Assalamualaikum,
Yeaayyyy.... Alhamdulillah dapat cuti lama, beruntung la pada rakan-rakan yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, hehehe... Hari wilayah pada tahun nie jatuh pad hari Ahad, kemudian diganti pada hari Isnin dan seterusnya hari Selasa pulak adalah cuti umum hari Thaipusam... hehehe straight day dapat cuti dari hari Sabtu... So apa planning awak suma? Mesti banyak planning yang kita boleh buat pada hari cuti yang agak panjang jugak kan, mesti ada yang bercuti ke mana-mana atau paling koman pun balik ke kampung masing-masing... Saya pun takdelah planning nak gie mana-mana tapi planning berkemungkinan nak menolong adik saya untuk mengemas rumah baru dia, di mana suami dia baru dapat kerja sebagai bilal di sebuah masjid di Puncak Alam.. Pihak masjid menyediakan sebuah rumah (macam kuarters la) dan sebuah motorsikal untuk kegunaan beliau mengulang alik dari masjid ke rumah... Tapi jika dia tak bertugas sebagai bilal, dia akan duduk bekerja di pejabat.. Tapi memandangkan adik saya tak dapat pindah lagi dari sekolah lama dia di Keramat so kena berpisah sekejap, tapi takdelah berpisah jauh pun, kiranya hujung minggu sekali dia akan balik di Puncak Alam...Buat sementara nie, adik saya tue perlu menyewa bilik di area Keramat, berdekatan dengan sekolah yang dia mengajar... Dan mereka berpindah pun pada minggu lepas jadi rumah baru yang sekarang nie belum dikemas dan dikeluarkan barang daripada kotak...
Jaa, mata nee...
Alhamdulillah... tahniah kepada rakan-rakan yang dicalonkan ke gred S22...
Tuesday, January 13, 2015
Pejam celik rupa-rupanya dah setahun peristiwa pahit tue berlalu, dan Alhamdulillah saya semakin dapat menyesuaikan diri dengan suma dugaan nie... Sebab saya rasa ada orang lain yang mengalami dugaan yang lebih dahsyat lagi daripada saya.. Jika orang yang mengalami dugaan dahsyat dapat menyesuaikan diri mereka, jadi mengapa tak diri sendiri kan... hehehe amendalah saya dok merepek nie... Okey, jaa mata nee...
Assalamualaikum,
Awak suma penah tak bertungku? Biasanya rawatan bertungku nie lebih sinonim dengan wanita yang melalui proses melahirkan anak, tapi awak suma tau tak yang trend bertungku bukan lagi terhad untuk tujuan tersebut... Bertungku nie bagus untuk kita orang perempuan kerana ianya bukan saja dapat membantu membaik pulih kesihatan dalaman malah ianya dapat membantu dalam proses melangsingkan badan tapi kena konsisten lah kalu nak bertungku, hehehehe..
Amalan bertungku nie dikatakan dapat menghilangkan keletihan, mengurangkan sakit-sakit badan serta memberi kelegaan pada urat yang tegang dan sengal.. Ia juga dapat membantu membuang toksin, menghilangkan stres, melancarkan perjalanan darah dan memecah lemak di samping membuang angin yang terkumpul dalam badan...
Well, saya ada terbaca satu tips macamana kita buat sendiri tungku bunjut... Jom kita tengok camne cara buat dan awak suma bleh lah praktis di rumah....
Bahan-bahan :-
Kain bentuk empat segi
Lada hitam
Biji sawi
Jintan
Halba
Tali
Cara membuatnya :-
Campurkan kesemua herba ini dan goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan-bahan tersebut di dalam kain. Ikat seperti bunjut. Panaskan bunjut di dalam ketuhar gelombang mikro atau periuk elektrik selama 5 hingga 10 minit. Tuam bahagian tubuh yang sakit menggunakan tungku tersebut...
Amalan bertungku nie dikatakan dapat menghilangkan keletihan, mengurangkan sakit-sakit badan serta memberi kelegaan pada urat yang tegang dan sengal.. Ia juga dapat membantu membuang toksin, menghilangkan stres, melancarkan perjalanan darah dan memecah lemak di samping membuang angin yang terkumpul dalam badan...
Well, saya ada terbaca satu tips macamana kita buat sendiri tungku bunjut... Jom kita tengok camne cara buat dan awak suma bleh lah praktis di rumah....
Bahan-bahan :-
Kain bentuk empat segi
Lada hitam
Biji sawi
Jintan
Halba
Tali
Cara membuatnya :-
Campurkan kesemua herba ini dan goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan-bahan tersebut di dalam kain. Ikat seperti bunjut. Panaskan bunjut di dalam ketuhar gelombang mikro atau periuk elektrik selama 5 hingga 10 minit. Tuam bahagian tubuh yang sakit menggunakan tungku tersebut...
Nah, nampak senang aje bukan...awak suma bolehlah mencuba di rumah.. Sekali sekala kita kena manjakan diri kita dengan rawatan tradisional nie jugak agar ianya tak ditelan dek zaman... Ambooiii bahasa...hehehehe... Selamat mencuba...
Adoiihh mata tak boleh nak tidur plak, tak tahu mengapa.. Well, entri kali nie saya nak berkongsi resipi dengan awak semua, iaitu resipi kerabu sotong... Ianya ringkas saja dan menyihatkan... Jom kita sama-sama mebuatnya..
Bahan-Bahan :-
5 ekor sotong rebus (hiris bulat)
1 batang kacang panjang (hiris kecil-kecil)
1/2 batang bunga kantan (hiris kecil-kecil)
1 biji tomato (hiris kecil-kecil)
1 sudu teh garam
2 sudu teh kicap sotong
1 sudu air limau nipis
Cara membuat :-
Gaulkan semua bahan di dalam mangkuk dan sedia dihidangkan
See, nampak senang dan ringkas kan... Selamat mencuba yea, suma... Okey, jam dah menunjukkan pukul 1.15am, so time to sleep... Jaa, mata nee... Oyasumi minna-san...
5 ekor sotong rebus (hiris bulat)
1 batang kacang panjang (hiris kecil-kecil)
1/2 batang bunga kantan (hiris kecil-kecil)
1 biji tomato (hiris kecil-kecil)
1 sudu teh garam
2 sudu teh kicap sotong
1 sudu air limau nipis
Cara membuat :-
Gaulkan semua bahan di dalam mangkuk dan sedia dihidangkan
See, nampak senang dan ringkas kan... Selamat mencuba yea, suma... Okey, jam dah menunjukkan pukul 1.15am, so time to sleep... Jaa, mata nee... Oyasumi minna-san...
Assalamualaikum,
Saya nak mengucapkan Salam
Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Marilah kita berselawat ke
atas junjungan Nabi Muhammad SAW agar kita mendapat syafaat daripada
baginda di akhirat nanti...Hadith Sahih. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Bacalah selawat kepadaku kerana sesungguhnya bacaan selawat kamu semua dapat sampai kepadaku di mana saja kamu berada .” [ Sila rujuk HR Abu Daud, Riyadus Solihin, 1398, Sahih menurut Imam Nawawi ]
Hadith Sahih. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku),melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [Sila rujuk HR Abu Daud dan Ahmad,Riyadus Solihin -1398,Sahih menurut Imam Nawawi ]
Hadith Sahih. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [Sila rujuk Sahih Muslim-0408]
Hadith Sahih. Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [Sila rujuk HR An-Nasaie-1271 ]
Hadith Sahih. Abdullah ibnu Masud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Seutama-utama manusia dengan aku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” [Sila rujuk HR At-Tirmizi-0483 dan beliau berkata hadith ini adalah hasan Gharib. Riyadus Salihin -1395 ]
Hadith Sahih. Hussain bin Ali memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya mereka berdua) bahawa Rasulullah (selawat Allah dan salam keatasnya) telah bersabda :”apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?”maka kami(para sahabat) menjawab : “Baik benar Rasulullah!” Maka Rasulullah (selawat Allah dan salam ke atasnya) meneruskan: “ Orang yang disebut namaku di hadapannya, maka tiada ia berselawat kepadaku, itulah manusia yang paling bakhil.!”
[Sila rujuk HR At-Tirmizi,Misykat Al-Masbih-3/299,no : 311.Riyadus Salihin -1440. Imam At-Tirmizi berkata hadith ini adalah sahih. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim ]
Hadith Hasan. Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya) berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.”
[Sila rujuk kitab Al-Mu’jam Al-Ausat oleh Imam Ath-Thabrani. Hadith Hasan]
Hadith Sahih. Abu Hurairah (semoga Allah meredhainya) berkata,Rasulullah (selawat Allah dan salam keatasnya) telah bersabda : “Tiadalah suatu kaum berada di sesuatu majlis di mana mereka tidaklah menyebut nama Allah dan mereka tidak pula berselawat ke atas Nabi mereka.melainkan mereka pasti akan ditimpai padah(penyesalan). Maka jika Allah kehendaki ,Dia akan seksa mereka ; dan jika Dia kehendaki, Dia akan mengampunkan mereka.” [Sila rujuk HR At-Tirmizi-3440 ]
Di dalam satu riwayat yang lain ,hadith ini di akhiri dengan: “……..mereka akan ditimpa penyesalan di hari Kiamat; sekali pun mereka dapat memasuki syurga bagi pahala amalan-amalan lain yang mereka kerjakan.” [Sila rujuk Musnad Imam Ahmad. Disemak semula sebagai Sahih oleh Imam Al-Hakim, Adz-Dzahabi dan Al-Haitami]
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, kita sudah melangkah tahun 2015 dan semoga semua apa yang kita hijrahkan telah tercapai di tahun lepas... Di tahun 2014, pelbagai kenangan dan peristiwa manis dan pahit yang telah kita lalui, bak kata orang, yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan...
So, dikesempatan ini saya nak ucap Selamat Tahun Baru kepada semua rakan-rakan blog saya di mana jua anda berada... Semoga di tahun ini kita akan mendapat berkat dan rahmat daripada Allah SWT... Tapi di dalam kegembiraan kita dalam menyambut tahun baru, janganlah pulak kita lupakan pada mereka yang berada dalam kesusahan.. Pelbagai peristiwa pahit yang melanda diri dan negara kita, jadi janganlah pulak kita lupa untuk mendoakan kesejahteraan mereka...
Rasanya tak banyak kot saya nak coretkan sebab badan saya tak berapa nak sihat, rasa macam nak demam...ayooo...janganlah demam dan dapat MC di awal tahun nie... hmmm
Jaa mata nee, minna-san...
True love with the bless,
True bless with Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons