Resipi Kerabu Sotong

Sunday, January 04, 2015



Adoiihh mata tak boleh nak tidur plak, tak tahu mengapa.. Well, entri kali nie saya nak berkongsi resipi dengan awak semua, iaitu resipi kerabu sotong... Ianya ringkas saja dan menyihatkan... Jom kita sama-sama mebuatnya.. 


Sumber gambar : Google Images


Bahan-Bahan :-
5 ekor sotong rebus (hiris bulat)
1 batang kacang panjang (hiris kecil-kecil)
1/2 batang bunga kantan (hiris kecil-kecil)
1 biji tomato (hiris kecil-kecil)
1 sudu teh garam
2 sudu teh kicap sotong
1 sudu air limau nipis 

Cara membuat :-
Gaulkan semua bahan di dalam mangkuk dan sedia dihidangkan


See, nampak senang dan ringkas kan... Selamat mencuba yea, suma... Okey, jam dah menunjukkan pukul 1.15am, so time to sleep... Jaa, mata nee... Oyasumi minna-san... 

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧