Assalamualaikum,
Selamat pagi suma... Salam ceria di hari Isnin walaupun ramai di kalangan kita mengalami 'Monday Blues'.. hehehe sebenarnya saya happy sangat2 sebab untuk kali pertama saya bangun awal pagi untuk baking tart roti telur... Sebenarnya resipi tue dikongsikan oleh tunang saya yang tengok resipi nie melalui fesbuk dan mintak saya buatkan.. Mula2 dia tunjukkan gambar tart yang dia dah baking dan ianya telah membakar semangat saya untuk baking jugak... thanks to you bie sayang...
Bahan-bahan nak buat tart roti telur amat senang sekali dan tak payah pakai mixer pun... Shell tart pun bukan jenis yang biasa yang selalu pakai untuk buat tart tapi hanyalah sekeping roti gardenia jea... Well nie bahan-bahannya...
6 keping roti gardenia - potong kulitnya
*1/2 batang lobak - disagat halus
3 keping keju cheesedale - dipotong memanjang
6 biji telur saiz C
* 4 keping isi ketam - potong memanjang
Nota : Bagi yang bertanda (*) awak boleh gantikan dengan sayur yang lain contohnya hirisan kobis dan sebagainya, jugak awak boleh gantikan isi ketam dengan hirisan hotdog atau isi ayam yang sudah direbus.
Cara buat :-
Masukkan roti di dalam bekas loyang mufin yang telah disapu dengan sedikit marjerin supaya tidak melekat dengan membuat bentuk shell mufin. Kemudian, lapisan pertama masukkan lobak yang disagat, lapisan kedua adalah keju cheesedale dengan meletak secara bersilang, lapisan ketiga adalah telur yang dipecahkan tanpa memecahkan kuning telur, dan lapisan terakhir isi ketam yang dipotong memanjang, disusun secara bersilang. Kemudian bakar tart tadi di dalam oven bersuhu 250 darjah celsius atau sehingga telur dimasak. Sedia dihidangkan.
Nampak sedap kan.. Cubalah...
Menarik.. boleh cuba nie bila ada oven nanti...
ReplyDeleteSaya guna oven lama yang guna dapur gas tue kak.. :)
Deletethanks letak logo :) dan resepi yang boleh saya cuba bila free
ReplyDeleteSama2... and thanks for approve... :)
Delete