Kebenaran
Apa yang diberitahu kepada anak mestilah
perkara yang benar. Ibu bapa jangan menipu anak. Jika ibu bapa tidak
tahu jawapan kepada persoalan yang diajukan anak, beritahu mereka bahawa
kita tidak tahu dan mengajak mereka mencari jawapannya. Jika ada
perkara yang mungkin sukar bagi kita menjawab sendiri oleh sebab-sebab
tertentu, minta bantuan daripada orang lain dan beritahu anak perkara
sebenar.
Bercakap terus terang dan tepat
Apabila kita bercakap dengan anak, kita
mesti menggunakan bahasa yang senang dan cakap terus terang serta tidak
berbelit-belit. Kadangkala kita terpaksa memberikan satu-satu jawapan
kerana tidak ada masa memikirkannya dan terpaksa membuat satu keputusan
yang mengelirukan. Contohnya, anak meminta kebenaran bermain di luar
tetapi hari panas, kita terus menjawab , "tidak boleh nanti dikejar
anjing". Sepatutnya kita beritahu terus bahawa "tidak boleh hari panas"
dan beritahu bahawa nanti akan menyebabkan mereka (anak) sakit.
Sentiasa konsisten dan tepat
Apa saja yang kita terangkan kepada
anak-anak atau mengajar mereka, mestilah dilakukan dengan konsisten dan
tepat. Pembaharuan boleh diterima oleh anak-anak tetapi jangan membuat
pembaharuan tanpa sebab yang munasabah atau tidak jelas.
Rangsangan
Keupayaan adalah asas membina semangat kepada anak-anak manakala kegagalan asas lemah dan boleh mematahkan semangat
Harapan
Wujudkan perasaan positif dan tanamkan perasaan harapan yang tinggi dan jangan berputus harapan kepada anak-anak.
Gunakan bahasa yang jelas untuk bercakap dengan anak.
Berulang-kali
Anak-anak suka sesuatu yang
berulang-ulang. Jika sesuatu itu dilakukan berulang-kali, maka lebih
kuatlah pembentukan rangkaian di dalam otak mereka. Namun, elakkan
perkara berulang atau pengalaman negatif terhadap anak-anak.
Jangkaan
Ajar anak supaya boleh membuat penentuan
atau ramalan atas sesuatu yang terjadi atau apa yang bakal berlaku.
Jika membuat sesuatu dengan anak berhenti sebelum anak masih minat dan
seronok.
Disiplin/ Undang-undang
Anak tidak boleh dipukul, dicubit atau
ditengking. Cara kita mendisiplinkan mereka mestilah diasaskan kepada:
maruah yang tinggi, ilmu dan kefahamannya, wujudkan peraturan, terang
dan tunjukkan cara, buat sebagai amalan dan menjadi contoh teladan
Kegembiraan
Dilakukan dengan penuh kemesraan dan
kegembiraan. Perasaan gembira boleh mewujudkan keselesaan diri yang
menyebabkan anak sentiasa riang. Perkataan yang digunakan, lagu-lagu
pantun mestilah mewujudkan perasaan gembira. Elakkan perasaan sedih,
sayu, pilu merendahkan anak, menghina manusia dan perkara negatif lain.
Berikan anak-anak ilmu yang banyak, menjaga diri dan membina kemampuan
melakukan banyak perkara yang berguna.
Kecewa
Anak perlu mengalami kekecewaan dalam
hidupnya. Kehilangan barang yang disayanginya, perpisahan ibu bapa,
kematian dan sebagainya adalah kekecewaan yang akan dihadapi anak-anak.
Semuanya mesti dijelaskan kepada anak secara benar dan bantulah anak
mengatasi kekecewaan itu.
Teladan
Teladan daripada ibu bapa dan orang lain
dalam hidupnya adalah pengajaran yang paling efektif. Teladan yang baik
akan meningkatkan ciri yang baik. Teladan yang buruk merosakkan amalan
hidup dan kewibawaan anak.
Konsep Downshifting (merendah-rendahkan atau menurunkan semangat anak)
Jangan pukul, cubit dan menghina anak.
Elakkan mencari salah, membeza-bezakan anak-anak, menyebut jangan, tidak
boleh tanpa sebab dan keterangan dan jangan menggunakan amaran yang
marah tanpa sebab serta keterangan kukuh.
Konsep Expansion vs Replacement (Pengembangan lawan Pengambilalihan)
Membina keyakinan diri, maruah dan jati diri
Sumber: Pengerusi Institut
Pembangunan Keluarga dan Kanak-Kanak Nury, Datuk Dr Noor Laily Abu
Bakar, Bengkel Hak Perlindungan dan Keselamatan Diri Kanak-kanak anjuran
Institut Kefahaman Islam (Ikim).
thanks for tips :)
ReplyDelete