Hari Pernikahanku...

Wednesday, June 17, 2015


Huyooo...lama betul saya tak update blog nie, memang dah bersarang labah-labah... hehehe... Sebenarnya baru-baru nie saya membuat persiapan untuk hari pernikahan saya yang cukup ringkas dan sederhana, takde mini pelamin, takde jurugambar profesional dan tetamu hanya 100 orang saja, kiranya macam nikah khitbah, tapi meriah macam nikah biasa... Saya telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan saya Mohd Shahril Azmezaa Bin Mohamed Shahimi dengan sekali lafaz dan berlangsung di rumah syurga saya Taman Salak Idaman...Pada planning asal, kami akan bernikah pada bulan Disember nanti sebab nak buat sekali majlis menyambut menantu tapi atas permintaan ummie saya, kami langsungkan awal dari planning asal... Ummie saya nak buat sikit laser mata bagi membuang selaput dalam mata pada bulan Julai, September, Oktober dan November nie, jadi berkemungkinan dia tak dapat bergerak banyak dalam masa terdekat tue... 

Nie adalah sebahagian gambar yang diambil oleh jurukamera tak beramatur.. hehehe see,  serba ringkas bukan...














Dengan hantaran 5 dulang berbalas 5 dulang, tapi pihak lelaki bagi extra 2 dulang hantaran, mekap pun saya mintak jiran a.k.a. bekas rakan opis saya tolong mekapkan.. Banyak planning asal telah lari, antaranya khemah, mula-mula suami saya yang pada masa tue menjadi encik tunang, telah menempah satu khemah berukuran 20x20 dan 40 buah kerusi dan 2 buah meja, tapi harganya agak mahal.. Jadi saya guna planning asal iaitu meminjam khemah daripada balai bomba Putrajaya.. Katering pulak diuruskan oleh encik tunang manakala saya uruskan bab khemah.. 

Alhamdulillah, segala2nya berjalan dengan lancar sekali dan sekarang nie saya sah menjadi milik suami saya Mohd Shahril Azmezaa Bin Mohamed Shahimi..





Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧