Assalamualaikum wbt..
Hari nie saya nak berkongsi info bagaimana untuk merangsang anak kita supaya rajin belajar walaupun saya sendiri belum ada rezeki untuk dikurniakan anak (Insha Allah)...
Ibu bapa pasti akan gembira apabila anak
pulang dengan keputusan peperiksaan cemerlang dan rajin mengulang kaji
pelajaran . Namun melahirkan anak yang bersikap begitu adalah sukar tapi
tidak mustahil. Yang penting kita perlu tahu cara betul mendisiplinkan
anak, tegas, dan mesra dalam pendekatan, sabar dalam membimbing dan
istiqamah. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum kita lihat sikap
rajin belajar itu mula berputik dan menjadi tabiat mereka.
Berikut adalah perkara yang perlu kita lakukan
1. Sediakan keperluan anak belajar secukupnya. Sebagai ibu bapa keperluan seperti buku tulis, buku tambahan, soalan-soalan peperiksaan tahun lalu, pen, pensil dan pemadam perlu diperhatikan dan disediakan. Oleh itu sentiasa semak keperluan belajar anak dan pastikan ia lengkap.
2. Semak beg anak-anak kita dari masa ke
semasa. Kenapa perlu? Sebab apabila kita semak tahulah kita selama ini
anak-anak siap kerja sekolahnya atau tidak. Mungkin juga ada surat-surat
penting daripada pihak sekolah. Ada juga kita menemui sesuatu yang
tidak kita sangka. Dengan menyemak beg anak kita memastikan anak-anak
tidak hilang fokus terhadap pelajarannya .
3. Sentiasa letak jangkaan bahawa anak
boleh berjaya. Ramai ibu bapa yang memandang rendah kebolehan anak-anak
mereka. Ada yang tidak membelikan buku –buku tambahan, ada yang menolak
dari memasukkan anak ke program motivasi dan ada yang merasakan anak
mereka bukan boleh cemerlang dalam pelajaran. Sikap ibu bapa begini
pasti merugikan. Anak-anak yang cemerlang lahir daripada ibu bapa yang
sentiasa mencari ruang dan peluang meningkat kan prestasi pelajaran
mereka.
4. Peraturan dibuat bersama. Apabila ibu
bapa mahu menetapkan waktu belajar, bermain dan rehat cuba babitkan
anak-anak. Minta pandangan dan persetujuan mereka. Peraturan yang dibuat
bersama lebih mudah diikuti dan dipatuhi berbanding yang datang
sepenuhnya dari ibu bapa sendiri.
5. Nyatakan ganjaran dengan jelas.
Memberikan ganjaran setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau
kedudukan yang baik dalam peperiksaan dapat mendorong mereka belajar.
Ibu bapa perlu bijak memikirkan apakah bentuk ganjaran disukai anak dan
mampu membuatkan mereka bersemangat.
6. Cari peluang memuji anak. Cuba kita
menjadi lebih sensitif dan prihatin terhadap tingkah laku anak. Apabila
kita benar-benar memerhatikannya pasti ada banyak peluang bagi kita
memuji secara positif. Puji anak ketika dia lakukan sesuatu yang betul.
Puji juga anak apabila dia menunjukkan peningkatan dalam pencapaiannya.
Dengan memuji maka anak tahu apa yang kita suka dan akan berusaha
mengulangi tingkah laku atau perbuatan itu pada lain masa.
7. Masukkan dia ke program motivasi .
Ibu bapa usah terlalu berkira-kira mengeluarkan sedikit pelaburan bagi
merangsang anak belajar. Ada ketikanya mereka mahu belajar tapi tidak
tahu cara, tidak tahu di mana mahu bermula, merasakan terlalu banyak
perlu dibaca, sukar untuk menghafal dan mengingat, kerap hilang fokus
atau mengantuk . Semua masalah ini boleh diatasi apabila mereka hadir ke
program Motivasi Pelajar.
8. Berikan anak-anak pemakanan yang
merangsang minda. Anak-anak perlukan pemakanan tambahan bagi menambah
tenaga dan mencerdaskan otak.
no 2 tue betul.. adik sy jenis yg pelupa.. kalau tak check beg dia sampai hujung minggu tak tahu ada surat penting drp cikgu dia haha
ReplyDelete