Cemas, kalut, ‘main redah’, ikut
suka hati, pandu melulu antara ayat sinis yang sering dilemparkan kepada
pemandu wanita. Entah kenapa tanggapan ini terus wujud hingga ke hari
ini.
Apabila ditanya, beberapa jejaka menggambarkan pandangan sebenar mereka terhadap isu ‘lady driver’. Resah dan gusar apabila melihat si gadis memandu, selain rasa tidak selamat seolah-olah boleh ancam nyawa orang lain antara faktor wujudnya pandangan negatif terhadap pemandu wanita.
Menyangkal apabila kaum lelaki dikatakan mudah untuk stereotaip, mereka berkongsi pendapat mengenai beberapa kelebihan dan kekurangan pemandu wanita daripada kaca mata sang jejaka. Disini disertakan antara ciri-ciri pemanduan oleh sebilangan wanita untuk kita renungi bersama dan tips untuk diperbaiki.
CEKAP DAN TANGKAS
Dapat lakukan pelbagai kerja dalam satu-satu masa memang mengagumkan tetapi tidak ketika memandu. Tapi situasi dapat dilihat apabila menaiki kereta yang dipandu wanita. Bercakap telefon atau menghantar SMS adalah situasi biasa, namun ada sebahagiannya mampu bersolek, rakam gambar sendiri malah betulkan rambut dan tudung ketika memandu. Lebih drastik apabila semuanya dilakukan serentak!
TERTIB SEPANJANG MASA
Gadis memang sinonim dengan sikap
tertib. Tapi kalau sikap itu ditonjolkan pada waktu dan tempat tak
sesuai, memang boleh bikin pemandu lain menyirap. Contoh yang jelas
ketika menukar lorong perlahan ke laluan laju. Sudahlah memandu 60 km/pj
di lorong kanan, habis sangkut kenderaan lain di belakang sebab tak
boleh nak memotong.
Lagi satu hal memang melecehkan. Bagus
kalau memandu selalu beri isyarat sebelum keluar masuk simpang atau
tukar laluan. Bayangkan kalau setengah jam berkelip-kelip lampu isyarat
tapi keretanya tetap di lorong sama, tak ada gunanya.
KAKI GAGAP
Sikit-sikit nak pijak brek! Itu antara
situasi paling tidak disukai ketika sedang memandu apabila ‘terserempak’
dengan pemandu lain yang suka tekan brek kereta. Dan si jejaka
berpendapat, kebanyakan perlakuan ini dimonopoli pemandu wanita.
Walaupun jarak kereta di hadapan boleh muat sebuah lori treler, tapi
kaki asyik memijak brek.
Asasnya, jika tidak yakin dengan
kelajuan kenderaan, kekal saja di lorong perlahan. Perlu pandai
mengimbangkan kelajuan kenderaan dan fokus dengan jarak lebih-lebih lagi
waktu kesesakan lalu lintas untuk mengelakkan kereta anda ‘dihentam’
pemandu lain.
TERAGAK-AGAK
Kebanyakan ‘lady driver’ cepat rasa
takut dan tidak berkeyakinan. Mereka gagal membuat keputusan dengan
tepat. Jika ada yang berani, mereka berani dengan bodohnya sehingga anda
rasa bimbang bahawa dia akan terbabit dengan kemalangan, contohnya
seperti memandu melulu dan rasa diri seperti pemandu Formula 1. Penulis
masih tertanya-tanya, adakah faktor ini menjadi salah satu punca
kerajaan Arab Saudi mengharamkan wanita memandu? Mungkin mereka tahu
bahawa kebanyakan wanita akan memandu ikut rasa hati tanpa fikir
panjang.
BANYAK FIKIR
Melihat kepada cara pemanduan, perempuan
didakwa suka memikirkan pelbagai perkara dan terlalu banyak
pertimbangan sehingga menimbulkan tindakan terlalu berhati-hati dan
jadikan mereka teragak-agak. Sebagai contoh, kadang-kadang penglihatan
dan fikiran membuatkan jarak sesebuah kereta jadi lebih dekat walaupun
hakikatnya pada ketika itu, kenderaan dipandu masih sempat keluar
simpang.
Oleh kerana pergerakan lelaki lebih
pantas dan kelebihan dalam mengagak, kadang-kadang mereka menjadi
terlalu yakin sehingga boleh dikatakan kebanyakan jejaka selalu memandu
laju. Kesimpulannya, sikap teragak-agak dan terlalu yakin menimbulkan
risiko.
Sebenarnya, tak kira pemandu itu lelaki
atau ¬perempuan, cara kita memandu memang berbeza. Masa penulis belajar
memandu dulu, untuk mengelakkan gugup, saya suka berbual dengan guru
memandu. Jadi, ¬tidak adil sekiranya hanya cara pemanduan ¬perempuan
asyik diperkatakan. Kedua-duanya punya sikap ¬positif dan negatif yang
sukar dihurai. Apa yang penting, ¬lebihkan sikap bersabar dan hormat
menghormati ketika memandu untuk elakkan dapat ‘dosa kering’.
Tips memandu jarak jauh
1. Pilih kedudukan dan waktu yang anda
selesa - Pemanduan waktu malam kurang meletihkan dan keadaan trafik juga
kurang sibuk. Perlu fokus lebih tinggi dan rehat yang cukup di siang
hari.
2. Pakai cermin mata hitam jika memandu pada waktu siang. Kesannya amat ketara dan anda akan jadi lebih tenang.
3. Pilih posisi selesa sebelum memandu.
4. Sediakan air yang mampu untuk memulihkan tenaga. Untuk lebih afdal, wuduk juga memulihkan kesegaran.
5. Selidik kondisi jalan. Selekoh curam, lopak, air bertakung, binatang liar dan sebagainya.
6. Pilih kelajuan yang tenang dan jarak
sesuai dengan kenderaan di hadapan. Elakkan menekan brek terlalu kerap,
terutama waktu hujan. 99.9% Kemalangan berlaku apabila brek ditekan.
7. Berkomunikasi dan bertolak ansur dengan pemandu lain.
8. Jangan malu untuk berhenti berehat dan tidur di mana-mana saja asalkan tidak menyusahkan pemandu lain.
9. Kalau kereta berhawa dingin, buka
tingkap 10 saat setiap satu jam untuk menyegarkan udara di dalam kereta.
Kadar oksigen yang kurang akan menyebabkan mengantuk dan hilang tumpuan
serta stress.
10. Paling penting, jangan lupa baca doa sebelum perjalanan!
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧