My Engagement Day

Monday, April 06, 2015


Hehehe...Lama dah sebenarnya nak bagitau tapi hanya tunggu masa yang sesuai saja... Well, pada 20hb Februari yang lalu (semasa cuti Tahun Baru Cina), saya dengan rasminya telah menjadi tunangan kepada Mohd Shahril Azmezaa Bin Mohd Shahimi... Citernya agak complicated dan sempoi sikit, mana taknya, planning asal adalah majlis merisik ditukar menjadi majlis pertunangan, takde hantaran, takde pelamin so whatever... hehehe

Tapi memang impian saya pun, kali nie jika bertemu jodoh dan bertunang, saya tak mahu lagi membuat majlis yang gilang gemilang sebab rasa macam membazir aje..bak kata orang hanya mengikut sunnah saja...





See, awak tengok, pakaian pun takde yang grand pun, sebenarnya saya tak sempat nak salin baju jubah yang lain sebab masa tue saya baru selesai menggoreng karipap untuk santapan tetamu.. Nasib baik saya dah menempah nasi dagang daripada jiran sebab Shahril kata dia teringin nak makan nasi dagang yang asli daripada Terengganu... Dan Alhamdulillah, sumanya dah selesai dan sekarang nie yang tinggal adalah majlis pernikahan kami nanti, Insha Allah akan dilangsungkan pada tahun nie jugak... Bila?? nanti saya akan bagitahu... 


Hopefully kali nie biarlah berkekalan hingga ke akhir hayat, Insha Allah... 



 

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧