30 tips memenangi hati wanita

Friday, March 06, 2015

Image result for love
Image result for assalamualaikum 

Hehehe hari nie saya nak kongsi sikit tentang tips untuk memenangi hati wanita, jadi para suami semua, harus peka dengan suma nie agar rumahtangga kita menjadi harmoni dan aman... 


Image result for cute divider

  •  Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
  • Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
  • Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
  • Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
  • Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
  • Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
  • Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, Jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
  • Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
  • Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
  • Akui perasaannya bila dia merasa marah.
  • Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
  • Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
  • Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
  • Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
  • Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
  • Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
  • Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
  • Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia.
  • Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
  • Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
  • Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
  • Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
  • Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
  • Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
  • Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
  • Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.
  • Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
  • Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
  • Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧