Assalamualaikum, semalam saya bercerita tentang rempah gulai Cap Bunga Ros kan, ada member opis pulak nak resipi nasi dagang, dan katanya malas nak view page saya tue, jadi saya repost semula resipi nasi dagang Terengganu... Suami saya pun dah mula sukakan resipi nie, dan Insha Allah saya akan usahakan untuk membuat tapi disebabkan takde periuk pengukus, sebab tue tak buat.. hehehe Insha Allah akan diusahakan untuk membeli periuk pengukus nie sebab nak memikat hati suami.. chewahhh...
Bahan-bahan untuk Nasi:
- 4 cawan beras Jati*
1 cawan beras pulut*
(Tapi orang Terengganu sekarang dah tak guna lagi beras pulut sebaliknya guna *beras Siam wangi sepenuhnya, jadi bila makan takdelah muak)
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia
Nasi Dagang Terengganu

Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresap. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan
Resepi Gulai Ikan Aya / Tongkol :
Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik
Bahan-bahan gulai :
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
Sedikit Belacan
10 biji cili padi
sedikit garam
Cara-cara :
1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!
*Nota : Rempah gulai Cap Bunga Ros nie hanya ada di pasaran negeri Terengganu saja, negeri lain tak jual rempah nie, so kiranya limited edition la...
Resepi Acar Timun:-
Timun
Lobak merah
Cili Merah dan Bawang
- SEMUA dihiris memanjang
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.
Cara-cara:
1. Gaul sebati dan dihidang.

Marhaban Ya Ramadhan.. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam.. Selamat bersahur dan beriftar semua... Tahun nie saya kembali berpuasa berdua semula, kejap aje masa berlalu... Jadi benarlah janji Allah, jika kita sabar dalam sesuatu perkara, Allah akan menggantikan kesabaran kita tue dengan keindahan yang tak digambarkan...
Okey, hari sebelumnya saya ada post tentang resipi masakan Terengganu kat page resipi kegemaran kan, mengenai post nasi dagang Terengganu.. Ada satu part yang tertinggal, iaitu gambar rempah gulai Cap Bunga Ros.. Macam yang saya katakan dalam post tue, rempah gulai nie hanya terdapat di Terengganu saja sebab saya dah mencari di seluruh tempat di Selangor nie, tapi memang tak dijual rempah nie.. Malah mak mertua saya pun tak pernah tahu wujudnya rempah gulai nie, malah dia hanya tau selepas saya menunjukkan rempah gulai tue semasa kami berada di Terengganu pada bulan Februari baru-baru nie...
Inilah gambar rempah gulai Cap Bunga Ros dan nak lebih sedap jika digunakan kedua-duanya sekali... Sebab tue ada perbezaan sedikit jika awak makan nasi dagang yang berada di negeri-negeri lain, memang betul nasi dagang Terengganu tapi bukannya yang betul-betul asli disebabkan kuah nasi dagang nie, ada rempah gulai tersendiri... Camne nak dapatkan rempah nie? Kalu ada sapa-sapa rakan-rakan yang singgah di Terengganu atau Kuala Terengganu, ringkasan cerita, awak pergi aje kat Pasar Payang, dalam deretan kedai ada terdapat banyak kedai-kedai menjual rempah ratus, awak cakap aje nak beli rempah gulai cap bunga ros, nanti tuan kedai tue akan bagi bungkusan rempah tue pada awak.. Tapi tak pastilah samada sudah ada agen yang menjual rempah gulai nie di pasaran sekarang, tapi apa yang pasti memang rempah nie takde kat kedai-kedai berdekatan dengan awak...
Jaa mata nee...
Huyooo...lama betul saya tak update blog nie, memang dah bersarang labah-labah... hehehe... Sebenarnya baru-baru nie saya membuat persiapan untuk hari pernikahan saya yang cukup ringkas dan sederhana, takde mini pelamin, takde jurugambar profesional dan tetamu hanya 100 orang saja, kiranya macam nikah khitbah, tapi meriah macam nikah biasa... Saya telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan saya Mohd Shahril Azmezaa Bin Mohamed Shahimi dengan sekali lafaz dan berlangsung di rumah syurga saya Taman Salak Idaman...Pada planning asal, kami akan bernikah pada bulan Disember nanti sebab nak buat sekali majlis menyambut menantu tapi atas permintaan ummie saya, kami langsungkan awal dari planning asal... Ummie saya nak buat sikit laser mata bagi membuang selaput dalam mata pada bulan Julai, September, Oktober dan November nie, jadi berkemungkinan dia tak dapat bergerak banyak dalam masa terdekat tue...
Nie adalah sebahagian gambar yang diambil oleh jurukamera tak beramatur.. hehehe see, serba ringkas bukan...
Dengan hantaran 5 dulang berbalas 5 dulang, tapi pihak lelaki bagi extra 2 dulang hantaran, mekap pun saya mintak jiran a.k.a. bekas rakan opis saya tolong mekapkan.. Banyak planning asal telah lari, antaranya khemah, mula-mula suami saya yang pada masa tue menjadi encik tunang, telah menempah satu khemah berukuran 20x20 dan 40 buah kerusi dan 2 buah meja, tapi harganya agak mahal.. Jadi saya guna planning asal iaitu meminjam khemah daripada balai bomba Putrajaya.. Katering pulak diuruskan oleh encik tunang manakala saya uruskan bab khemah..
Alhamdulillah, segala2nya berjalan dengan lancar sekali dan sekarang nie saya sah menjadi milik suami saya Mohd Shahril Azmezaa Bin Mohamed Shahimi..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons