Mengapa kita kurang membaca?
Itu
adalah antara persoalan yang sering ditimbulkan ketika melihat senario
di kalangan masyarakat kita apabila menyentuh tentang budaya membaca.
Adalah penting bagi melahirkan lebih ramai generasi muda yang sukakan
membaca dan menjadikan amalan itu sebagai satu budaya agar tidak
ketinggalan dalam perlumbaan teknologi yang semakin sengit.
Pembangunan Negara
Pembangunan
sesebuah negara adalah bergantung kepada rakyatnya yang berpengetahuan,
berfikiran positif, rajin dan berdaya saing. Ilmu pengetahuan dapat
diperoleh melalui amalan membaca. Amalan membaca pula perlu
diperlengkapkan dengan kemahiran memilih bahan bacaan yang berkualiti.
Institusi keluarga berperanan untuk melahirkan individu yang bukan
sahaja gemar membaca tetapi menjadikan membaca sebagai budaya.
Usaha
membudayakan aktiviti membaca di kalangan generasi muda merupakan titik
tolak dalam membentuk masyarakat berpengetahuan yang dapat menyumbang
kemahiran dan kepakaran kepada pembangunan sesebuah negara.
Melestarikan Budaya Membaca
Institusi
keluarga pada asasnya sama-sama bertanggungjawab untuk membentuk,
menyemai, dan memupuk minat membaca di kalangan ahli keluarga dan
seterusnya melestarikan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Peranan ini perlu bagi memenuhi perkembangan mental kanak-kanak dalam
usaha bagi memenuhi keperluan, cita rasa, aspirasi, karenah dan sikap
ingin tahu yang hanya dapat dipenuhi melalui membaca.
Peranan Perpustakaan Negara Malaysia
Tidak
keterlaluan dikatakan bahawa purata dua buah buku dibaca oleh rakyat
Malaysia setahun merupakan nombor yang perlu dikaji dengan lebih
mendalam. Angka itu masih boleh dipersoalkan walaupun negara telah
menyaksikan bahawa penambahan mendadak jumlah pengunjung ke kedai-kedai
buku dan pesta buku antarabangsa. Penganjuran pesta itu dikatakan telah
mencapai matlamat apabila menerima kunjungan lebih 1 juta pengunjung.
Perpustakaan
Negara Malaysia (PNM) menggariskan empat strategi untuk mencapai
matlamat minat membaca di kalangan orang ramai. Di antaranya:
Pertama,
PNM akan bekerjasama dengan jentera kerajaan di peringkat negeri dan
daerah. Manakala kerjasama dengan sektor swasta bersifat bantuan
kewangan seperti penajaan, pembiayaan dan sumbangan dalam aktiviti yang
diadakan.
Kedua, PNM akan membina lebih banyak perpustakaan desa,
memperbanyakkan sudut bacaan di tempat tumpuan umum. Misalnya di
kompleks membeli belah dan perhentian bas supaya orang ramai boleh
mengisi masa terluang dengan membaca buku yang disediakan.
Ketiga, bagi memenuhi keperluan golongan kanak-kanak dan remaja
yang lebih cenderung dengan perkhidmatan atas talian, PNM akan
memantapkan aplikasi ICT dalam perkhidmatannya. Pendekatan konsep siber
ini diharap dapat menarik minat golongan itu untuk mendampingi
perpustakaan dan seterusnya menyuburkan budaya membaca dalam kalangan
mereka.
Keempat, memanfaatkan pertubuhan sukarela yang sedia ada bagi
menggerakkan program mari membaca. Sehubungan itu program membaca
boleh dilaksanakan secara tersusun, sistematik dan berterusan.
Kesimpulan
Pada masa ini
kita masih bergelut dengan kelembapan budaya membaca di kalangan rakyat
negara ini. Seharusnya amalan ini perlu dipupuk sejak kecil lagi bagi
melahirkan masyarakat membaca. Untuk membudayakan amalan membaca , semua
pihak termasuk kerajaan, swasta dan orang ramai perlu memainkan peranan
masing-masing khususnya dalam mengaplikasikan ilmu yang telah dibaca
dalam kehidupan seharian.
Sumber Rujukan : Perpustakaan Negara Malaysia
Utusan Malaysia – 5/11/2009
Saya nak berciter sikit pasal homestay yang keluarga Shahril menginap di Kuala Terengganu yang harganya untuk semalam boleh dikatakan agak murah iaitu RM170 semalam.. Nama homestay nie adalah Teratak Umi Homestay yang terletak berhampiran dengan Masjid Terapung, Kuala Ibai.. Homestay nie mempunyai 3 buah bilik tidur, 2 buah bilik air dan mempunyai aircond di dalam bilik utama... Semua kelengkapan memasak disediakan dan begitu juga dengan kelengkapan rumah yang lain... Secara ringkasnya homestay nie memang selesa sangat2 dan kami suma berpuas hati dengan perkhidmatan yang ada di homestay nie... Kalu awak nak tahu, jarak daripada homestay nie ke Masjid Terapung hanya 800 meter saja dan di depan homestay pun mempunyai sebuah mussolla untuk bersolat... Tuan rumah homestay nie mengatakan yang mussolla ini dimiliki oleh sebuah madrasah dan ramai kanak-kanak yang datang belajar agama di situ...
Jika awak suma malas masak, jangan risau kerana sepanjang jalan menghala ke homestay nie terlalu banyak kedai yang menyediakan masakan dan apa yang awak perlu buat pilih saja di mana awak nak makan, hehehe... Keluarga Shahril pun menyukai keadaan selesa di homestay nie dan mereka telah bercadang untuk kembali semula ke Kuala Terengganu dan menginap di homestay nie... Awak pun jika nak bercuti ke Kuala Terengganu dan ingin mencari homestay, nie nombor homestay tue 017-9000799...
okey, jaa mata nee....
1. Tahap suhu dalam kenderaan boleh mencecah paras dapat mengancam nyawa anak anda.
2. Anak anda boleh tercedera disebabkan oleh tingkap otomatik atau “sunroof”.
3. Anak anda boleh diculik atau dilarikan sekiranya kereta dicuri.
4. Anak anda secara tidak sengaja boleh menolak gear kenderaan dan ini boleh menyebabkan kenderaan bergerak.
Sumber : Kelab Keselamatan Jalanraya KEJARA
Alhamdulillah separuh daripada perjalanan hidup saya telah selesai dan kini saya kembali berdua... Awak suma doa2kan saya yea dan itulah majlis yang paling sempoi kot... Gambar? Nanti saya update gambar tue yea, sebab buat masa nie saya belum bersedia lagi nak dedahkan, hehe perasan macam artis plak... Saya balik ke Kuala Terengganu pada 19hb baru2 nie, ingatkan jalan takdelah jammed mana sebab masa lalu jalan MRR2 kereta tak banyak tapi sangkaan saya meleset jatuh merundum 100% bila kereta menghampiri ke Tol Gombak...Waduhhh, banyak sekali keretanya dan kereta bergerak dengan kelajuan 60km sejam sehingga ke R&R Genting Sepah.... Lepas melalui jalan LPT ingatkan dah takdelah jammed tapi lagi sekali meleset bila kereta menghampiri ke Tol Jabor, awak tahu 10km daripada tol tue dah jammed.... Selalunya kalu saya bergerak dari Salak Tinggi ke Kuala Terengganu mengambil masa 7 jam tapi dah beranjak ke 11 jam...memang letih gilerr sebab drive sorang2.... huhuhhuhu
Bila nak balik ke Salak Tinggi pun ingatkan dah tak jammed rupa2nya lagi teruk hingga sampai ke rumah hampir pukul 3 pagi, letihnya sampai tak boleh nak bagitahu macamana letihnya keadaan saya masa tue... Nasib baik kali nie saya balik berkonvoi dan adalah jugak bergilir2 memandu tapi walau jadi penumpang sekalipun, perasaan letih dan penat memang ada... Apa? Citer pasal majlis tue? nanti sampai masa dan waktu (eehhhh sama jea) saya akan ceritakan pada awak suma okey?!! hehehe
Jaa mata nee... bai bai....
Syukur Alhamdulillah, Allah memberi saya satu anugerah dan pemberian untuk saya mencari rezeki yang lebih dengan anugerah mengurut tapi bukan urutan bersalin sebab saya tak mahir untuk membuat urutan bersalin.. Setakat nie, saya cuma dianugerahkan urutan terapi dan Insha Allah saya boleh buat urutan tue...Kalu awak suma ada masalah tentang angin tersekat di dalam badan dan memerlukan urutan, awak boleh datang ke rumah saya (hari Sabtu dan Ahad, jika hari bekerja bergantung pada kesesuaian masa)...Awak boleh call atau wassap saya di talian 019-9884032 untuk temujanji...
Assalamualaikum,
Sempena nak cuti panjang nie, saya nak bagi tips pada awak dan diri saya sendiri untuk jadi seorang pemandu yang berhemah sebab malang tak berbau...
- Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda. Jangan biarkan emosi menguasai gaya pemanduan.
- Pastikan kenderaan dalam keadaan baik
- Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu
- Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Jangan memandu melebihi had laju
- Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan
- Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong
- Peka jika kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelak lopak air atau lubang besar di jalan raya.
- Sentiasa mematuhi lampu isyarat. Jangan melanggar lampu isyarat.
- Berhati-hati ketika memandu terutama ketika hujan lebat. Tayar mungkin hilang daya cengkaman pada permukaan yang basah.
- Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.
Assalamualaikum wbt..
Hari nie saya nak berkongsi info bagaimana untuk merangsang anak kita supaya rajin belajar walaupun saya sendiri belum ada rezeki untuk dikurniakan anak (Insha Allah)...
Ibu bapa pasti akan gembira apabila anak
pulang dengan keputusan peperiksaan cemerlang dan rajin mengulang kaji
pelajaran . Namun melahirkan anak yang bersikap begitu adalah sukar tapi
tidak mustahil. Yang penting kita perlu tahu cara betul mendisiplinkan
anak, tegas, dan mesra dalam pendekatan, sabar dalam membimbing dan
istiqamah. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum kita lihat sikap
rajin belajar itu mula berputik dan menjadi tabiat mereka.
Berikut adalah perkara yang perlu kita lakukan
1. Sediakan keperluan anak belajar secukupnya. Sebagai ibu bapa keperluan seperti buku tulis, buku tambahan, soalan-soalan peperiksaan tahun lalu, pen, pensil dan pemadam perlu diperhatikan dan disediakan. Oleh itu sentiasa semak keperluan belajar anak dan pastikan ia lengkap.
2. Semak beg anak-anak kita dari masa ke
semasa. Kenapa perlu? Sebab apabila kita semak tahulah kita selama ini
anak-anak siap kerja sekolahnya atau tidak. Mungkin juga ada surat-surat
penting daripada pihak sekolah. Ada juga kita menemui sesuatu yang
tidak kita sangka. Dengan menyemak beg anak kita memastikan anak-anak
tidak hilang fokus terhadap pelajarannya .
3. Sentiasa letak jangkaan bahawa anak
boleh berjaya. Ramai ibu bapa yang memandang rendah kebolehan anak-anak
mereka. Ada yang tidak membelikan buku –buku tambahan, ada yang menolak
dari memasukkan anak ke program motivasi dan ada yang merasakan anak
mereka bukan boleh cemerlang dalam pelajaran. Sikap ibu bapa begini
pasti merugikan. Anak-anak yang cemerlang lahir daripada ibu bapa yang
sentiasa mencari ruang dan peluang meningkat kan prestasi pelajaran
mereka.
4. Peraturan dibuat bersama. Apabila ibu
bapa mahu menetapkan waktu belajar, bermain dan rehat cuba babitkan
anak-anak. Minta pandangan dan persetujuan mereka. Peraturan yang dibuat
bersama lebih mudah diikuti dan dipatuhi berbanding yang datang
sepenuhnya dari ibu bapa sendiri.
5. Nyatakan ganjaran dengan jelas.
Memberikan ganjaran setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau
kedudukan yang baik dalam peperiksaan dapat mendorong mereka belajar.
Ibu bapa perlu bijak memikirkan apakah bentuk ganjaran disukai anak dan
mampu membuatkan mereka bersemangat.
6. Cari peluang memuji anak. Cuba kita
menjadi lebih sensitif dan prihatin terhadap tingkah laku anak. Apabila
kita benar-benar memerhatikannya pasti ada banyak peluang bagi kita
memuji secara positif. Puji anak ketika dia lakukan sesuatu yang betul.
Puji juga anak apabila dia menunjukkan peningkatan dalam pencapaiannya.
Dengan memuji maka anak tahu apa yang kita suka dan akan berusaha
mengulangi tingkah laku atau perbuatan itu pada lain masa.
7. Masukkan dia ke program motivasi .
Ibu bapa usah terlalu berkira-kira mengeluarkan sedikit pelaburan bagi
merangsang anak belajar. Ada ketikanya mereka mahu belajar tapi tidak
tahu cara, tidak tahu di mana mahu bermula, merasakan terlalu banyak
perlu dibaca, sukar untuk menghafal dan mengingat, kerap hilang fokus
atau mengantuk . Semua masalah ini boleh diatasi apabila mereka hadir ke
program Motivasi Pelajar.
8. Berikan anak-anak pemakanan yang
merangsang minda. Anak-anak perlukan pemakanan tambahan bagi menambah
tenaga dan mencerdaskan otak.
Kematian seorang pengulas sukan dan seorang ulama terkenal | Salam takziah
Friday, February 13, 2015
Assalamualaikum,
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”..
Kita dikejutkan dengan berita dua kematian semalam.. Pertama, seorang pengulas sukan yang paling tersohor di Malaysia, telah kembali menemui Allah ketika dalam rawatan di IJN dan kemudian pada malam jumaat pulak, kita kehilangan seorang ulama dan seorang pemimpin Islam yang terkenal di Malaysia, bahkan di seluruh dunia pun saya rasa allahyarham dikenali ramai, iaitu Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada 9.40 malam...
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Amin Ya Rabbal Alamin.. Kita perlu ketepikan soal politik kerana kita telah kehilangan seorang ulama, dan itu adalah tanda-tanda kecil hari kiamat.. Kita perlu mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat, dan berhentilah daripada mencaci dan mencerca Allahyarham... Saya bukan penyokong mana-mana pihak tapi kadang kala rasa menyampah dan meluat dengan sikap orang-orang Islam kita sendiri yang meletakkan hukum atas seseorang tanpa usul periksa... Sebab ianya akan menjadi fitnah andainya apa yang dikhabarkan itu bukan benda atau perkara yang sahih dan tak pasal-pasal segala amal ibadat kita diserah bulat-bulat pada orang yang kita fitnah.. Jadi macam sia-sia saja segala usaha kita untuk mengumpul pahala untuk bekalan di hari akhirat nanti...
Entri kali nie saya nak berkongsi sikit tentang cara kita nak kendalikan sikap anak-anak yang suka mengamuk bila dia tak dapat apa yang dia nak... Saya pasti dan memang percaya semua orang akan mengalami sikap anak-anak yang kadang kala membuatkan kita berasa tertekan dan marah dengan sikap mereka.. Walaupun saya masih belum dikurniakan anak lagi tapi saya penah jadi kanak-kanak suatu ketika dulu dan memang itu sikap saya di masa kecil (hehehe, mintak maaf yea ummie sebab nakal di masa kecil)...
Q: Anak saya berusia 2 tahun setengah. Sejak kebelakangan ini , dia kerap sangat ‘mengamuk’. Dia kerap menangis dan menjerit-jerit apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Ini kerap berlaku terutamanya di tempat awam dan saya tidak tahu bagaimana hendak menangani sikapnya ini. Boleh doktor terangkan langkah langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini (Sharifah)
A: Kemahiran Keibubapaan – Mengendalikan Tantrum
Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.
Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibubapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.
Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibubapa juga menyumbang kepada berapa kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan tantrum jika ibubapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkahlaku yang negatif.
Lihat tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
- Pastikan anak anda selamat.
- Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
- Jangan hukum anak anda.
- Jangan berikan ganjaran.
- Jika boleh, asingkan anak anda.
- Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.
Abaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.
Ibubapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrums berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons