) - Apabila tidak
dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
Innalillahi wainna ilaihi raji'uun (Sesungguhnya dari Allah ia datang, dan kepadaNya jua ia kembali) - Apabila menerima sesuatu musibah atau melihat kematian.
Laa Ilaha Illallah (Tiada tuhan melainkan Allah SWT) -
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu
moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah.
Innalillah Wainna Ilahirajioun...sekarang nie banjir di Pantai Timur semakin buruk, dan dengar citer di Perak, Perlis pun dah semakin buruk jugak...Allahu Akbar... Rasa macam nak balik jea untuk beri pertolongan pada mereka yang dalam kesusahan, tapi apakan daya saya tidak mempunyai cuti lagi, kalu tak, saya pun akan balik untuk beri pertolongan.. Semoga Allah akan memberikan rahmat dan ketenangan pada mereka yang dalam kesusahan... Dan diharapkan pada semua mangsa banjir akan tabah dan sabar dalam menghadapi musibah ini... Pada kawan-kawan yang ingin beri pertolongan atau sumbangan, nie ada senarai nama tabung bantuan kecemasan dengan harapan dapat meringankan beban kepada mangsa banjir....
Salam ceria semua...hehehe arinie saja jea saya nak bercerita pasal end year sale atau jualan akhir tahun..Yealah sekarang nie kan dah masuk bulan Disember, mesti ada banyak offer yang terdapat di pasaraya dan butik, kan... Masa nielah kot kita nak membeli barang keperluan samada diri sendiri atau keluarga... Hmmm sebut pasal keluarga, mesti dah ramai kot yang sedang membeli barangan keperluan sekolah anak-anak... Baju, kasut, beg, alatulis dan macam-macam lagi yang perlu kita beli, yea tak? Saya teringat semasa di zaman sekolah, dulu..time macam nielah kita boleh mintak kasut baru, beg baru dan semuanya baru, konon sebagai motivasi diri di tahun depan untuk pembelajaran cemerlang...hehehehe tapi kadang-kadang apa yang dimintak tak dapat sebab nak beri peluang pada adik-adik yang lain untuk beli barang keperluan...
Saya masih ingat lagi bagaimana kuatnya abah dan ummie saya bekerja mencari rezeki untuk kami adik beradik, dan semasa di tahun 1999, secara kebetulan anak-anak mereka mempunyai peperiksaan yang amat penting sekali...Mana taknya, awak suma bayangkan, masa tue, saya akan mengambil exam SPM, adik yang kedua mengambil exam PMR dan adik ketiga ambil exam UPSR, fuhhhhh....Memang terasa pening kepala abah dan ummie saya kejap... Tiga exam penting berlaku sekaligus dalam tahun tue.... Dan saya rasa tahun 1999 jugalah exam SPM menggunapakai sistem pangkat 1, pangkat 2 dan pangkat 3... Sekarang nie exam SPM mempunyai sistem yang lebih sistematik dan saya pun tak berapa faham dengan sistem yang ada sekarang...hmmm nak kena kaji semula nie, heheheh dah macam doktor plak nak kaji mengkaji.... hehehe okey, berbalik pasal membeli barang keperluan, mesti awak suma dah berkira-kira apa yang nak dibeli kan... Masa nielah kot handbag, kasut, kain, and so on akan membuat lelongan diskaun untuk menarik perhatian kita untuk membeli... hehehehe saya pun tak terkecuali jugak, tapi bukan beli sendiri... Ianya dihadiahkan oleh Shahril, sebab dia kata dah lama dia nak berikan hadiah untuk saya... hehehehe
Okeylah, setakat nie dulu coretan saya... Jaa mata nee...
Salam ceria semua, entri hari nie saya cuma nak berkongsi satu maklumat tentang 30 orang pertama dalam Islam... Masa kita belajar dulu, kita ditanya siapakah yang mencipta telefon, mentol, elektrik dan sebagainya, tapi penah ke kita fikir siapa pulak yang menulis kalimah Bismillah? Kalu anak-anak kita bertanya soalan tue, terkulat-kulat jugak kita nak menjawabnya sebab anak-anak sekarang, pelajaran mereka lagi advanced dari kita... So saya nak berkongsi sikit tentang suma tue, mana tahu berguna untuk awak suma dan saya nanti...heheheh
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
Assalamualaikum,
Hari nie saya menerima berita sedih daripada Shahril iaitu opah telah meninggal dunia pada jam 6.30 pagi tadi.... Terasa baru lagi kami berkenalan dan bersua muka pada minggu lepas, iaitu semasa nak berlangsungnya majlis pertunangan mak sue, mak sedara Shahril...
Arwah opah dimasukkan ke hospital Slim River pada hari Sabtu lepas, selepas terkena serangan strok dan selepas itu, arwah opah hanya duduk di wad saja sehinggalah pada hari Khamis lepas, arwah opah dibawa balik ke rumah.... Masing tergiang di telinga saya sewaktu saya ingin mandi, arwah opah sempat berpesan agar berhati-hati ketika melangkah ke dalam bilik air, dikhuatiri saya terjatuh di dalam bilik air, maklum saja bilik air itu licin dan basah.... Hmmm sedih plak rasanya, sebab seperti rasa kehilangan seorang lagi nenek yang saya sayangi... Dulu masa arwah babah saya meninggal, saya menangis kuat jugak sebab saya memang rapat dengan arwah babah, begitu jugak semasa arwah habib saya meninggal dunia...Tapi tue la, ajal maut dan jodoh pertemuan di tangan Allah... Kita yang masih hidup nie, kena teruskan kehidupan walaupun terasa pahit untuk ditelan... Saya harap agar keluarga Shahril akan tabah dan sabar menghadapi dugaan ini...
Awak tahu tak pasal makanan tradisional Terengganu dan Kelantan dipanggil Jala Emas? Ada yang mengetahuinya dan ada yang terkulat-kulat...Camne yea rupanya jala emas tue?
Sumber gambar : Google Images |
Inilah rupanya jala emas, nampak macam sedap kan... Masa saya di zaman kecik-kecik dulu, saya selalu dapat makan bila time orang kawin, sebab selalunya makanan ini digunakan sebagai hantaran perkahwinan selain daripada makanan wajik... Jala emas nie berbentuk seperti mee atau jaluran maggie dan nak buat jala emas nie memang agak cerewet sikit... Tapi saya boleh bagi resipinya.... Jom kita tengok resipinya dan awak suma bolehlah mencuba...
Bahan-bahannya
- 15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)
- 400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis – 250g @ 300g)
- 2-3 helai daun pandan
- 4 cawan air masak sebaiknya
- Beberapa helai daun pisang untuk dibuat corong
Cara-cara membuat
Tapis kuning telur dan pukul sedikit. Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis air gula dan kemudian masak
bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan
berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau sapu keliling periuk
kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air
gula tersebut. Angkat dan toskan. Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang lidi satay ataupun garfu. Lepas itu bolehlah dihidangkan....Well...selamat mencuba...jaa mata nee...
Selamat hari lahir untuk abah tersayang... Semoga abah berada dalam keadaan yang sihat, dikurniakan kesihatan yang baik..semoga abah sentiasa diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT selalu... Nur sayangkan abah... Muaahhh i love you abah!!! Sori tahun nie Nur tak dapat meraikan birthday abah, sebab duduk berjauhan tapi Insha Allah lain kali kita akan sambut bersama-sama dengan adik-adik...
Awak suma nak tahu, hari lahir kami cuma terbalik saja, abah saya dilahirkan pada 8hb bulan 12, manakala saya pulak 12hb bulan 8, nampak terbalik kan.... hehehe mula-mula memang kami tak perasan tapi selepas tue baru perasan, padanlah saya memang rapat dengan abah jika dibandingkan dengan ummie saya... ada persamaan tarikh lahir rupa-rupanya... Dua-dua memang jadi kesayangan saya sebab mereka lah yang melahirkan dan membesarkan saya...Takde abah dan ummie maka saya takkan ada di dalam dunia nie, betul tak?
Hmmm...Sempena cuti sekolah nie, apa adik-adik tengah buat yea? Waktu bermain tue bermainlah jugak tapi jangan lupa tentang waktu pembelajaran..Walaupun waktu belajar belum mula lagi, tapi rasanya tak salah kalu kita nak belek-belek buku yang berkaitan dengan pembelajaran....
Jaa mata nee
Assalamualaikum,
Okey, kita tinggal kejap bab makanan, kita akan beralih ke bab kucing pulak... Saya ada membela 4 ekor kucing yang saya gelarkan 'askar wataniah' belakang rumah sebab mereka menjaga 'keamanan' di belakang rumah..hmmm macamana nak cakap yea, mereka nie tak bagi seekor kucing lain pun lalu di belakang rumah saya, awas kalau mereka melalui jugak jalan tue, askar saya akan berkejar sampai hujung taman perumahan saya..bukan setakat kucing betina saja dihalaunya, malah kucing jantan pun mereka halau jugak, memang geli hati tengok gelagat mereka...adakalanya mereka suka menyakitkan hati saya, contohnya macam mereka sengaja bermain gelongsor lantai takala saya menyapu sampah, huhuhu sakit jiwa jugak bila mereka kembali menyepah habuk yang saya dah sapu... tapi nak marah-marah sangat memang saya tak sampai hati, maklumlah mereka nie dari keturunan kucing saya yang dah bergenerasi sampaikan saya tak ingat berapa ke generasi...Dan kalau saya solat pulak, kena tutup pintu sebab taknak mereka mengacau saya solat... Kalau mereka mengacau saya solat, memang tak khusyuk dibuatnya, mana taknya, mereka akan geselkan muka mereka kat kaki saya, lepas tue sesuka hati baring di atas sejadah.. Jenuh saya menepis mereka tapi kejap aje, mereka pasti akan kembali baring di atas sejadah... Lepas tue kalu saya mandi pulak, masing-masing akan menunggu saya di pintu bilik air... Merekalah teman sepermainan saya sekarang dan saya akan terus membela mereka sampailah ajal menjemput salah seorang dari kami (sobb..sobb.. adegan sedih la pulak)
Saya masih ingat lagi sejak kecik saya memang fobia dengan kucing sebab masa saya kecik dulu, kucing penah menggigit punggung saya dan sejak tue saya mula fobia dengan kucing...tapi lepas pada saya jumpa seekor kucing yang amat manja sekali, perasaan fobia hilang sama sekali.. Mula-mula tue takut jugak nak pegang ia, tapi ia langsung tak bergerak malah merelakan saja apa yang saya buat... Saya dengan adik-adik mula membela kucing tanpa pengetahuan ummie sebab ummie tak suka pada bau tahi kucing...tapi sekarang Alhamdulillah ummie dah boleh menerima kehadiran kucing di rumah kami malah ummie akan risau tentang pemakanan kucing di rumah jika bertandang di rumah saya berhari-hari...Hari nie saya nak kongsi fakta kucing yang mungkin ada di kalangan kita tak tahu..
- Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, iaitu 5 kali lebih banyak dari manusia.
- Kucing memiliki 230 tulang, iaitu 24 kali lebih banyak dari manusia.
- Kucing tidak memiliki collarbone, sehingga membolehkannya masuk menerusi celah atau lubang selebar kepalanya.
- Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan.
- Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia atau anjing. Had pendengaran kucing sejauh 65 khz, sedangkan manusia hanya 20 khz.
- Kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lainnya (dalam hubungannya dengan besarnya tubuh).
- Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan total, akan tetapi ketajaman matanya pada malam hari sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan perefleksi cahaya yang disebut tapetum yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang memasuki retina mata.
- Cakupan pandangan kucing 185 darjah.
- Kucing memiliki deria bau 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia 5-20 juta.
- Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan per menit (jika anda ingin melakukan pemeriksaan denyut nadi kucing, lakukan di paha belakang di bahagian sendi yang menghubungkan kaki dengan tubuh).
- Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per menit.
- Suhu tubuh kucing normal 102 °F atau 38.8 °C.
- Kucing kampung dapat lari dengan kecepatan 31 mile per jam.
- Kucing memiliki sistem saraf yang sangat sensitif.
- Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya.
- Setiap kucing memiliki nose pad yang sangat khas, sehingga tidak akan pernah ada dua kucing yang memiliki sidik hidung yang sama (sama seperti cap jari manusia atau belang pada kuda belang).
- Kucing merespon panggilan wanita lebih baik daripada lelaki. Hal ini mungkin kerana suara wanita memiliki puncak yang lebih tinggi.
- Orang yang alergi/alah terhadap kucing pada umumnya alergi terhadap air liur kucing.
- Telah dibuktikan secara ilmiah bahawa mengelus-elus (membelai-belai bulu) kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah manusia.
- Purata umur kucing 15-16 tahun.
- Untuk menentukan kesetaraan umur kucing dengan umur orang, mulailah dengan 20 tahun sebagai umur tahun pertama kucing, kemudian tambahkan 4 tahun umur manusia untuk setiap umur tahun kucing. Sebagai contoh : Jika kucing anda berumur 4 tahun bererti umurnya setara dengan 20 tahun (untuk umur 1 tahun) ditambah 3 x 4 tahun, iaitu setara dengan umur 32 tahun pada manusia.
- Kucing memiliki daya menghidu yang sangat baik. Ini adalah alasan mengapa kucing tidak akan menggunakan bakul sampah kotor sebagai tempat untuk tidur. Kucing juga memiliki pendengaran yang bagus.
- Kucing benci bau minyak wangi. Mereka juga membenci aroma limau atau lemon.
- Kucing menganggap daerah yang memiliki bau amonia sebagai daerah eliminasi Jadi, tidak dianjurkan untuk menggunakan amonia untuk membersihkan bau urin kucing.
- Seekor kucing mengetahui perubahan dalam suasana hati tuannya. Oleh itu, kadang-kadang hal ini akan mempengaruhi kucing anda.
- Di negara United Kingdom, suara kucing ditulis 'Miaow'. Dalam bahasa Inggeris yang digunakan di Amerika, suara kucing sering ditulis dengan 'Meow'. Di Indonesia, suara kucing sering ditulis dengan kata 'Meong'. Manakala dalam bahasa Jepun sering ditulis dengan kata 'Nya'.
- Kucing termasuk haiwan yang sangat bersih. Mereka sering merawat diri dengan menjilati bulu mereka. Saliva atau air liur mereka adalah agen pembersih yang kuat tetapi dapat menyebabkan alergi pada sesetengah manusia. Kadangkala kucing memuntahkan semacam 'hairball' atau gulungan bulu yang terkumpul di dalam perutnya.
- Kucing dapat menyimpan energi dengan cara tidur lebih sering berbanding haiwan lain. Lama tidur kucing bervariasi antara 12–16 jam per hari, dengan angka purata 13–14 jam. Tetapi tidak jarang juag dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari.
- Pintu khusus kucing (cat flap) yang biasa terdapat pada pintu rumah terutama di barat, dimulakan pertama kali oleh Sir Isaac Newton (penemu hukum gravitasi).
- Ekor kucing dipergunakan untuk menjaga keseimbangan, terutama ketika sedang melompat atau berlari.
- Kucing memakan rumput dengan tujuan memperbaiki pencernaan dan membantu mengeluarkan bulu yang tertelan dan berkumpul di perutnya semasa membersihkan bulu.
- Kucing yang sihat mempunyai suhu tubuh 38°C – 39.5°C.
- Kucing betina matang secara seksual ketika berumur 6-10 bulan, sedangkan kucing jantan pada umur 9 -12 bulan.
- Purata jumlah anak kucing dalam satu kelahiran adalah 2-6 ekor.
- Dengkuran kucing (purring) tidak selalu menunjukkan bahawa kucing dalam keadaan nyaman/selesa. Kucing juga akan melakukan hal yang serupa dan lebih keras pada ketika dalam keadaan stres atau kesakitan.
- Semua kucing memerlukan taurine (sejenis asid amino yang biasa ditemukan dalam sumber makanan seperti daging dan ikan) dalam makanan untuk mencegah kebutaan. Kucing juga harus mengambil sejumlah lemak dalam makanan kerana tidak dapat memproduksi lemak sendiri.
- Ketika seekor kucing menggosokkan badannya ke kaki atau badan anda, ia sebenarnya sedang 'menandai' anda dengan baunya dan menyatakan anda sebagai pemiliknya.
- Purata umur kucing yang hidup di luar rumah sekitar 3-5 tahun, sementara yang hidup di dalam rumah dapat mencapai umur 16 tahun atau lebih lama.
- Purata waktu tidur kucing sekitar 16 jam.
- Kaki depan kucing mempunyai 5 jari dan 4 jari pada kaki belakang. Kucing yang lahir dengan 6 atau 7 jari pada kaki depan dan tambahan jari pada kaki belakang disebut polidaktil.
- Kucing dewasa mempunyai 30 batang gigi, 16 batang di rahang atas dan 14 batang di rahang bawah.
- Ada sekitar 9600 helai bulu tiap cm2 kulit bahagian atas dan sekitar 19200 helai bulu tiap cm2 kulit bahagian bawah.
- Lidah kucing tidak dapat merasa kerana kurangnya sensor saraf perasa di lidah. Manusia mempunyai sekitar 9000 sensor saraf perasa di lidah, sedangkan kucing hanya mempunyai 473 buah. Ini bermakna nafsu makan kucing dipengaruhi oleh bau bukan rasa makanan.
Apapun, kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah SAW dan kita pun hendaklah sayangi haiwan jugak dan jangan menganiayai mereka... Sebab di akhirat nanti kita akan disoal oleh Allah... Jaa mata nee minna-san...
Salam di hari Isnin yang sungguh indah sekali, hehehe dah berfalsafah pulak saya nie kan... Maklumlah, selalunya orang cakap "Monday Blues" yang membuat kita rasa tak bersemangat untuk bekerja disebabkan ada di antara kita bercuti dua hari... Pada rakan-rakan yang mengambil cuti sempena cuti sekolah nie, kirim salam pada orang kampung yea biarpun saya tak mengenali orang kampung awak...hehehe dan tak lupa jugak kirim salam pada suma family awak, katakan pada mereka yang Shikin Razali a.k.a. Starlavenderluna kirim salam...hahahahah macamlah mereka mengenali saya,kan...
Hari nie saya nak berkongsi resipi kat awak, mungkin ada di antara kita dah tahu resipi nie melalui facebook.. Resipi nie saya dah buat sebelum nie, mula-mula family saya tak berapa "mesra alam" sikit sebab makanan yang tak pernah mereka makan tapi habis jugak satu bekas tue...hehehe... Panjang pulak mukadimahnya, nama resipi nie adalah "karipap roti"... Nak tahu bahan-bahannya? jom kita skroll kat bawah nie...
Sumber gambar : Google Images |
Sebungkus roti Garniea
Inti :-
3 biji telur
Lada sulah
Garam secukup rasa
Sebiji bawang kuning (mayang halus)
Cara buat/masak :-
Inti karipap roti
Pecahkan telur, letakkan garam kemudian campurkan bawang yang telah dimayang halus. Pukul telur tersebut. Panaskan kuali dengan api sederhana. Tuangkan minyak dan kacau telur dengan perlahan hingga hancur. Angkat telur hancur tadi kemudian taburkan lada sulah.
Kulit karipap roti
Ambil sekeping roti. Letakkan di atas acuan karipap. Isikan inti yang telah dimasak tadi. Tekapkan dengan acuan. Goreng dalam minyak yang panas selama 1-2 minit sahaja. Angkat dan toskan. Jangan menggoreng terlalu lama kerana roti cepat menyerap minyak. Sedia dihidangkan.
Macamana? Nampak ringkaskan masakannya, saya pun dah penah cuba, hingga terpaksa buat dua bungkus roti sebab permintaan yang cukup tinggi di kalangan ahli keluarga saya... Awak suma boleh mencuba resipi nie, memang best dimakan samada di waktu pagi atau minum petang, nak buat makan malam pun boleh tapi sebagai kudapan malam la...
Insha Allah nanti saya kongsikan lagi mana-mana resipi yang penah saya buat... Jaa mata nee, minna-san...
Insha Allah nanti saya kongsikan lagi mana-mana resipi yang penah saya buat... Jaa mata nee, minna-san...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons