Assalamualaikum..Selamat menyambut hari merdeka kepada semua rakyat Malaysia.. Wahh cuti2 nie mesti ada di kalangan awak suma balik ke kampung dan mungkin hari nie akan balik ke tempat perantauan masing-masing,kan... Hati2 tau balik ke tempat perantauan..
Saya?
Cuti nie tak ke mana pun sebab hubby kena kerja, so duduk rumah ajelah sambil melayan anak2 kucing.. Lagipun dua tiga hari nie customer urut terapi pun takde yang buat appointment, hihi macam tau aje saya nak berehat...
Di tahun nie, marilah kita sama-sama berdoa agar kemakmuran yang kita kecapi ini akan berkekalan, cukuplah nenek moyang kita menderita dahulu..Ingat perjuangan mereka di kala ingin mencapai kemerdekaan demi anak bangsanya sendiri..
Oh ya! semalam saya dengan hubby pergi ke Kota Kemuning sebab nak melawat moyang kami yang bengkak kaki... Bila dia dapat tau kami nak datang dan ajak dia keluar, terus aje dia setuju padahal dia bengkak kaki dan takleh jalan laju... Tapi disebabkan kami dah lama tak singgah di Kota Kemuning, dia sanggup menahan kesakitan demi nak makan bersama-sama dengan kami.. Kami singgah di Mr Roti Canai Corner yang memang terkenal dengan roti canai yang sedap.. tapi ada jugak menu yang lain disediakan di sini, seperti nasi beriyani, nasi kandar, pelbagai jenis roti canai, tosai, mee dan macam2 lagi... kami berdua makan nasi beriyani sebab dari petang semalam kami tak makan apa2, manakala moyang dan opah kami memilih untuk makan french fries dan pau.. kami bersembang pasal kehidupan masing-masing dan bertanya khabar... lepas kami hantar mereka ke rumah, kami terus balik ke rumah dan lepas mandi, bummmm...tido... hehehe
Akhirnya siap jugak poster pertandingan anjuran Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi
Friday, August 28, 2015
Assalamualaikum,
fuhhh...alhamdulillah akhirnya siap jugak buat poster pertandingan celik minda anjuran unit saya.. walaupun ianya tak se'gah' macam poster yang lain, tapi ianya dapat memberi info apa yang kami war-warkan..
TADAAA.. hehehe ringkas jea kan.. Opss, pertandingan nie hanya dibuka kepada kakitangan JBPM saja...Sahabat-sahabat saya yang lain, Insha Allah nanti saya buka peluang untuk buat contest ke atau pilih pemenang ke tapi tungguuuuu.....
Apa itu pertandingan munsyi bahasa? hurmmm...menurut kata bos saya, munsyi nie bermaksud pakar dan dalam erti kata lain, ianya adalah pertandingan pakar bahasa, kalu tengok soalan pun ianya lebih berbentuk peribahasa jea, just isi tempat kosong... pertandingan teka silang kata pulak lebih kepada soalan berkaitan perpustakaan kami, cuma google and search jea, tengok blog perpustakaan kami... pertandingan nie bermula pada 1 Sept hingga 11 Sept 2015 dan pemenang akan diumumkan pada perhimpunan bulanan yang akan datang...
jaa nee
Salam Jumaat yang mulia kepada semua rakan..Mulakan hari kita dengan kalimah Bismilllah dan disusuli dengan bacaan selawat ke atas Rasulullah SAW agar kita mendapat berkat dan syafaat di hari akhirat sana...
Assalamualaikum,
Selamat pagi semua..Mulakan hari kita dengan kalimah 'Bismillahirahman Nirrahhim' dan selawat ke atas Rasulullah SAW agar kehidupan kita mendapat berkat dan syafaat di sana nanti...
Permulaan hari Khamis, ada banyak benda nak buat, dan masa untuk mencari artikel yang boleh dimanfaat untuk dimasukkan di dalam blog library saya.. Oh ya, jika awak sudi nak jenguk dan singgah, boleh layari : -
Diharapkan hari ini kita semua dapat menghadapi dugaan dan cabaran hidup dengan penuh kesabaran. Pada sesiapa yang mendapat berita gembira, tak kisah apa-apapun saya ucapkan tahniah kepada awak semua..dan pada mereka yang mendapat berita sedih, salam takziah saya ucapkan dan diharap awak bersabar...
Jaa nee..
Yang nie memang first time lelaki Malaysia mencuba simulasi kelahiran anak yang hampir sama kesakitan dengan wanita yang nak bersalin... DJ Prem dan Aishah mempunyai 'task' yang agak baru di Malaysia iaitu Prem akan mengalami simulasi mengandung dan melahirkan anak...
Kalu kat negara barat memang mereka ada simulasi sebegini, untuk melihat sejauh mana lelaki dapat bertahan dalam melahirkan anak, dan kebanyakan keputusannya "SURRENDER AND RESPECT WOMEN WHO HAD DELIVERY BABY.."
Ada lelaki lain kat Malaysia nie nak cuba tak? Bila awak dah cuba, awak akan lebih menghargai wanita dan ibu awak sendiri, bagaimana bersusah payah dan bertarung nyawa untuk melahirkan seorang khalifah di muka bumi
ini...
Assalamualaikum...
Tengok pada topik macam menarik kan.. Tadi, masa dok belek-belek majalah untuk mencari artikel yang bersesuaian bagi blog library saya, saya terjumpa satu artikel segmen komen lelaki, tajuknya adalah 'SUAMI CEMBURU BILA ISTERI UTAMAKAN ANAK'...
Kesemua komen daripada beberapa orang lelaki menunjukkan mereka tak kisah dengan isteri mereka mengutamakan anak asalkan dalam masa yang tahu tanggungjawab seorang isteri kepada suaminya...
Tapi kan...
Baru-baru nie , saya menonton rancangan Clean House, di mana episod ini mengisahkan pasukan Clean House mencari rumah yang paling bersepah di USA... Pasangan ini hampir-hampir nak berpisah gara-gara mempunyai rumah yang bersepah..Tapi tue bukan point utama saya, yang saya nak citer nie adalah, sikap bersepah pasangan ini adalah disebabkan si suami terlalu cemburu dengan anak lelaki sendiri kerana isterinya mengutamakan anak melebihi dirinya !! Dan disebabkan sifat cemburu yang terlampau, si suami tadi tak mengizinkan isterinya meletak barang-barang milik isterinya tadi..dalam erti kata lain, tak berkongsi tempat, even almari pun si isteri tadi terpaksa meletakkan pakaiannya di almari anak lelakinya dan disebab itu jugalah si isteri berasa bosan dengan sikap suaminya dan dah beberapa kali berbincang hal perpisahan... Bila pengacara utamanya Niecy Nash mengorek rahsia, barulah terbongkar segala-gala..Suami tadi memang cemburu giler dengan anaknya sendiri...
Well, apa pendapat awak?
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, sumanya dah settle, kesayangan viva saya pun dah siap diservice, nasib baiklah masih dalam under warranty lagi dan free service selama 3 tahun, jadi takdelah banyak yang kena bayar, kalu tak mau botak kepala saya... huhuhu
Tapi dalam masa yang sama, rezeki saya bertambah dengan mengambil upah mengurut untuk muslimah sahaja dan malam nie pun ada customer yang akan datang ke rumah..Alhamdulillah, syukur pada Allah, diberi rezeki yang tak disangka-sangka... Sapa sangka, kebolehan saya mengurut dapat dimanfaat dan dapat menolong orang di dalam kesusahan...Mungkin saya tak dikurniakan kebolehan yang lain tapi iniah rezeki saya yang Allah berikan, sebab Allah kan Maha Pemberi, Maha Pemurah...Allah tahu apa yang saya lakukan dan saya bersyukur sangat kerana hubby memahami dengan kebolehan saya malah sering mengusik saya, alangkah beruntung dirinya dapat memperisterikan saya sebab tak payah buang duit pergi ke thai massage untuk mengurut...ahakkssss... :)
So, dalam kehidupan kita, memang akan ada rezeki di mana-mana samada kita sedar atau tak... apa yang membezakan adalah cepat atau lambat saja dan kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah... Memang sifat manusia akan ada rasa marah, kecewa atau putus asa tapi dalam masa yang sama, kena ada mind set dalam pemikiran sumanya adalah takdir dari Allah.. Allah lebih mnegetahui apa yang ada di hadapan kita... wahh dah macam kaunselor pulak kan, poyo jea... tapi apa yang saya perkatakan adalah berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri dan nak kongsi pada rakan-rakan saya... apapun, selalulah senyum di dalam kehidupan kerana senyuman itulah pengubat utama dalam permasalahan hati..
Assalamualaikum,
Saya tak faham kenapa manusia sekarang semakin hilang moral dan hilang sifat kemanusiaan... awak tau tak kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah SAW, napa seksa mereka begini? Manusia kejam ini dah lupa ke mengenai balasan seksa di sana kelak?atau hatinya sudah hitam maka disebabkan itu mata haiwan tak berdosa dicungkil, gignya pulak dicabut?
Ya Allah, kenapa mereka suma kejam dengan makhluk yang lemah? mereka sudah lupa yang segala perbuatan mereka dihisab dan akan diadili seadil-adilnya...
Ya Allah, Kau sembuhkanlah haiwan kesayangan Rasulullah SAW ini... Kau berikan keadilan kepada haiwan-haiwan yang telah diseksa oleh manusia yang sudah hilang sifat kemanusiaan... Amin...
Assalamualaikum, selamat pagi semua... Hari nie adalah hari yang ditunggu2 oleh semua penjawat awam, iaitu hari gaji..yeayyy,.. tapi perasaan gembira tue terus down bila kita mula membayar pelbagai bil dan hutang...adoiii...
Pagi nie saya keluar awal daripada hari biasa kerana ingin keluarkan sikit duit sebab petang nie saya nak bawak my precious viva services... adoiii aliran keluar lagi... tapi alangkah malangnya sebab bila dah sampai kat stesen minyak, orang dah ramai beratur untuk keluarkan wang..lalu saya 'blah' dari situ sebab tak sanggup nak tunggu lama, tambahan hubby belum punch kad lagi.. ingat tengahari nanti kot nak keluar kejap dan keluarkan duit... Hari nie saya bekalkan hubby dengan lauk kegemaran dia,iaitu kari sardin serta telur dadar..
So, saya harap agar awak suma menghadapi cabaran hidup di hari yang serba indah ini.. apa-apa masalah yang timbul pun, jangan kalut untuk selesaikannya...
Pagi nie saya keluar awal daripada hari biasa kerana ingin keluarkan sikit duit sebab petang nie saya nak bawak my precious viva services... adoiii aliran keluar lagi... tapi alangkah malangnya sebab bila dah sampai kat stesen minyak, orang dah ramai beratur untuk keluarkan wang..lalu saya 'blah' dari situ sebab tak sanggup nak tunggu lama, tambahan hubby belum punch kad lagi.. ingat tengahari nanti kot nak keluar kejap dan keluarkan duit... Hari nie saya bekalkan hubby dengan lauk kegemaran dia,iaitu kari sardin serta telur dadar..
So, saya harap agar awak suma menghadapi cabaran hidup di hari yang serba indah ini.. apa-apa masalah yang timbul pun, jangan kalut untuk selesaikannya...
Assalamualaikum, selamat petang suma members..
Alhamdulillah, kita suma masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik, masih lagi diberi nafas untuk meneruskan kehidupan... Tapi pagi tadi saya dikejutkan dengan berita sahabat fesbuk saya yang telah kembali menemui Pencipta..walaupun kami hanya bersembang melalui fesbuk kerana tinggal berjauhan (Salak Tinggi - Singapura) tapi kami agak rapat jugak.. saya juga sering mengikuti suma post yang dia hantar, tapi sejak selepas bulan Ramadhan, arwah sudah tak post lagi di dalam fesbuk.. saya dan rakan-rakan yang lain tertanya-tanya ke mana hilangnya arwah tapi rupa-rupanya arwah sudah menghembus nafas terakhir pada petang semalam..
Al-Fatihah untuk allahyarhamah Nyonya Mansor...
Assalamualaikum, selamat tengahari dan salam Zohor semua...
Nak tanya, kalu saya nak buat contest agak2 dapat sambutan ke tak? sebab dalam hati nie ada terdetik nak bagi suprise gift untuk followers saya... :)
* Jika ramai yang sudi komen, saya akan say yes... hihihi
Assalamualaikum...
Amboii.. hari nie jea dah berapa entri saya taip, petanda bahawa mood menaip kembali aktif... hehehehe
Citer pasal sahabat, kita manusia nie memang memerlukan sahabat selain daripada ahli keluarga sendiri sebab sahabat jugak la yang akan membantu kita di kala kesusahan selain bantuan daripada Allah... saya pun tak kecuali jugak, sahabat yang paling rapat pun memang sikit jea jika dibandingkan dengan rakan... sahabat nie kita boleh kongsi apa-apa permasalahan dan mungkin dengan pendapat mereka kita dapat selesaikan separuh daripada masalah.. Manakala rakan pulak kita hanya boleh bercerita tentang isu semasa saja tanpa bercerita dengan panjang lebar..* nie pendapat peribadi yea...
Nie salah sorang sahabat saya a.k.a. pegawai atasan saya, Pn Jamilah Sailillah... untuk pengetahuan sahabat saya merupakan seorang novelis dan nama penanya adalah Tinta Biru di bawah naungan Karya Seni Sdn Bhd... Kini beliau mempunyai beberapa buah novel di pasaran dan saya memang salah sorang daripada commentator dia, hihi..
Nak tau apa novelnya? yealah mana tau kot2 awak-awak nie peminat novel dan mungkin dah beli novel beliau...
Nak tau apa novelnya? yealah mana tau kot2 awak-awak nie peminat novel dan mungkin dah beli novel beliau...
Assalamualaikum... well, saya akui memang saya nie penulis diari yang tegar, kalu sehari tak update diari, rasa macam tak lengkap dalam kehidupan... sejarah tulis diari nie bermula sejak saya berumur 9 tahun lagi, masa zaman dulu kan, buku diari ada pelbagai jenis dan saiz...pada mulanya saya hanya pengumpul diari yang comel tapi bila terdetik dalam hati untuk menulis sesuatu di dalam diari, tambahan tempat untuk luahan perasaan dan rahsia hati, sejak dari tue la saya mula menulis dalam diari...malangnya diari-diari tersebut terpaksa dimusnahkan sebab saya taknak tahu rahsia hati saya... huhu rasa menyesal pulak dengan kemusnahan diari tue, kalu tak bolehlah saya baca balik apa yang saya tulis, macamana rupa bentuk tulisan saya di zaman kecik dan macamana rupa diari tue...
Tapi zaman sekarang dah berubah, bila penyakit malas nak menulis disebabkan dah lama tinggalkan zaman persekolahan, e-diari mula menjadi buruan saya... dalam tablet saya pun ada diari jugak, dan ianya memang rahsia, siap pakai password lagi, suami saya pun tak penah baca diari saya... setiap malam saya akan pastikan saya menulis satu entri dalam e-diari tue... blog nie jugak merupakan salah satu e-diari saya cumanya takdelah saya nak luahkan betul-betul apa isi hati saya... biarlah Allah saja yang tahu isi hati saya..
Nie la applikasi e-diari saya, awak boleh dapatkan dalam google playstore sebab ianya memang mesra applikasi selain senang gunakan...dan awak jangan risau jika tablet atau telefon pintar kena format sebab aplikasi nie lengkap dengan akaun backup dengan syarat awak kena sign-in di dalam emel gmail... tablet saya pun baru-baru kena kena format semula dan alhamdulillah saya tak perlu nak menaip semula detik-detik terdahulu walaupun memori setakat nie alhamdulillah masih kuat... aplikasi nie jugak lengkap dengan password jadi rahsia awak takkan terbongkar (wahh rahsia la sangat..)
Jaa nee...
Tapi zaman sekarang dah berubah, bila penyakit malas nak menulis disebabkan dah lama tinggalkan zaman persekolahan, e-diari mula menjadi buruan saya... dalam tablet saya pun ada diari jugak, dan ianya memang rahsia, siap pakai password lagi, suami saya pun tak penah baca diari saya... setiap malam saya akan pastikan saya menulis satu entri dalam e-diari tue... blog nie jugak merupakan salah satu e-diari saya cumanya takdelah saya nak luahkan betul-betul apa isi hati saya... biarlah Allah saja yang tahu isi hati saya..
Nie la applikasi e-diari saya, awak boleh dapatkan dalam google playstore sebab ianya memang mesra applikasi selain senang gunakan...dan awak jangan risau jika tablet atau telefon pintar kena format sebab aplikasi nie lengkap dengan akaun backup dengan syarat awak kena sign-in di dalam emel gmail... tablet saya pun baru-baru kena kena format semula dan alhamdulillah saya tak perlu nak menaip semula detik-detik terdahulu walaupun memori setakat nie alhamdulillah masih kuat... aplikasi nie jugak lengkap dengan password jadi rahsia awak takkan terbongkar (wahh rahsia la sangat..)
Jaa nee...
Assalamualaikum, salam petang Jumaat suma... saja nak alih perhatian sikit, sebab dari pagi tadi dok mengadap komputer,mencari info semasa untuk dimasukkan dalam blog library, last-last kepala jadi ting tong... nasib baik arinie saya dan hubby bawak bekal untuk santapan kami pada waktu pagi dan tengahari, walaupun kat opis nie ada cafe..
Bekal apa yang dibawak? saya cuma buat roti telur jea, bukan yang bersalut telur tue yea... memandangkan telur kat rumah cuma tinggal 5 biji aje (lupa beli) jadi ianya tak cukup nak buat roti bersalut telur, jadi saya ambik inisiatif sendiri buat roti telur... sebenarnya roti telur yang saya buat nie adalah makanan kegemaran arwah habib (panggilan untuk atok) dan dipraktikkan oleh generasi seterusnya, hubby pun suka makan sebab katanya dia tak penah makan roti telur sebegitu... caranya mudah jea :-
Bahan-bahan
- Roti gardenia (potong 4)
- telur (bergantung pada banyak mana roti, kalu saya buat satu buku kecik, jadi telurnya saya ambik dalam 4 biji)
- bawang holland / besar (mayang halus)
- sedikit marjerin (saya lebih suka guna marjerin jenama pelangi)
- sedikit garam dan perasa
Cara masak
Masukkan marjerin dan goreng bawang yang dimayang tadi..bila dah berbau wangi, masukkan telur dan goreng telur secara hancur...setelah itu masukkan roti, garam dan perasa...goreng roti tersebut hingga nampak seperti garing tapi jangan terlampau garing... sedia dihidangkan...
p/s : maaf takde gambar disertakan sebab dah habis makan dah.. hihihi nanti bila saya buat lagi, saya akan upload kan gambar yea...
eh..eh..eh...kat tajuk saya taip tentang gadget, nie apahal tulis resipi pulak... adoii...sori..sori... okey, nak citer pasal gadget, zaman sekarang nie kita cuma main permainan menggunakan jari kan dan tak bergerak ke mana pun... pada awak-awak yang lahir tahun 80-an mesti penah main permainan gadget di zaman 90-an dulu...
p/s : Gambar nie saya ambik dari google images...
sebenarnya ada banyak lagi permainan di zaman 90-an and i'm really miss that moment.. terutama permainan anak patung kertas tue, setiap kali balik sekolah, saya takkan lupa nak singgah kedai kat rumah untuk beli koleksi anak patung kertas tue, dan owner kedai tuepun memang dah tau kegemaran saya sampaikan dia akan call kat rumah jika ada 'fesyen' baru... hehehehe permainan tiang tuepun one of my favorite jugak tapi bila dah masuk darjah 6, terus berenti main permainan nie sebab rasa segan telah timbul dalam diri...
Jaa nee...
Rasa macam segar pulak rasanya (tiba-tiba jea,...) ahakkss...rasanya segar bukan apa, esok dan lusa kan hari offday, jadi bolehlah berehat kat rumah... saya nie memang jenis yang suka duduk di rumah jea.. Bosan? entahlah, saya tak dapat feel bosan tue, jadi of course la saya kata, aku tak bosan, aku tak bosan... dah macam Amy Search la pulak..
Topik kita pada hari nie (chewahh dah macam rancangan forum pulak..) adalah di sebalik nama pena saya 'Starlavenderluna'... saya pun tak tahu bila saya dapat idea nak ambik nama pena nie, tapi apa yang pasti adalah, suma orang tahu tentang bunga lavender kan.. saya nie peminat bunga lavender dan penah tanam bunga lavender di halaman rumah sebelum ianya dimusnahkan oleh 'askar-askar wataniah' saya... cara musnah? bunga lavender kan berbentuk rimbun, diorang boleh landing dan tidur atas timbunan bunga tue, dan kat situ jugaklah diorang bermain berkejar-kejaran keliling pokok..padahal halaman rumah saya tue takdela kecik mana pun... mereka saja jea nak khianatkan atau mereka dengki kot dengan saya..hehee apapun my 'askar-askar wataniah' are my best friend, walaupun mereka kadang-kadang boleh buat kita pedih ulu hati...manakala perkataan star dan luna adalah merujuk kepada citer kartun 'Sailormoon', yang mana saya kan peminat kucing, dalam citer tue ada seekor kucing bernama Luna yang menemani Tsukino Usagi, star pulak merujuk kepada siri kedua @ ketiga 'Sailormoon Star'...
Jadi, muncullah nama pena saya 'Starlavenderluna' and i just love that name... wahhh berbahasa inggeris di pagi-pagi buta nie...
Jaa nee..
Assalamualaikum..
Malam-malam begini memang best kalu dapat tengok citer youtube tanpa ada gangguan, hehehe.. arinie saya nak kongsi citer drama Jepun, iaitu Moero Attack... Sapa2 yang lahir 90'an ke bawah mesti penah tengok citer nie, mengisahkan pelajar sekolah yang bermain bola tampar...
Masa drama nie ditayangkan kat tv, umur saya lebih kurang 7 tahun, mungkin ditayangkan pada tahun 1989...Saya sering ponteng kelas mengaji Al-Quran (buruknya perangai... :-) ) sebabnya drama nie ditayangkan pada waktu petang dan waktu tue la penah berangan-angan mat jenin nak main bola tampar dan menjadi atlet bola tampar tapi hampeh,.. sampai sekarang saya masih lagi tak penah bermain bola tampar.. memang 'lagend' la citer nie, kan...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons